Barang Naik, bukan salah Kerajaan - Muhyiddin

Satu kenyataan untuk memperbodohkan orang kampung dan juga para pencacai UMNO oleh Muhyiddin..

"Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.."

Minyak naik hargapun bukan salah kerajaan.. kerana harga RON97 diapungkan mengikut harga pasaran dunia.. kata diapungkan tapi ketika harga minyak duinia menurun, harga minyak dinegara kita meningkat.. apa cerita ni?

Begitu juga dengan harga Gula.. ianya naik bukan kerana salah kerajaan kerana kerajaan hanya melaksanakan proses rasionalisasi harga keperluan asas saja..


Tapi yang menghairankan tentang harga gula ini.. ketika ianya dikuasai oleh Robert Kwok.. empat tahun sekali nak naik hargapun susah, tetapi sejak dikuasai oleh Felda dan juga Syed Mokhtar tak sampai satu tahun dah naik empat kali..

Jangan salahkan kerajaan.. tapi salahkan kroni kerajaan UMNO/BN yang sedang kelam kabut mencari dana untuk pilihanraya bagi UMNO/BN..

Dan ada satu lagi berita baik buat para pencacai UMNO/BN dan juga seluruh pengundi UMNO/BN yang akan kedengaran menjelang bulan enam ini.. bersamalah kita tunggu..


Jangan guna harga barang alasan kecam kerajaan, kata Muhyiddin

KUANTAN, 14 Mei — Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.

Dipetik Bernama Online, katanya, Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

“Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

“Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar,” kata Muhyiddin (gambar) ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.

“Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.

“Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular.


The Malaysian Insider

31 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila raja segala mangkuk berkata2 maka mangkuklah bunyinya. Senang aje dia cakap kalau macam tu apa jadahnya ada kerajaan kalau kerajaan hanya jadi tukang naikkan harga. Itu lah namanya kerajaan yang tak bertanggungjawab. Bukankah si pukimak Din ni yang kata kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani kesusahan rakyat? Kerajaan yang patut lakukan tindakan membanteras dan mengawal peniaga2 dari menaikkan harga sewenang2nya, tapi kerajaan yang kita ada ialah menaikkan harga dan bersekongkol dengan peniaga2 yang tamak haloba. Aku tak dengar pun kerajaan MENYELAR peniaga? Yang kerajaan selar ialah rakyat yang menyalahkan kerajaan naikkan harga. Kang bila rakyat bertindak keatas peniaga, kerajaan akan suruh polis halang pulak? Amende ni Din?

    ReplyDelete
  2. harga barang naik salah kerajaan kerana tak pandai urus tadbir negara...pemimpin umno bodoh!!

    ReplyDelete
  3. Kos sara hidup naik berpunca daripada keputusan bodoh beruk-beruk yang undi BN!

    ReplyDelete
  4. Time DSAI jadi TPM pun tak pernah harga barang2 turun2..naik lagi pun ada..betul dak?.. sapa2 yg pernah hidup time DSAI jadi TPM...jangan dok kona..la..yg dok kona puak2 PR akan kata la ni.."masa tu barang murah..teh air baru 60sen..mee baru RM1.80.." jawab aku siap2..mau dok ingat la time tu gaji hangpa tak macam hari ni...

    ReplyDelete
  5. Telaga....kalau kerajaan kini bertanggungjawab dan peka dgn kesusahan hidup rakyat hari tok pasti kerajaan disanjung dan dihormati supporter2 mcm kamek dll,ni tak baik kerajaan buat jadi hamba abdi saja rakyat,rakyat yg sokong pak din dan lain2 naik atas pastu nak diperbodokan,apa punya kerajaan ni,kita saran lagi pada rakyat yg taksub bodoh dgn kerajaan BN,sila undi BN lagi pada pru13 supaya hidup kita lebih hancur dibawah payung BN yg bocor ni.

