Sarawak : Undi BN = Undi Taib

Taib sudah terlalu berkuasa di Sarawak. Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya.

Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka.


Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak' Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.

Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat.

Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat.

Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi.

Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina.

Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan

~mengundi PBB beerti mengundi Taib
~mengundi SUPP beerti mengundi Taib
~mengundi SPDP beerti mengundi Taib
~mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib

Kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang BN.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.


http://chegubard.blogspot.com/

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Adalah sangat di harapkan supaya mentality pengundi bumiputera sarawak, samada melayu, melanau, iban dsb. tidak seperti mentality melayu umno disemenanjung yg mendalam sungguh kepercayaan mereka seandainya pelaku jenayah, rasuah, penipu, penyebar fitnah, hatta pembunuh sekali pun orang melayu, terutama pemimpin umno, maka adalah tidak menjadi kesalahan seterusnya dilindung dan terus disokong.
    Adalah diharap bumiputera sarawak lebih celik dan lebih profesional dalam menilai kualiti pemimpin. Dah jelas pemimpin BN-umno itu corrupt...maka mereka perlu di UBAH!! ganti dengan kerajaan baru.
    Suara wakil rakyat BN ialah suara pemimpin umno untuk rakyat berubah mempertahankan kepentigan mereka. Suara wakil rakyat PR ialah suara rakyat untuk kerajaan berubah mempertahankan kepentigan RAKYAT.

    ReplyDelete
  2. Juga ingatkan para pengundi, mulai hari Khamis, malam Rabu, jangan makan atau minum minuman atau makanan yg ditawarkan oleh jentera BN. Dikhuatiri nanti, kalian akan sakit atau mabok pada hari mengundi nanti. Lebih baik jangan makan atau minum selain dari bekalan sendiri. Bagi yg Muslim, lebih afdhal kalian berpuasa mula dari Hari Khamis hingga Hari Sabtu. Lebih berkat dan mudah2an, usaha untuk memilih wakil tuan puan dari kalangan yg baik dimakbulkan Allah! Serta selalulah berdoa dengan doa yg di ajarkan baginda Rasulu'Llah saw: Ya Allah, tunjukkan kepada kami yg benar sebagai benar, dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami, yang salah itu sebagai salah, dan kurniakan kami kekuatan untuk menolaknya. Semoga kalian berjaya merobah Sarawak ke arah kecemerlangan. Sudah terlalu lama kalian ditipu Taib dan BN. Masa untuk mendaulatkan kuasa rakyat Sarawak adalah sekarang. Gunakan kesempatan ini dgn bijaksana! You deserve the best!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post