Video Lucah : Dari Hotel ke Kondominium pula...


Di awal pendedahannya Trio Datuk ‘T’ atau three Sooges yang dianggotai oleh Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tambi Chik, Shuib Lazim dan Sharzyl Eskay telah mendakwa bahawa Video Lucah yang di miliki mereka itu adalah rakaman aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China.

Pemimpin Pembangkang yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah DS Anwar Ibrahim kononnya dan pencacai-pencacai UMNO berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan orang ramai bahawa benar lelaki itu Anwar walaupun faktanya adalah bercanggah.


Menurut mereka pelacur itu berusia 20an dan rakaman telah dilakukan itu telah ditemui salah seorang dari mereka disebuah hotel di ibu kota.

Video bertarikh 21 Februari 2011, memaparkan aksi hubungan seks pemimpin pembangkang itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan dikatakan telah dirakamkan di ibu kota meskipun terpapar nama sebuah jalan dalam tulisan Siam di Thailand.

Berita yang disiarkan oleh Harian Metro di bawah menyatakan lokasi kejadian adalah sebuah kondominium di pinggir ibu kota bukannya sebuah hotel ditengah-tengah ibu kota seperti yang didedahkan oleh Three Stooges itu..



Wanita pelajar kolej swasta

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitapelajarkolejswasta/Article

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pulak dah.. Dulu kata hotel sekarang kata kondominium pulak.. Mana satu yang betul?. Kalau Eskay kata dia orang ketiga dalam video tu, kenapa eskay kat hotel tapi pelacur tu kata kondominium.. Hai.. Macam2 la..
    Dulu kata pelacur tu dari China (memang kerja nk melacurlah tu) sekarang kata budak kolej pulak. Kalau setakat budak kolej dari China berlambak ada. Boleh ambik je mana satu yang boleh dijadikan saksi..

    ReplyDelete
  2. Pohon sesiapa yang boleh terjemah tulisan siam tu...Lagi satu pasal AG yang dah melalut ni...AGONG tolong ambil tindakan yang waras...Tindakan AGONG adalah untuk rakyat yang akan...dan sudah menjadi mangsa gila AG seekor ni....Kalau agong pun gagal dalam tugas dia....maka satu hari nanti Malaysia akan berlaku huru-hara yang dasyhat...AGONG silap-silap pun tak selamat...

    ReplyDelete
  3. Masih ada lagi ka umngok yang mau pecaya ini cerita. Banyak pusing-pusing la

    ReplyDelete
  4. Kalu RTC kata betul....betul lah... RTC adalah antara pemimpin umno yg terbaik... boleh arah org itu...org ini... dia berada diatas undang2 negara... hukum Allah pun dia tak takut....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post