
Pengerusi Masjid yang dikenali sebagai Abdul Razak Hussien, memaklumkan perkara itu di mimbar masjid selesai solat jumaat tadi.
Sebelum ini Eskay dilaporkan mahu membuat sumpah laknat berkenaan, yang diselar ramai pihak khususnya golongan agamawan kerana tidak mengikut hukum syarak yang digaris dalam Islam.
Shazryl yang dikatakan mahu melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, dikatakan turut ‘mewakilkan’ sumpah itu bagi pihak bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
Berita diatas dari Keadilandaily, manakala berita dibawah pula dari The Malaysian Insider..
Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal
KUALA LUMPUR, 29 April — Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.
Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.
Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.
Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.
Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”
Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.
The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.
Dalam kenyataan SMS, Shazryl seterusnya berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.
“Tunggu petunjuk dari Allah,” katanya.
Belum tentu sk adalah penentang liwat dan zina.. krn ini baru pertuduhan dan apa yg diminta oleh penykg keadilan ialah qazaf dan bukan sekadar sumpah laknat..
ReplyDeleteApa yg sk takut kan sdg kan sk sendiri kata demi Allah demi Rasul dan demi Umat Islam... dan sy ykn di mesjid tsbt sk tak di apa apakan krn dlm apa jua aktiviti2 pakatan ramai polis dan abg abg polis dimesjid tentu sedia memberi perlindungan kpd sk
Adakah krn sk keciwa sbb sk sorg saje yg kena sumpah laknat??? Sk cabar anwar tp sk tak terfikir ke sepatutnya yg buat sumpah laknat tu ialah 2 org kawan sk yg sama terlibat???
Hrp sk dah bersedia dan awal awal tahu mana tingkap nak lompat keluar???
Sy berikan alasan yg baik - Urusan Perniagaan di luar ngr..
esgay penentang zina & liwat?? hmm..agak mnghairankan krn ,
ReplyDelete1. dia brsengkongkol/bersengtongkol dgn si ank tambi tu yg juga 1 masa dulu seorg(seekor?) yg prnah dikaitkan dn disabitkan dgn kes phidophile atau lolita porn atau trus trang nya rogol budak bwh umur..apa kata esgay kasi mntk itu anak tambi dia punya DNA dan kasi cari itu budak skrg sudah umur 16fhn..kasi cek tengok..klu dh ye sgt penentang zina kan..alang2 seluk pekasam..
2.Dalam 1 knyataan esgay tntang kononya DSAI main di hotel yg dia sndri pun ada di situ jgk, esgay kata bilik itu merupakn bilik kegemaran DSAI semntara dia pula di bilik bersebelahan..nak tnya esgay sikit..esgay buat apa di bilik sebelah tu bila tiap2 kali bwk DSAI ke sana?? takkan tgk chak wau dengan bertemankan pak chu ching jekot?? hehehe..org bila dh tabur bnda2 x betul, wlu mcm mana skalipun mesti ada lobang dia KANTOI punya..klu dh amatur tu, amatur jugak la..x begitu ke?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!