11.11.11 tarikh PRU13?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.


Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Dalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.

"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah," katanya.

Di bawah skim itu, beliau berkata pemaju swasta akan terbabit sebagai projek tanggungjawab sosial korporat mereka, manakala kerajaan akan menyediakan tanah sebagai tapak rumah.

Perdana Menteri juga sempat bermain catur dengan DJ radio Hot FM.


Malaysiakini

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Cakap seorang elit Melayu yang gemar dan obses pada angka padahal itu bukan budaya kita. Budaya mana yang obses pada angka? Najib takut pada PRU13 sebab angka 13, itu pasal PRU13 tidak akan diadakan pada 2013 nanti dua kali suwey. Kalau angka 11 angka signifikan buat Najib, harapan aku 11.11.11 biar betul2 signifikan kerana memang patut Najib obses dengan angka 1. Jadi 11.11.11 untuk Najib ialah - 1 kali hidup, 1 kali kawin, 1 kali kawin lagi, 1 kali jadi PM, 1 kali pilihan raya, dan 1 kali mati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post