
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai “Chegubard”, akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.
The Malaysian Insider juga difahamkan beliau yang tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan “sudah sampai masanya” berbuat demikian.
Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.
“Ya, memang betul... Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.
“Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang,” kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan kepada The Malaysian Insider.
Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil.
Badrul Hisham (gambar) juga merupakan ketua cabang PKR Rembau.
Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.
Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan.
“Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.
Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan.
Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.
Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, “pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP.”
“Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP,” kata sumber itu.
Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu.
Antaranya kata beliau, “DAP tidak anti-Melayu” tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.
“Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya,” katanya.
Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu.
“Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya lagi.
The Malaysian Insider
Ini sifat terpuji seorang pejuang, keluar dari PKR tapi tetap bersama Pakatan Rakyat. Harap jangan ikut perangai katak Zulbabwe dan geng katak dia tu. Bangga dengan Chegu Bard sekurang2nya kita ada seorang Melayu dalam Pakatan yang bermaruah yang tidak boleh dibeli oleh UMNO.
ReplyDeleteSekiranyer benar ..... kita ucapkan tahniah pada Che'gu Bard .... tetap meneruskan perjuangan bersama PR . Jangan pula bersama UMNO ... jika itu pilihannya .... kita pun tidak dapat berbuat apa-apa . Tapi rasa hormat akan cair begitu saje dan akan hilang bagai kabus di telan matahari ... ingat!!! perjuangan dalam saf PR , memang banyak halangan dan memerlukan ketulusan hati serta kental jiwa.
ReplyDeleteTahniah Chegubard...keluar dari Parti Kian Rebah..harap jangan masuk mana-mana parti of PR or BN..ikutlah kawan2 yg keluar sebelum ini...bebas diri anda dulu..kalu join parti in PR..orang kata keluar pintu depan masuk pintu belakang..dirumah yg sama juga..pi mai..pi mai jumpa org tu juga...tak guna keluar..
ReplyDeleteASD tak nak tanya ke kenapa dia boleh keluar? mesti ada pasal..ha..ha..ASD bila lagi?
Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..
ReplyDeleteSEbab apa dia keluar PKR?? dulu aku pernah tulis dah.. masa pemilihan PKR..
Bila UMNO tumbang aku keluarlah dari PKR.. lagipun tujuan aku bersama PKR hanya nak tumbangkan UMNO.. itu saja..
Bila UMNO dah tumbang.. aku lepas semua jawatan yang aku pegang dalam PKR..
UMNO tumbang??? itu kehendakNYA kalau nak tumbang...tapi yg aku nampak PKR yg akan tumbang dulu..sebab tulang2 kuat dah ramai lari....tulang2 tu org kuat PKR yg dah keluar..sepeti Ezam,Zul kulim..Gubalan & lain2..
ReplyDeleteMungkin..tulang aku dan tulang ASD hancur dlm tanah pun kita tak tau UMNO tumbang atau dak lagi..sebab dua2 dah meninggal..he..he..
AKP..
ReplyDeleteBelum pasti siapa akan tumbang dulu.. Jangan takabur.. PKR nak tumbang pun atas kehendakNya.. Kerana yang keluar PKR tu semua jenis penghancur perpaduan, kaki projek,kaki hutang bla..bla..bla.. ;-) heeeee
Kita sama-sama memikirkannya..
Anon 10.09pm
ReplyDeleteBukan takabur...cuma merasai sangat..
Ada mata lihat..
Ada telinga dengar...
Ada akal fikir...
Satu kehilangan besar buat AMK. Tapi akan kan daya, Yg poyo tu gak yg AMK sayang...hahaha...asyik2 report polis, tapi AMK dah jadi mcm pondan bawah Sam. Buat Anak kg pertama, kita hidup di dunia ni, ada pasang surutnya. Itu hakikat. So jgn lah yakin sgt yg BN tak akan tumbang. Siapa sangkakan, Selangor, Perak, Penang dan Kedah pada 2008 jatuh ke tangan PR. Sampai sekarang UMNO dok meroyan lg sbb terkejut gorilla kalah di negeri2 tu. Apa pun, Chegu Bard lebeh baik join DAP.... bukan PAS tak bagus tapi dr segi strategi dan art of war, tu yg terbaik...gud luck! tapi kalau ko joion umporno maka ko tak lebeh dr pencuci jamban suami najib la bard oiiiiiiii
ReplyDeleteAKP,
ReplyDeleteAda mata lihat....tapi kau buta
Ada telinga dengar...tapi kau pekak
Ada akal fikir...tapi kau bangang
Memang kau takbur...jadi rasalah SENGAT!
