Video Lucah : Kebodohan Nazri semakin terserlah..

KUALA LUMPUR, 9 April — Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan “Datuk T” bulan lalu yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan elemen pelacuran.

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.


“Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

“Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah,” kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

“Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik,” kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

“Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

“Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu,” kata Khoo.

“Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?” tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

“Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

“Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?” kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

“Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu,” kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan “Datuk T” yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.


The Malaysian Insider

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. RCI buat Video Seks Anwar ? :-

    1. mencabar kemulian Baginda YDP Agung.
    2. mencalar kebijaksanaan jemaah menteri.
    3. Mencabar kewarasan rakyat Malaysia.
    4. memperkecilkan keweibawaan polis. ( Khususnya Datuk Hishamuddin )
    5. mempersoalkan ketulusan badan kehakiman
    6. memperkosa keunggulan parlimen
    7. menjatuhkan taraf sekolah tempat Nazri belajar law dulu.
    8. menampakan kebodohan cara bangsa melayu dan orang islam berfikir
    9. menambah, membesar dan memanjangkan kemaluan Malaysia dimata dunia dan kemaluan Nazri sendiri....jangan gelak yo saya cakap benar.
    10. kau orang tambah lah lagi!

    ReplyDelete
  2. Aku sebagai rakyat Malaysia berhak nak tahu siapakah dalam video 1.47 tu, memang ada orang yang tak percaya dan ada yang percaya adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat atau tidak...aku sokong suruhanjaya diraja siasat video 1.47 tu dan umum kepada rakyat siapa lelaki tu yang membuat ramai orang berbicara tentang video ni...aku ingin melihat kebenaran didepan mata selagi aku hidup dibumi Malaysia ini.

    ReplyDelete
  3. JERI, JERI, LAWAK SUNGGUH KO

    ReplyDelete
  4. aku bekas ahli umno.......aku anggap menteri menteri umno sumua low IQ, tak de class.........bodoh...asyik nak jaga perut masing masing, rakyat susah mana dia tau.........

    tunggu PRU 13..........ni siap ko UMNO

    ReplyDelete
  5. kali ni aku sokong che b, aku tmabah lg wat sekali rci untuk altantuya, pd, sprm, video kj, video isteri vvvip, kapal selam, kes rahim tc, kes kastam,kes buang bayi, ape je kes kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Biarkan melayu haram jadah ni menjilat dan biarkan bahalul ni terus membutuh mulutnya. Tunggu sikit masa lagi pariah ni akan tersungkur.

    ReplyDelete
  7. Che B kalau Avatar boleh semua boleh ini Dr M yang kata setahun yang lalu, Yusri KRU kata mustahil video ni di doktored selama 20 minit itu poket dia yang cakap, tapi cecakman 1 jam 45m boleh. Malangnya dia bukan pakar dalam special effect dalam perfileman. Che B boleh tuntun video special effect dalam youtube yang dibuat oleh bukan pro tapi lebih hebat dari filem bisu hitam putih dato T . ( http://www.nytimes.com/2009/08/18/science/18dna.html ) link ni kata DNA boleh di ceplak. Jadinya TERLACUR lah RCI negara kita ni nanti. Budak sekolah lebih peka dengan gambar2 dan video2 edit serupa ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post