Ke Putrajaya atau ke Penjara.. 16 Mei jadi penentu..


Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun membuang kes berkenaan.


Sebelum ini, pada hujahnya pagi ini Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata keterangan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Dr Osman tidak menjalankan ujian forensik ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Malah, Dr Osman juga minta Saiful pergi ke hospital kerajaan. Dokumen laporan perubatan (Dr Osman) tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Hujah Yusof lagi, sebahagian apa yang diperkatakan oleh Dr Osman adalah tidak benar (aduan bahawa plastik disumbat ke dubur Saiful).

Peguambela utama, Karpal Singh sebelum ini mahu Dr Osman dipanggil sebagai saksi kerana katanya ketidak-hadirannya menyebabkan ada kelopongan yang serius dalam kes pendakwaan itu.

Yusof berkata hanya fakta relevan yang boleh diterima sebagai bukti dan Saiful memang mengadu kepada Dr Osman tetapi hakikatnya beliau tidak membuat laporan polis ketika itu.


Malaysiakini

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SEORANG ANWAR AKAN TERPENJARA....RATUSAN RIBU ANWAR AKN MENERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN.

    ReplyDelete
  2. Cekli ,
    memang tepat tanggapan kamu. Walaupun Anwar masuk penjara namun semangat juang parti, parti2 komponan, penyokong2 akan bertambah kuat. Amno akan bertambah gelisah, kepimpian, pengurusan negara tidak tentu arah, penyokong gusar parti yg mereka sokong hanya tahu menjaga periuk sendiri tapi keras hati2 mereka tetap percaya inilah perjuangan umah yang benar- diperalatkan.

    ReplyDelete
  3. itu kata kau 1Anuar 1Fitnah,kenapa harus hancurkan kehidupan seorang insan bergelar Anuar semata2 nak karih duit rakyat,apa tak ada jln lain utk politik bersih...1Malaysia 1Pembohongan,waa langsung tak percaya kerja2 org Umnogokkk,duit dpt kurappun dpt...

    ReplyDelete
  4. DSAI NELSON MANDELA MALAYSIAApril 26, 2011 at 10:24 PM

    DSAI IBARAT PERJUANGAN NELSON MANDELA MENENTANG DASAR APARTHEID UMPORNO...TAYANG VIDEO LUCAH PON SAMPAI SKRG BELOM KENA TANGKAP KERANA AHLI UMNO!...

    DS ANWAR IBRAHIM...NELSON MANDELA..

    DARI PENJARA DPT KE PUTRAJAYA....
    DARI PENJARA DPT KE PRETORIA...

    ReplyDelete
  5. UMNO yang boleh terima hanya dari Tunku,Hussein On dan Abdul Razak Husin lepes itu UMNO haram dam jadi keliru sampai hari ini.Ashik pitnah fitnah saja. Nelson Mandela pun tak sokong perjuangan UMNO dulunya .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post