Barang Akan Naik Harga, Jangan salahkan Kerajaan - Muhyiddin

Sabtu lalu..Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.."-

Tambahnya lagi “Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.”sepenuhnya sila baca di SINI

Bagi membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan yang sedia ada iaitu Kerajaan UMNO/BN itu amat bertanggungjawab..Hari ini Muhyiddin berkata “negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa, syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan…


Kos subsidi naik, TPM bayang kenaikan harga barang

PUTRAJAYA, 16 Mei — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.

Justeru kata timbalan perdana menteri, negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan.

“Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi.

Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi.

Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan.

Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

“Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” kata beliau.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Harga RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter pada awal bulan ini.


The Malaysian Insider

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. win win malaysiansMay 16, 2011 at 4:54 PM

    alasan seorang menteri yg bengap dan kuno,waa tak rela menerima menteri bengap mcm ni utk memelihara kesejahteraan rakyat,baik jadi prnjual ubat,realitinya kenapalah rakyat boleh sokong dan undi utk menerajui negara akibatnya negara akan hancur 5thn akan dtg,bukan alasan mcm ni yg rakyat pinta,cari penyelesaian yg cukup menambat dihati rakyat,kalaulah 10 menteri berbuat cara mcm ni alamat rakyat akan cari alasan utk tidak ikhlas menjana transpomasi cukai yg selama ini kebegantungan negara lebih bersandarkan mencaskan duit rakyat/com.waa jadi tak senang dgn cara kera jaaaaan mentranspomasikan keberkepentingan hidup rakyatnya dgn hanya alasan2 goblokkkkk.,,,so renung2lah kebodoan ini

    ReplyDelete
  2. tpm =tukang penipu manusia,
    duk ingat rakyat ni x cerdik.wait for pru 13, kita lingkup be end

    ReplyDelete
  3. Tak aiii, kami tak salahkan kerajaan pun, kerajaan bukan boleh buat apa-apa kalau tak ada haram jadah-haram jadah di bawah ni.

    Kami cuma salahkan Najib, Rosmah dan keluarga dia, kami juga salahkan Muhyiddin Yasin dan keluarganya, kami salahkan menteri-menteri kabinet, kami salahkan pegawai kerajaan yang memberi nasihat pada jemaah menteri, kami salahkan pemimpin-pemimpin UMNO, kami salahkan pemimpin-pemimpin BN, kami juga salahkan ahli-ahli UMNO/BN.

    DAN yang paling aku salahkan di sini ialah celaka-celaka yang memberikan undi kepada haram jadah-haram jadah yang aku sebutkan di atas. Pasai hampa semua bagi undi kat haram jadah-haram jadah tulah kita semua dihimpit segala macam kesusahan baik ekonomi, sosial, perundangan, keselamatan dan sebagainya.

    Semoga hampa yang terus bagi undi pada depa ni dalam PRU13 akan dicelakakan Allah secelaka-celakanya secara peribadi.

    ReplyDelete
  4. HIDOP UMNO!!! Jgn risau Muhyiddin,kami akan sentiasa mengundi anda walaupun harga minyak naik sampai RM5/liter dan harga gula naek sampai RM3...Sbb kami mmg org kaya mcm menteri2 kabinet nie smua...RON95 tu bagi la naek jadik RM2.50/liter baru syok skit,baru org luar ckp malaysia nie negara kaya...hahaha...

    Rosmah kalau rasa2 nak buat plastic surgery ker bleh la mintak duit kat kitorg yg kaya-raya nie...muka hang tu dah cantik,tp cantik lagi muke altantuya....

    ReplyDelete
  5. Kerajaan yang tak sanggup susah tapi sanggup menyusahkan rakyat. Nak buat camne kalau sudah rakyat yang memilih kerajaan yang menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  6. aku tak marah kat sapa2 yang aku marah kat umno/bn kerana semua mereka yang ada dalam umno walau pun dia islam tapi dia kena ikut dasar umno dalam kepimpinanya,
    dasar inilah yang mungkin ramai penyokong umno islam tak sedar bahawa mereka telah redha dengan dasar sekular, dasar pragmatik, dasar pengkopratan, dasar ekonomi baru,dasar pensuastaan dan banyak lagi dasar yang bertentangan dengan islam.

    ReplyDelete
  7. aku setuju sgt ngan mat sembab ni, mana leh salahkan kerajaan, kerajaan bn x pernah salah tp yg salah rakyat yang pilih puak ni jd pemerintah, kalau disuruh kerja mcm lembu pun bn x salah, harta negara kena rompak pn bn x slh

    ReplyDelete
  8. Pokok pangkalnya ini semua salah rakyat yg taksub bagi undi dgn penyamun mcm ini utk mentadbir negara,kenapa tak kuburkan karier politik penyamun2 yg hanya bersandarkan rakyat yg lemah kat daerah2tu dpt dipesong minda mereka utk sokong mereka supaya jadi penyamun2 profersional nanti,pujuk rayu mereka,rakyat termakan budi dan terkelan gula batu baru sedar 5thn menungu lagi,penyamun BN ini hanya mengunakan kuasanya utk merompak hasil negara hak kita bukan penyamun BNumnogod yg punya,so pru13 jgn terkelan gula batu lagi......PASTI UBAH..

    ReplyDelete
  9. Padan muka semua..sebab puak PR taktau bersyukur Allah SWT turun bala pada semua..tarik nikmat yg beriNYA dulu...tulah time senang tak nak ingat time susah..bila senang lupa diri

    ReplyDelete
  10. Woi Anon,

    Tau tak tuhan turunkan bala keatas UMNO yang menipu tuhan dengan kemunafikannya dengan mentakdirkan kemunculan Pakatan Rakyat yang buat UMNO dulu yang boleh tidur dalam sidang dewan rakyat dan balik rumah boleh kentut dalam bath tub kerana hidup senang lenang dengan duit haram. Sekarang baru padan muka korang UMNO, nak kentut dalam dewan rakyat pun kena pakai silencer sebab kalau berbunyi semua orang tau kentut UMNO pun kentut haram, ada faham?

    ReplyDelete
  11. pada yang sokong sgt kt umno ni yang pekat pekat umno ni sudah sudah la.....orang2 felda yang kt johor tu.... .umno ni parti kontrak, parti saham, parti komisen..... bukan parti untuk rakyat...semua harga naik sape yang susah...rakyat jugak

    ReplyDelete
  12. Tak susah mana pun...tak caya??? Tanya lah kat penyokong umno... ada dema merungut?? Tak da kan??? steady jer dema semua...kawan-kawan aku masih ramai lagi sokong umno nie... ok jer aku tengok... yang dema heran...ngapa DSAI tak kena penjara lagi nie...itu yang dema susah hati...setakat barang naik 20sen, tarak hal punyer...betul... aku tak tipu...

    ReplyDelete
  13. kerajaan tak salah pasai bapak hang punya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post