Sudah-sudahlah memiskinkan Rakyat Sarawak wahai Taib..

SEKINCHAN 8 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Barisan Nasional supaya berhenti daripada terus memiskinkan rakyat Sarawak dengan menggunakan janji-janji membangunkan negeri itu sebagai helah untuk mengaut kekayaan sumber aslinya.

Berucap kepada lebih 5,000 penduduk di Sekinchan malam tadi sebelum menyambung jelajahnya ke Sarawak hari ini, Anwar berkata Ketua Menteri Taib Mahmud dan pimpinan di Putrajaya harus berhenti memperdayakan rakyat negeri itu.

"Orang hulu Lumbawang, orang Iban miskin tapi jangan hina mereka. Dia rakyat kita. Jangan miskinkan mereka dengan mengambil harta dan tanah mereka. Ambillah tanah di tempat lain kerana mereka sudah cukup susah dan oleh itu kami harus melindungi mereka dari segala kejahatan," kata Anwar.


"Dia (Najib) cuba alih pandangan mereka kerana tidak mahu rakyat Sarawak fikir puluh bilion ringgit diambil,” oleh pemimpin kerajaan negeri, tambah Anwar.

Semalam, Taib yang memimpin Sarawak 30 tahun berikrar untuk menjadikan Sarawak negeri yang paling kaya setelah ia tercorot kepada negeri yang keempat paling miskin di Malaysia di bawah pemerintahannya.

Manifesto BN untuk pilihanraya negeri pada 16 April turut menjanjikan untuk menukar Sarawak kepada negeri berpendapatan tinggi walhal hakikat adalah sebilangan besar penduduk itu berpendapatkan kurang RM2,000 sebulan.

Anwar berkata kedaifan rakyat di Sarawak begitu ketara sepanjang lawatan beliau ke pelbagai pelusuk negeri itu minggu ini.

“Orang Iban kata, tanah kami mereka rampas dan hak kami diambil, jadi kami mesti sokong Pakatan Rakyat untuk "ubah perintah" (tukar kerajaan). Ini jelas menunjukkan rakyat benar-benar ingin bangkit dari terus ditindas oleh Taib,” kata Anwar.

Kempen pilihanraya negeri Sarawak ke 10 bemula Rabu lalu dengan Pakatan Rakyat meletakkan calon di hampir semua 71 kerusi DUN Sarawak dalam usaha gigih untuk menamatkan pemerintahan BN pimpinan Taib.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon di 47 buah kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing 15 dan 5 kerusi.

Anwar berkata agenda ekonomi Pakatan Rakyat di Selangor menjadi bukti nyata kepada penduduk di Sarawak bahawa perubahan kerajaan negeri menjanjikan masa depan yang lebih baik dan bebas daripada rasuah.

“Saya pergi ke rumah panjang. Saya kata negeri Selangor air percuma, mati dapat duit. Anak masuk universiti dapat peruntukan. Kelahiran dapat RM100. Jadi mereka tidak percaya kematian pun kerajaan Selangor bagi duit termasuk air,” kata Anwar.

"(Itu semua) membuat mereka berfikir kerana Sarawak jauh lebih kaya daripada Selangor. Kalau kamu lihat Tv Selangor ada mereka tunjukkan kedaifan masyarakat di sana," kata beliau lagi.


TVS News

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. salam semua,

    baru-baru ni,lps ajek mat taib kawin bini arab..pening tokey2 balak kat sarawak @ kroni nak bg hadiah kawin apa kt dia..

    last2..

    diaorang pakat beli sebijik keta FERRARI bg kat mat taib sempena hadiah kawin..

    hmm..

    kawan hambe (peg. k'jaan di kuching)sempat tgk keta tuh kt garaj keta ghumah dia masa mat taib jemput baca Yassin @ doa selamat kt ghumah dia lps selamat majlis akad nikah..

    hmm..

    rakyat marhain..?

    lantak pi lah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post