
Dr Chua (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.
“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.
“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.
Najib (gambar bawah) berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.
“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.
Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.
Bagaimanapun hari ini Dr Chua menegaskan, MCA tidak akan menghalang Umno dan PAS daripada mengadakan perbincangan antara satu sama lain.
“Baik, ia adalah baik bagi perpaduan orang Melayu dan Muslim, tiada masalah jika mahu berbincang. Kita tidak boleh menghalang orang daripada berbincang.
“Perdana Menteri dan Umno sangat menyedari tetapi jika mereka mahu bertemu tiada masalah untuk mengadakan pertemuan,” kata Dr Chua sambil menambah, dalam negara demokratik, mana-mana pihak boleh mengadakan pertemuan dari dari semasa ke semasa mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama.
Pelawaan Najib semalam muncul kira-kira seminggu selepas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melontarkan idea mengenai gerakan “1Melayu, 1Bumi” iaitu kempen untuk menyatukan orang Melayu kononnya bagi mengekang politik perkauman dibawa DAP.
Pelawaan Najib itu bagaimanapun ditolak oleh pemimpin-pemimpin PAS.
Membalas kenyataan Najib itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.
“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata beliau dalam satu kenyataan.
Selain Hadi, semalam pemimpin-pemimpin kanan PAS yang lain, antaranya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayub juga menolak bulat-bulat pelawaan Najib.
The Malaysian Insider
Alahai Najib, Najib! Sejak PAS berkawan dgn DAP, PAS dapat mentadbir Kelantan (1990), Terengganu (1999). Kedah & Perak (2008). Bersama mentadbir Pulau Pinang & Selangor (2008). Kini PAS ada 3 Dato Seri. Sejak PAS berkawan dgn DAP, ada EXCO DAP yg mengaji ilmu Islam, malah ada yg membacakan ayat suci al-Qur'an di atas pentas Pakatan Rakyat. Kini ramai dari kalangan pimpinan DAP bercakap tentang keadilan Islam, kemurnian ajaran Islam dan kagum dengan keadilan kepimpinan Islam zaman silam dan berazam mencontohinya! Dan sejak PAS bersama DAP, banyak institusi Islam yg tertindas dahulu di zaman BN/UMNO, kini mendapat pembelaan yg cukup dihargai oleh pengusahanya. BN makin bercelaru. Sekejap pelawa DAP, sekejap pelawa PAS, selepas ni pelawa PKR pulak. Inilah yg dikatakan kesan dari sumpah laknat. Yang dikatakan 'Laknatu'Llah' itu ialah 'jauh dari Rahmat Allah swt'. Saya nak ubah sikit, dari pelawa kepada persila, persila ganti BN, untuk tadbir Malaysia di Perdana Putra. Dan memang kami kini sedang mempersiapkan diri kami untuk yg itu, selepas selesai majlis penganugerahan 'Oskar' kepada mereka yg terbabit dlm pembikinan filem 'lucah' of the year! Yg berpenyakit dari kalangan kami, akan keseberang, dan yg punya hati nurani yg tulus dan murni di sebelah sana akan ke sebelah sini. Masa tu akan berlakulah pindah alih tempat dan tugas, Insya'Allah. Tahniah kepada 'Tan Sri Rahim 'Thambi Kechik'. Anda telah banyak membantu menjernihkan yang keruh. Pinjam kata Al-Marhum YTM Tunku: 'Saya berasa sangat seronok hati'! Al-Fatihah buat roh al-Marhum.
ReplyDeleteBaru saya tahu bahawa Malaysia ini bukan negara Islam. Walaubagaimanapun ada juga kebenaran nya. Apa yang di maksudkan CSL ialah supaya melupakan niat nak islamkan BN , Jangan cuba2 bersihkan pemimpin2 dalam BN supaya mentadbir negara mengikut lunas2 islam. Dia tak tahu hukum hakam islam susah pulak nanti bila di jadi menteri.
ReplyDeleteKami tak mau president parti main perempuan kat hotel dan mengaku pulak tu!!!bangang punya cina
ReplyDeleteorang-orang pas suka berdamping dgn kafir daripada berdampang dgn bangsa dn seagama...mudah-mudahan pas hancur tahun ini.cuba conthi sifat Dato' Hassan b.Ali
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!