
Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.
“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.
“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?” kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.
“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.
“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.
Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.
“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.
“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.
Semalam, salah seorang “Datuk T” iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.
Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.
Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.
Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.
Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.
Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”
Polis sedang menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.
Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.
Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.
Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.
Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.
The Malaysian Insider
waa.. luar biasa zaman skang nih.. mcm2 ada.. huh, sampai bile laa nak habis
ReplyDeletePuak2 Dajjal yg diperingatkan & di beri amaran oleh setiap nabi2 termasuk kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW....sudah memainkan peranannya memusnahkan tamadun bangsa Melayu & Islam... mereka tiada segan silu memainkan fitnah yg kotor ini...Adakah mereka benar2 Islam??? Kalu Islam ,kenapa mereka tidak merujuk & BERHUKUM DGN HUKUM YG DI TURUNKAN OLEH ALLAH KPD RASULULLAH SAW IAITU AL-QURAN & AS-SUNNAH DALAM PERKARA ZINA/LIWAT/SUMPAH LAKNAT???
ReplyDeleteMereka membuat hukum mereka sendiri dan MENDAKWA INILAH ISLAM! Amatlah jahat apa yg mereka perbuat, & PASTI ADA BALASAN ALLAH PD YG BERHUKUM BUKAN DGN HUKUM ALLAH, SEMUGA FITNAH ITU KEMBALI KPD MEREKA, AMIN.
Blogger UmnoGok siar video lengkap lucah seks hardcore contohnya kat papagomo, polis tak ambil tindakan. Komdian, Polis siasat punyalah lembab tak siap2 dan takda intergriti pasai kes nie. KPN pn sampai sakit2 nak mempertahankan statement2 yang mana siasatan tak selesai lagi. Najib pun da kata usah dihalang invidivu nak tunjukan aib org lain. Geng2 pos pn edar vcd lucah.. tapi macam kes Soh Lek lucah, boleh pulak polis ambil tindakan halang penyebaran seks video ni... So, PRU13, kita wajib pastikan BN jadi pembangkang untuk semua Negeri kecuali Johor, sebab, calon bn kat johor, kalau bohjan, pun, pasti menang....
ReplyDeleteBila tgk Part II video seks tu aku berani confirm kan yang pelakunya tu bukan Anwar.. Mungkin betul Eskay ada dalam video tu tapi tidak Anwar.. Moga2 Allah laknat Eskay and the gangs kat dunia lagi..
ReplyDeleteAku rasa CD yang dikirimkan dari Thailand itu adalah footage video lucah yang sebenar yang sememangnya dirakam di Thailand serta di"main"kan oleh kaki-kaki betina yang mengunjungi pusat pelacuran di Bangkok. Sebab itu ada perkataan Thai dalam video berkenaan dan mungkin sebagai promo kepada industri pelacuran Thailand. Memang tak dinafikan memang bukan DSAI yang jadi lelaki dalam video berkenaan. Aku berpandangan isu video bodoh timbul apabila Eskay menonton video lucah (barangkali Eskay ini memang gemar menonton video lucah) dan terpandang seorang lelaki yang mirip DSAI lalu terlintas di hatinya untuk menjadikan video berkenaan sebagai modal untuk mengaibkan DSAI. Sebab itu kita hairan mengapa video berkenaan boleh dimuatkan ke dalam Youtube sedangkan Eskay mendakwa hanya dia seorang sahaja yang ada video berkenaan dan ia pula telah diserahkan kepada polis. Ini hipotesis yang boleh aku katakan berkenaan CD yang dikirimkan dari Thailand. Kalau ada komen lain, dipersilakan.
ReplyDeleteNasib baik tak ada puak2 UMNOgok yang buat laporan polis mengadu YB Manikavasagam menonton filem lucah (4 kali pula tu). Kalau tak, pasti dah YB Manika kena dakwa dan disabitkan kesalahan sebab menonton filem lucah. Hari ni puak2 UMNOgok buat laporan polis, hari ni juga kena tangkap, lusa (Selasa) kena dakwa dah kat Mahkamah.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!