Dulu pun pernah ada yang kata nak kuburkan PKR kerana tinggal satu kerusi parlimen Permatang Pauh saja. Bila PRU 12 bukan saja satu kerusi parlimen, tapi 5 negeri ditawan PR.
ReplyDeleteha,ha.ha. bermulalah politikus.sama2 nantikan cetanya.
ReplyDeleteSeandainya benar chegu bard tinggalkan pkr kerana prinsip dan sertai pas atau dap juga atas dasar prinsip....maka prinsip chegu bard tak pernah berubah...syabas utk chegu bard.
ReplyDeleteTelahan anak kg pertama yg pkr berkubur maka selamatlah umno.. cekup meleset!!! semangat pejuangan menentang kezaliman, kefasiqan dan kemufiqan pemimpin umno bukan terletak pada pkr malah pas dan dap pun bukan. pejuangan ini adalah perjuangan rakyat yg mahu melihat bendera keris umno itu akhirnya di humban ke lubang najis, tempat yg terbaik utknya dan semua pemimpin2 umno dihadapkan ke muka pengadilan utk dosa2 mereka kpd rakyat.
anak kg petama jangan mimpi dan mengidam chegu bard akan sertai katak2 suruhan umno tu...dia bukan dari spesis yg sama.
katak2 suruhan umno tu adalah dari spesis anak kg pertama yg tak ada maruah, cakap berbelit, syok sendiri, fitnah, menipu..macam ulat taik....ada faham!!! jangan marah ye.. walau pun you tak suka tapi itulah hakikat diri you sebgai belaci murahan umno.
Chegu Bard cuma tukar landasan sahaja tapi hala tuju tak pernah berubah. Pi mai pi mai tang tu jugak!
ReplyDeleteAnon 11.30am
ReplyDeleteTekaan aku bukan meleset tapi terbukti di negeri pantai timur..baru nak buat kabinet bayangan dah bertengkar..itu baru bayangan..kalau betul2 menang..perang saudara ape Malaysia nie...he..he..
Gajah depan hidung tak nampak..kuman seberang laut kau nampak..ingat kau ni jenis rabun benda besar tapi nampak benda kecil aje..bahaya tu kalau memandu kereta
anak kg pertama..
ReplyDeleteYou are missing the point.....again and again. Itulah bezanya PR dgn BN. setiap komponen dlm PR bukan lembu yg boleh cucuk hidung dan ditarik ke padang ragut yg tuan dia mahu. DAP gagal pastikan kaum dayak diwakili secekupnya dlm shadow cabinet...jadi patutlah pkr mengkritik. bukan macam mca, mic...anguk saja asalkan pemimpin depa dpt habuan...rakyat depa peduli apa.
selama ni umno dok buat fitnah yg kata pkr ni kuda tungangan dap....sekarang ni terbukti bukan...hampa pecacai umno nak kata apa pula???? dah kelu lidah???
Sudahlah jangan dok spin lagi..dah berkali-kali aku kata kat hang... sekurang-kurangnya kutiplah sisa2 maruah hang tu, janganlah dilacurkan kesemuanya.
Tinggalkan lah umno tu..pemimpin depa dok gemuk mintakedarah duit haram...hang dapat apa?? depa dah gemuk tak perlu diperjuangkan...yg perlu di bela ialah rakyat. join kami!!!!
Anon 8.23pm
ReplyDeleteDari komen kau menanda kau belum matang dalam mentaksirkan pencaturan politik tanahair...apa yg kau tau maki, maki..& maki..lepas gelak..gelak..gelak..maki..maki..gelak..gelak..senyum kambing..
bab join..terima kasihlah..aku tetap aku.OK
Anak kampung Pertama esok jangan lupa beli nombor 4d...hang dah pandai cakap hukum nuuuu???? dahsyat....ada perubahan hang nu dari segi menulis tapi perbuatan tak tau laaaaa.....hahahahhhaaaaaaa.....
ReplyDeletegeng air balang....
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!