Video Lucah : Apa beza Datuk T dengan rakyat lain

PERMATANG PAUH, 21 April: Kenyataan pro dan kontra dalam isu sama ada mendakwa trio Datuk 'T' atau sebaliknya bukan suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man (gambar) berkata, jika trio Datuk 'T' dibiarkan bebas dengan sewenang-wenangnya, boleh memiliki dan menayang video seks dalam negara tanpa tindakan oleh pihak berkuasa, sudah pasti rakyat melihat perkara itu sebagai tidak adil dan berpihak.

Oleh kerana itu, katanya jika kerajaan dan pihak polis ingin dihormati sebagai penguatkuasa undang-undang yang telus dan adil, mereka mesti menunjukkan kebenaran tersebut dengan mendakwa ketiga-tiga manusia itu dan bukannya melindungi mereka.


Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, jika rakyat biasa tanpa berlengah terus dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman, tetapi trio bertiga itu seolah-olah kebal walaupun seluruh negara telah mengetahui tindakan mereka.

"Jangan berdolak-dalik untuk mendakwa mereka. Yang jelas seluruh negara ini tahu, video seks tak boleh dimiliki oleh sesiapa pun kerana ia menyalahi undang-undang negara.

“Jadi apabila adanya pengakuan video lucah tersebut ditayangkan dan dimiliki, apakah undang-undang tidak sama kepada trio Datuk 'T' ini dengan rakyat jelata yang lain?" soalnya.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Pelet, Penanti, Mohamad Roadhi Ishak, yang kehilangan tempat tinggal setelah rumah yang didiami hangus dijilat api, petang kelmarin.


Harakahdaily

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. DATO' THAILAND & THE GANGApril 22, 2011 at 9:43 PM

    PEMBOHONGAN NYATA 1MALAYSIA 'RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN'

    BUKTI NYATA, 1MALAYSIA, ORG CINA TOLAK SEPENUHNYA..DH JADI 2MALAYSIA,
    HABIS RAKYAT DI BOHONGI UTK KAYAKAN KRONI'...

    KRONI KEBAL DR SEGALA UNDANG2....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post