
Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik ‘super impose’ lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.
Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam,” katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.
Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.
“Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.
“Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah,” katanya.
Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.
Khalid gesa Eskay ditahan
Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu ‘Datuk Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.
Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.
“Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.
“Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut,” katanya.
Free Malaysia Today
memang celaka laknatullah puak ni...kebencianku pdnya tak akan pudar: dulu,kini, selama-lamanya..
ReplyDeletepuak umporno dah hilang pedoman agama.......
ReplyDeleteagama depa terlalu rapuh.......
tiap yg rapuh akan berkecai.....
mcm keropok.......
dosa n pahala depa dah lupa....
wahum minal ghaafiliennnn.........
ingat tak yg rahim ada sebut nama najib kat johari.......apa maknanya tu? jahat orang2 ni.
ReplyDeleteISU VIDEO KLIP INI UMPAMA MELETOPNYA C4 KE ATAS UMNO, JADI KENA AMBIK KESEMPATAN SEBELOM UMNO PULIH... YG PENTING APA TINDAKAN PAS, PKR,DAP DLM MEMBERI KESEDARAN KPD RAKYAT SUPAYA UNDI PR DLM PILIHANRAYA UMUM KE-13. APA KEUNTUNGAN BESAR DLM BUKU JINGGA KPD RAKYAT DI KAMPONG2/FELDA. AKU DUK KT FELDA, DGR CITE, PAKCIK2 FELDA MEMANG AKAN PANGKAH PR, TAPI MAKCIK2 FELDA TAKUT/SEGAN/TAK ADA KESEDARAN DAN AKAN PANGKAH UMPORNO
ReplyDeleteAku dok agak orang shah alam ni lebih bertamadun rupanya salah anggapan aku. Fikiran umno shah alam ni lebih kurang orang padang rengas,nun jauh dari kemajuan. Tunjukkan lah kematangan anda dalam berpolitik sesuai dengan orang shah alam. Lain lah mentaliti orang umno shah alam ni lebih kepada mentaliti orang yang bekerja di kilang sebab shah alam banyak kilang. Macamana nak memimpin kalau mentaliti macam tu. Aku yang baru nak masuk umno ni pun terpaksa pikir sekali lagi. Memalukan anak bangsa betul....
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!