Video Lucah : Pemilik Omega Tidak Penting, Kata Polis

Akhirnya Polis melalui Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan, Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata identiti pemilik jam Omega bersabit kes itu tidak menjadi faktor penting dalam siasatan polis kerana perkara utama adalah “siapa penayang video itu,”.

Ketika bahang Pilihanraya Negeri Sarawak mula terasa dulu Polis berkata Video itu tulen, ramai orang kampung yang terkeliru dengan ayat 'Tulen' itu..

Kemudian kalau tak silap aku lagi dua hari hari mengundi di Sarawak akan tiba, Polis berkata mereka telah meminta bantuan pengedar jam Omega untuk mengenalpasti pemilik jam itu melalui kad pendaftaran jam tersebut yang entah dari mana mereka jumpa..

Akhirnya Polis balik kepada persoalan pokok iaitu “siapa penayang video itu,”..


Apapun tahniahlah buat Pihak Polis kerana bertaindak sebagaimana yang sepatutnya iaitu menyiasat siapa dalan Tayangan Perdana Video lucah itu biarpun penyiasatannya nampak seperti ada kaitan dengan PRN Sarawak pulak...


Video Lucah : Siasatan Selesai, Tuan Punya Omega Tidak Penting, Kata Polis

KUALA LUMPUR 17 APRIL : Polis Bukit Aman sudah menyiapkan siasatan berhubung video lucah Datuk T mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan bersabit kesalahan mengedar bahan lucah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan, Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, identiti pemilik jam Omega bersabit kes itu tidak menjadi faktor penting dalam siasatan polis kerana perkara utama adalah “siapa penayang video itu,”.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, yang juga Pengerusi Risda, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan Datuk T yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu. Eskay juga menyerahkan sebuah jam Omega milik Anwar yang didakwa beliau dicuri oleh pelacur berkenaan.

Anwar menafikan dakwaan itu sebagai fitnah dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. Anwar juga mengesahkan bahawa beliau masih mempunyai sebuah jam Omega dalam simpanannya.

Acryl berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

TVS News

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. pulak dah..nampak bebeno bermotifkan politik..peh ni apa lagi?? apalah nk jd dgn polis 1malaysia nih!

    ReplyDelete
  2. maseh ada peluang, dunia belum kiamat lagi. Kita orang saki baki akhir zaman.

    ReplyDelete
  3. Salam, PDRM buat spin, pilihanraya dah abis...

    ReplyDelete
  4. "lidah lebih tajam dr mata pedang"... impak kata2 boleh mempengaruhi minda dan keputusan... sambil itu dengan perkataan juga akan menjadi "serampang dua mata"... yang di sana selamat begitu juga di sini... apa2 pon kita serah pada AG untuk buat keputusa...

    AG: tiada bukti kukuh... kes tak boleh di bawa kemahkamah... selamatlah semuanya...

    ReplyDelete
  5. KEBIJAKSANAAN TERANCANG BELUM PASTI MEMBUAHKAN HASIL YANG BAIK...

    KITA TUNGGU DAN LIHAT DRAMA SETERUSNYA DARI UMNO/BN........SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA KE TANAH JUGA.

    ReplyDelete
  6. Aku rasa kenyataan PDRM sebelum2 ini atas arahan orang atasan politik terutamanya dari KDN. Sebb itu kalau kita perasan banyak kali press conference ada je Hishamuddin kat sebelah. dan TS Ismail Omar pun bercakap macam nak sembunyikan sesuatu. nampk mcm dia diarahkan oleh Hishamuddin. betullah seperti mana yg didakwa bekas KPN, TS Musa Hassan, KDN byk mngacau urusan PDRM.

    ReplyDelete
  7. jam omega tu si eskay punya tu sebab depa kata x penting.dna anwar xrak kat itu jam..

    ReplyDelete
  8. Next step........anwar dituduh menjadi pengasas video seks ni kerana hendak mendapat sempati rakyat Sarawak. Hehehe kalau pun benar ...pdrm pun dah tak minat lagi dah. Nazri, hishamuddin , Ibrahim Ali , A-G pun dah diam , no case to answer atau kes profil rendah, lain tahun saja lah. Itu kambing hitam 3 T' kor, kalau nak hukum hukum lah, biar mereka selesaikan sendiri sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post