    ReplyDelete
  6. “Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing,” katanya... Yeke DPM? Kerja memang akan jadi banyak tapi gaji sama jer. Apa guna banyak perluang kerja kalau gajinya tetap sama kecik ciput jer? Berdolak-dalih pulak DPM kita ni..Cara pentdbiran yang tak baik telah ditunjukkan olej DPM kita ni..

    ReplyDelete
  7. Anak Kg Pertama apa tau, yang pasti masa DSAI jadi TPM gula taknaik sampai berkali-kali, petrol naik berkali-kali. Kalau dalam ekonomi kalau harga barangan dah mengalami kenaikan tanpa terkawal- INFLASI namanya tu.

    Orang UMNO bukan belajar subjek yang dikatakan EKONOMI sebab ini subjek Tingkatan 6, kebanyakkan ahli UMNO tak masuk tingkatan 6, sama ada terlalu bengap untuk ambik STPM atau kelau cerdik masuk matrik atau masuk IPTA, benda ni tak diajarpun pada aliran Medic, Law, Engineering dan sebagainya. Yang belajar nak jadi lebai pun tak belajar sangat benda ni.

    Yang belajar benda ni orang yang terlibat dengan benda ekonomi... tu pun bukan semua pandai .... contoh terbaik Pentadbir-pentadbir Universiti Utara Malaysia (universiti pengurusan kononya), cukai 20 sen semeter persegi pun liat nak bayar. Lepas tu PTPTN bising peminjam-peminjam liat membayar, agak-agaknya belajar dari sapalah agaknya

    Ahli PR pun jangan senyum saja, hampa pun ramai tak belajar benda ni sebab memang subjek boringgg.

    Tapi yang pasti kalau PR perintah insyaAllah, boleh turun. Contoh Kedah, cukai tanah dalam bidang kuasanya telah diturunkan. Selangor berjaya memberikan 20 meter padu secara percuma pada rakyat. Pulau Pinang berjaya membina jalan raya yang mampu meringankan kewangan rakyat, selain peruntukan-peruntukan yang menyenangkan poket rakyat. Kelantan tak yah cakaplah dah macam-macam diberikan pada rakyat walaupun disekat oleh pelbagai sekatan oleh puak pandi kutty.

    UMNO eeelek.... memang pandi kutty. Yang dia tau selaras, selaras, selaras. Rompak duit rakyat melalui saman yang tak ikut prosedur (saman ekor), naikan pelbagai harga barang, penaikan yuran kad kredit, penaikan insurans kereta berusia (dah dimansuhkan sebab gerakan bantahan telah diatur) dan yang menunggu ialah GST. Ha... ha pilihlah UMNO jika anda mahu menipiskan lagi poket kewangan untuk keluarga anda.

    ReplyDelete
  8. AKP,

    Time Anwar TPM, mamak Mahathir tu PM, jadi mana pernah time Anwar barang naik harga, dia bukannya pernah jadi PM? Time Mahathirlah. Seingat akulah, waktu Anwar TPM tak ada pulak dia buat komen sebodoh si Din tu. Kau ada ke bukti yang boleh tunjukkan Anwar ada buat statement bodoh macam mangkuk hayun sekor ni, ada tunjuklah! Ada PM pandai takleh ikut, ada TPM bodoh takleh ajar!!! Selisih malaikat 44 mintak2 janganlah si Din ni jadi PM, masak rakyat dibuatnya ooi!

    ReplyDelete
  9. Kenaikan hrg brg sepatutnya di selaraskan dgn kenaikan gaji.. setiap rakyat sepatutnya mempunyai lebihan gj utk menabung atau bercuti sekurang kurang nya di dlm Msia.. Time Anwar dulu kita masih boleh menonton wayang sebulan sekali... tp skg boleh jugak tp kena hidup berhutang laaaa...

    Jika Pakatan memerintah maka akan diperkenalkan gaji minimum... teringat kenapa subsidy IPP tak di selaraskan sebelum subsidy gula dan minyak???

