Sarawak : SPR sebagai Talian Hayat BN mula terserlah..

Seperti yang dijangka oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan berdasarkan beberapa maklumat beberapa berita yang dipetik dari Keadilandaily ini menunjukkan SPR atau Suruhanjaya Pilihanraya mula memainkan peranannya sebagai Talian Hayat BN Sarawak...

10 pagi - N44: Petugas KEADILAN tangkap kes undian 2 kali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Machan. Bantahan dibuat tapi pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan tandatangan borang banatahan.

11.20 pagi – Di N27 Dun Simanggang, DAP membuat laporan kepada polis dan SPR kerana BN dikatakan mempunyai pondok panas dalam kawasan pusat mengundi SK Sri Aman Kampung Muhibbah, dan juga kewujudan kain rentang BN dalam jarak kurang 50 meter dari pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.

11.30 pagi – Di N07 Semariang, BN membina pondok panas di luar pagar pusat mengundi sedangkan peraturan pilihan raya sekarang tidak membenarkan pondok panas dibina. KEADILAN membuat bantahan kepada SPR namun mereka tidak mengendahkan laporan itu.


Perkara yang sama juga dilapor berlaku di N33 Dun Kalaka. Pondok panas BN berada dalam zon bebas 100 meter dari pusat pengundian di Kampung Kabong, Sekolah Kebangsaan Chung Hwa, Sekolah Abg Leman, Sekolah Kebangsaan Kupang.

12.20 tengah hari – Terdapat petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram, N65 Senadin memberikan risalah BN kepada pengundi selepas menyemak daftar pengundi. Ia dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melalui laman Twitter-nya.

3.00 petang – Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, terdapat pegawai SPR didapati menyerahkan risalah BN kepada pengundi setelah mereka menyemak senarai daftar pengundi di Tudan, SM Baram.

3.15 petang – Pegawai SPR dilapor enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat di N47 Dun Bawang Assan.Borang 14 adalah borang ‘Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi’ yang mengandungi catatan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua pihak bertanding.

4.20 petang – Menurut Azmin Ali, SPR kelihatannya sudah mula ingin menipu apabila agen mengundi KEADILAN tidak diberi salinan Borang 14 iaitu keputusan rasmi di kebanyakan pusat mengundi.

4.02 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: Pastikan setiap petugas mendapt Borang 14 bagi setiap saluran. Jika pegawai SPR enggan, ambil nama, IC, gambar dan buat laporan polis.

Ada beberapa laporan, terdapat beberapa kawasan di beberapa peti undi petugas SPR enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat.
Itu merupakan hak agen mengundi di sisi undang-undang.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post