
Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini kepada semua mereka yang jumlahnya ialah 114,668 orang..
Wahhh.. ramai tu.. Apa ke nama tah ADUN Penaga tu..macam mana sekarang? Tak mahu kutip pulak ka? Kalau dikutip semula dari setiap warga emas tu boleh jadi jutawan segera tu.. ya lah 114,668 darab 100 jumlahnya ialah RM11,466,800.00.
Ala.. ajaklah sama kawan-kawan yang segerombolan tu..
Bukannya susah pun.. cuma ulang semula sandiwara tahun lepas.. sat saja dah jadi jutawan..kalau tak mau masuk poket sendiri macam tahun lepas tu, boleh guna sebagai dana pilihanraya..
Kan Najib dah kata.. UMNO Penang ni bagi peruntukkan banyak-banyak pun tak guna.. bukan boleh menangpun terutama sekali di Permatang Pauh tu..
Berikut adalah petikan-petikan berita yang melaporkan agenda UMNO Pulau Pinang menipu warga emas dengan mengutip semula RM100 yang disumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada warga emas tersebut.. malangnya hingga kini Kerajaan Negeri masih belum menerima walau satu sen pun dari pihak UMNO Pulau Pinang yang mengutip kembali wang tersebut..

Pada 2 Oktober pula.. GEORGE TOWN, 2 Okt -- Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian. (sepenuhnya di SINI)
Kemudian pada 3 Oktober pula… BUKIT MERTAJAM 3 Okt. - Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut hari ini.Golongan fakir miskin dan warga emas terlibat memulangkan wang tersebut pada majlis Aidilfitri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini. (sepenuhnya di SINI)
5 Oktober pula.. Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan berkata seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian. Tambah Norman lagi.. kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang ehsan yang diperolehi itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. (sepenuhnya di SINI)
Program Penghargaan Warga Emas : Bayaran Untuk 2011 Bermula 23 April 2011 - 20 Mei 2011
GEORGE TOWN - Kotakan janji! Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun 2011 akan bermula pada 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.
"Sehingga kini, seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program ini.
"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini kelmarin.
Guan Eng memberitahu, selain wang RM100, Kerajaan Negeri di bawah PPWE turut menyalurkan wang Khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.
"Sejak program ini dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE,'' jelas beliau.
Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan bahawa sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri.
"Walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk sebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun, Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif ini demi kebaikan rakyat.
"Lagipun, sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini. Malah, UMNO juga tidak dapat menghantar atau menyerahkan satu nama pun berhubung dakwaan mereka sebelum ini yang menyatakan bahawa terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100,'' ujar beliau.
Tahniah kepada PR kerana telah menperkayakan warga tua Pulau Pinang dengan pemberian RM100...Abg long RM100 boleh ke kayakan warga tua untuk setahun? saya guna minyak motor pun lebih RM100 sebulan..kalau RM100 labur kat kedai ekor mungkin boleh bertambah..itu pun kalau kena...elok la..kan duit pun dulu pernah datang dari sumber yg umum dah tahu...
ReplyDeleteAnon 12:46..
ReplyDeleteRM100 setahun lebih baik dari RM50 lima tahun sekali..
Yang kata duit tu dari sumber judi hanya pencacai UMNO.. Pemimpin UMNO tak berani dah nak kata macam tu..
setujuu dengan ASD.. bangang anon 12.46..
ReplyDeleteDia bukan bangang....silap tu... Tersangat la bangang......
ReplyDeleteDia tu dah terlampau karat, kalau kikih karat tu pasti tembus, dia dah ketinggalan bas, teksi,keretapi, kapal terbang dll. Tun M kata melayu mudah lupa, melayu haprak, melayu bla...bla...bla, melayu UMNO duk senyum sampai ketelinga, pada hal Tun M tu india muslim (dia perli pun tak terasa lagi), duk kena tipu dengan slogan "Hidup Melayu" dari dulu, kini dan selamanya, tersangat la bangang lagi bengong.....
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!