    Bila getah dan sawit naik rakyat diminta ber tksh kpd kjaan dan kenapa pulak bila hrg brg naik jgn salahkan kjaan???

    ReplyDelete
  10. aku benci betulllll le dgn anak kg pertama...ni...kenapa le dia ni benci sgt dgn Anuar...Apa ? Anuar tu ada buat salah dekat dia ke.......hati batu dan hitam legam betulllllllllll. macamana le....dia menghadapi nazak nanti....dah le tuduh bulat2 anuar dlm video....kutuk lagi, ....keji....lagi.....kesian mak dia lahirkan ....dia....akhirnya dapat anak macam.....ni...pemikiran...sentiasa......kotor dan busuk....Apa perasaan anak kg pertama....kalau zuriat kamu ....sendiri terlibat dgn maksiat....lahir anak luar nikah....., homoseksual....apa...perasaan...kamu...jgn salah....org lain....salahkan diri dan mulut jahat kamu.....hukum karma tetap berlaku...

    ReplyDelete
  11. Kalau nak asek nak bantu rakyat yg kebanyakan nya tak pintar, seperti Anak Kg Pertama, buat apa? baik kita buat projek mega utk kroni ada juga komisen nya buat kita orang. Raktat yang pintar biarlah mereka menyalak. Mereka tu orang2 PR aja tak juga undi kuta juga.

    ReplyDelete
  12. Anon 8.45am

    Tak tumbuh tak melata,tak sungguh org tak kata..bukti video dah ada..tulen lagi..jelas dan nyata..saksi pun dah kata...yg pelaku adalah si dia yg dibela..ha..ha..

    ReplyDelete
  13. Jurang perbezaan perlu diteruskan selagi itu suara yang diperintah akan terus lemah dan suara yang memerintah akan sentiasa dipatuhi...naikkan harga barangan dan biarkan gaji di tahap lama.Itulah strateginya!

    ReplyDelete
  14. “Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing,” katanya.

    pelik juga ayat dari petikan diatas,
    rasanya apa guna limpahan ekonomi atau peluang pekerjaan jika hanya dinikmati kroni, warga asing, ratus ribu yang dapat kerakyatan dlln.

    ReplyDelete
  15. Anak Kg Pertama ni tak habis-habis cerita pasal video, video, video.. Oi AKP, ko tanya orang-orang yang pernah merasa zaman Mahathir dari 1982 sampai 2003 (termasuk la jugak semasa Anwar jadi TPM), ada ke tidak kenaikan sara hidup yang gila babi macam sekarang ni? Ko lahir tahun 80an, apa ko tahu?

    ReplyDelete
  16. Kerajaan sentiasa cari langkah kurangkan beban rakyat-Muhyiddin...

    Korang ada rasa ke yang beban kenaikan harga itu berkurangan? Yang kita rasa sekarang ni bukan lagi setiap tahun harga barang naik, yang kita rasai ialah harga barang naik bertubi2 dalam setahun. Itulah yang si mangkukhayun ni kata sebagai langkah kerajaan kurangkan beban rakyat? Bila setiap tahun harga barang naik dan kerajaan tidak dapat mengurangkannya, semuanya berpunca bila kerajaan potong subsidi (takyah nak kona2 dengan perkataan selaras lah), itu bukannya langkah mengurangkan beban rakyat, itu sama ertinya mencekik leher rakyat. Dan memotong subsidi dengan cara sedikit demi sedikit itu sama membunuh secara perlahan2. Lebih baik kerajaan bunuh saja rakyat dengan sertamerta. Lebih baik kerajaan batalkan semua subsidi dari nak gertak2 dan takutkan rakyat! Berani ke?

    ReplyDelete
  17. anak kg pertama tak ori,
    kau ni masih kaniaq, mana kau ada masa zaman anwar jadi tpm, tok sah dok kelentonglah. lani bila dah besar sekit...tengah kemaruk seks pula...obsess dengan video lucah.
    Ooi please get some help lah.. hang ni dah tahap kronik!!

