Saya sedia di tentang - TG Haji Hadi

Menurut Tuan Guru Haji Hadi beliau sedia untuk ditentang jika ada sebarang pencalonan bagi jawatan Presiden PAS kerana baginya beliau tidak mahu menjadi pemimpin selamanya..

Sikit sebanyak apa yang jelas disini ialah TG Haji Hadi sanggup melepaskan jawatannya jika beliau dikalahkan dalam pemilihan itu atau dalam lain perkataan beliau bukanlah gila jawatan...

Cuma diharap tiada budaya cantas mencantas yang diamalkan didalam PAS, seperti yang kelihatan diamalkan dalam sebuah lagi parti di dalam Pakatan Rakyat tu..

Kononnya sebagai ahli anda berhak untuk bertanding, tapi bila bertanding anda kalah maka karrier politik anda di dalam politik juga bakal dikuburkan kerana anda kemungkinan besar akan di cantas dan dinafikan terus sebarang jawatan walaupun melalui lantikan..


Ini kerana anda telah menentang pihak yang menang, banyak tempat yang telah berlaku situasi ini paling jelas kelihatan di Sarawak baru-baru ini..

Biarpun anda mempunyai pengaruh di akar umbi itu semua tidak menjadi halangan buat pihak yang lebih tinggi untuk menguburkan karrier politik anda.. tak percaya? Sila lihat di SINI..

Kerana bagi mereka ahli yang boleh dicucuk hidung memudahkan kerja mereka.. tak perlu berbalah jika mahu melaksanakan apa jua agenda..

Tidakkah ini tiada bezanya dengan apa yang diamalkan oleh UMNO?


Dianggap Liabiliti, Hadi Sedia Ditentang Pemilihan Jun Depan

KUALA LUMPUR, 21 APRIL : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk ditentang pada pemilihan pusat Jun depan.

Hadi berkata beliau amat mengalu- alukan kehadiran pelapis baru yang berkelayakan bagi menggantikannya berikutan beliau bukan selamanya mahu menjadi pemimpin parti itu.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Hadi berkata PAS turut mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin.

Sehubungan itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu menyambut baik sebarang pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

Hadi sebelum ini disifatkan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, sebagai liabiliti kepada parti itu.

Dr Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS dipetik sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah dalam menyesuaikan parti itu dalam arena politik kini.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang pemimpin perlu ditukar hanya apabila pemimpin itu melanggar syariat.

Beliau kemudiannya berkata PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.










TVS News

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. "Cuma diharap tiada budaya cantas mencantas yang diamalkan didalam PAS, seperti yang kelihatan diamalkan dalam sebuah lagi parti di dalam Pakatan Rakyat tu.."

    Saudara,

    Saya ingin komen petikan kenyataan saudara diatas. Saudara sedarkah bukan saja dalam pkr.. keadaan ni berlaku malah lebih teruk lagi dalam umno, mca,mic (yg paling teruk), PBB,SAPP, Gerakan... malah di seanterio dunia... parti2 yg besar, labor, conservative, democrate, republican, NCA..semuanya mengamal seperti kenyataan saudara diatas. Saudara harus sedar yg budaya "the winner takes it all and the losser has to fall" adalah sebahagian dari lumrah manusia, malah bila berakhirnya zaman khulafa alrasyidin, dizaman ulama tabi'n pun budaya ni dah di amalkan.
    My point is, jadi apa yg saudara nak hairankan... ahli2 pas.. malah presiden pas pun bukan maksum, manusia biasa yg mempunyai naluri, perasaan...dan juga nak tugasnya mudah. saya rasa fitrah saudara pun sama juga.
    Yg penting dalam pemilihan ini ialah sikap mereka yg kalah...mesti mengaku kalah dalam SEMUA aspek, duduk dan sokong dibelakang saf kepimpinan baru, kalau tak sokong pun duduk diam2. Akur kepada keputusan dan corak pentadbiran kepimpinan mereka yg baru terpilih......INI baru betul... parti dan jamaah tak rosak.
    Yg berlaku kepada pkr ialah pihak yg kalah (saya tak nak sentuh bab ketelusan pemilihan, sebab itu kena satu mukasurat lagi) terus lantang mengkritik kepimpinan yg menang, bersekongkol dengan musuh yg nyata malah ada yg belot menyertai musuh...ini yg merosak perjuangan.
    Lumrah manusia ini tak boleh dielak, but we can minimise the effect by just ....shut up.Contoh terbaik... Chegu bard, Husam, Mustafa kamil, Mat Sabu dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  2. TG Hadi,

    Lebih baik letak jawatan secara sukarela daripada bercakap putar belit. Kerajaang pepaduang!

    ReplyDelete
  3. Anon 7:52 ni belaci umno yg menyamar ke?

    ReplyDelete
  4. Woit 7:28
    Tak menyamar. Hadi ni memang kaki putar belit. Manusia yg beristeri lebih drpd 2 orang memang kaki auta.

    Tetap undi PR.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post