Ceramah Anwar di Johor dihalang polis


JOHOR BAHRU: Polis menghalang ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Gelang Patah malam tadi dengan mengarahkannya memendekkan ucapan.

Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter.


Sebelum itu, Anwar turut dihalang untuk berceramah di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, menyebabkan pihak penganjur memindahkan lokasi ke Taman Dahlia.

Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara.

“Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap.

“Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat).

Secara sinis Anwar berkata, beliau ‘diawasi’ pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa.

“Saya ini memang sentiasa ‘dijaga’ oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun.

“Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa.

“Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah?

“Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu,” kata Anwar.

Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda.


http://www.keadilandaily.com/?p=12599

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. MENANG SORAK TAK SEDAR SUDAH TERGADAIMay 2, 2011 at 5:12 PM

    Mengapa Johor menjadi negeri yg paling teruk dr segi kebebasan bersuara sejak dahulu? Adakah negeri ini demokrasi @ negeri Sosialis? Berceramah dlm markas sendiri pon salah? Undang2 apa yg digunakan di Johor? Kenapa perkara seperti ini tidak terjadi di Kelantan & negeri Pakatan Rakyat? Kesian rakyat Johor. Mungkinkah di sebabkan Freemason terlalu kuat di Johor maka ceramah utk membuka minda rakyat bagi menilai kebenaran dr pelbagai sudut tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Kalau di Arab Saudi ada Polis Wahhabi yg mengawasi..di Johor Polis umno membelakangkan undang2...

    Inilah negeri yg kuat umno, tetapi nampak sgt anti-demokrasi, & takut kpd kepelbagaian pendapat, dgn menutup hak rakyat utk mengetahui kebenaran. Mungkin ahli2 umno yg jahil demokrasi akan bersorak gembira kerana melihat pembangkang tidak dpt berceramah di Johor.. SEBENARNYA INI AKAN MEMUDAHKAN UMNO MENGGADAI KEPENTINGAN RAKYAT JOHOR NANTI, Jadilah rakyat Johor nanti seperti MENANG SORAK TP KAMPUNG DI GADAI UMNO.

    Rakyat Johor mesti mengubah keadaan ini, 'SEBAGAI SATU PERSEDIAAN' agar nanti, jika pimpinan umno Johor melakukan sesuatu tindakan yg merugikan rakyat Johor...yg terkena pd semua termasuk ahli2 bawahan umno, maka mereka tidak ada lagi tempat utk mengadu, semasa itu, jadilah mereka seperti 'sudah terantuk baru terngadah'... MASA ITU, PEMIMPIN2 UMNO AKAN MENDIAM SERIBU BAHASA...MENANG SORAK HAK2 MELAYU YG JADI SETIA MEMBABI BUTA SUDAH TERGADAI...

    ReplyDelete
  2. Salam semua,

    sy sbg rakyat Johor yg sudah berhijrah ke negeri di Pantai Timur tak heran langsung akan situasi spt ini..

    org kampung di situ juga yg me'report' kpd pencacai2 amno td supaya menghalang aktiviti2 spt ini..

    mereka dh mkn jasa dan duit org2 amno smp dh jadi darah daging..
    bila dh busuk hati, maka busuklah keseluruhannya..

    tp,bukan semua rakyat Johor yg buduh mcm tuh,cuma mereka2 yg mkn cili ajer yg terasa pedasnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post