    ReplyDelete
  18. Dah pegang najis, tangan disembunyikan..ini lah sikap DPM kita ni. Oi! Muhyiddin! Tak tahu ke barang naik disebabkan infeksi dari kenaikan harga minyak yg kau org perintah dah buat?

    ReplyDelete
  19. Anon 11:47..

    Aku kaniaq..ha..ha..jgn buat andaian2 yg songsang...silap org le...nak sunat kau sekali lagi pun boleh..

    ReplyDelete
  20. pak din koboi... semua salah rakyat pasai kuat makan gula. yang betui ...BN. kalau tak pandai urus ekonomi...letak jawatan je....

    ReplyDelete
  21. anak kg pertama tak ori,
    kaniaq tu bukan takat umur saja...juga metaliti. Berdasarkan komen2 hang macam budak2 mat rempit tu, memang hang layak dipanggil kaniaq lah, apa lagi.

    ReplyDelete
  22. aslmlkum,beribu2 perkataan kat ats,anwar mahathir,mahathir anwar,tpm pm,pm tpm,bla bla bla..bila nak sebut allah taala?sebut word ni byk2 insyaallah dpt iman.sebut selain dr ni byk2 jauh t yop.syok sendiri je t..

    ReplyDelete
  23. anon 4:42
    mungkin awak baru nak cuba memberi komen. satu saranan yg baik. Tapi saya cadangkan awak visit blog2 pro umno.. boleh start dengan papagomo..lihat sendiri komen2 dlm setiap rencana yg di paparkan, penuh dengan maki dan mencarut. saudara boleh beri saranan yg sama...boleh tak? itu pun kalau saudara bukan lagi satu belaci murahan umno yg suka menyamar.
    takbir!...Allah hu akbar!

    ReplyDelete
  24. SLM..LAGI2 UMNO,UMNO 2 BLEH CABUT NYAWA TUAN ATAU BLEH TAHAN REZKI TUAN KE TUAN?DAN YG PALING PENTING UMNO BLEH BERI DAN TAHAN HIDAYAH UTK SESEORANG KE?TUAN JAWAB LA JUJUR,BLEH KE X BLEH?KALAU DIA X BLEH WAT 2 SUMA KURANG2KN LA SEBUT UMNO..SEBUT ALLAH.ALLAH YG BLEH WAT NI SUMA,XPAYAHLA EFFECT DGN UMNO 2 TUAN.BUAT LA NYANYI LAIN YG SEPATUTNYA KITA NYANYI TUAN..SLM.

    ReplyDelete
  25. Komen oleh si mamat paling bangang. Dia ni memang manusia terbodoh.

    ReplyDelete
  26. woi muhyidin.. celakalah kau.. apa kau ingat kitorang ni bodoh cam lembu ke?

    ReplyDelete
  27. NON 9:40 jgn menyibuk la kat sini..
    klau gko jenis mcm yg gko ckp nie gko tak masuk dlm blog nie... g masuk bilik....

    Syooh syooh...

    ReplyDelete
  28. kita cili jer mulut dia nih...lepas tu selotep..apa punya menterilah..haprak..

    ReplyDelete
  29. cili jer mulut dia..lepas tu selotep..dia ingat rakyat gaji besor sangat ker..

    ReplyDelete
  30. Semuanya alasan tak rasional, adakah ketika minyak masak kekurangan dipasaran, sawit dah tak mau berbuah? Mana peginya minyak masak..sehingga menyusakan rakyat, memang salah rakyat jika harga barang naik kerana memilih pengamal rasuah dan penyamun sebagai pembesar negara..tak kiralah apa latar belakang mereka..,semoga rakyat malaysia bersatu utk melenyapkan pengamal rasuah dan penyamun yg berlakon dipentas politik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post