Eskay Tidak Tuduh Anwar.. jadi.. Apa Khabar Pencacai UMNO sekarang? (Video Inside)

Apa khabar sekarang pencacai-pencacai UMNO yang bermati-matian mengatakan bahawa lelaki yang sedang melakukan seks di dalam video lucah edaran pencacai-pencacai UMNO itu adalah Anwar Ibrahim?

Mereka menulis seolah-olah mereka lebih mengenali Anwar dari Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah sendiri.

Pencacai-pencacai UMNO melalui blog-blog mereka sedaya upaya menegakkan benang yang basah mengatakan lelaki di dalam Video itu adalah Anwar biarpun banyak perkara didalam video itu telah dipertikaikan bermula dari janggut, perut, rambut, jam omega, tempat kejadian malah hingga keparut pembedahan.. (aku pertikai setakat tu saja.. tapi kawan aku pertikai tentang kemaluan yang katanya kelihatan tidak berkhatan.. cuba korang jenguk Biaqpila )


Tidak lupa juga kepada pengunjung setia Blog ASD ini iaitu Anak Kg Pertama yang telah meninggalkan komen “Alasan!!..lagi..lagi alasan!!..yg penting orang dalam gambar tu..SIAPA DIA??? DI MANA DIA???...kalau ASD dah tak percaya mengapa masih buat ulasan? jika masih beri ulasan maka ia adalah benar dan tulen video tu, cuma pelakunya aje segelitir rakyat shj yg masih tak percaya. Mintalah umat Islam buat baca yassin dirumah..masjid..minta si pelaku keluar mengaku cepat...sebab makin hari rakyat hairan kenapa si pelaku belum keluar mengaku...sebab teman si pelaku dah mengaku...sampai bersumpah2 mengaku...” komennya telah ditinggalkan di SINI

Tidakkah dengan kenyataan Eskay selepas memberikan kenyataan kepada pihak Polis Kepong petang semalam yang mengatakan “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya” membuktikan tuduhan oleh pencacai UMNO itu adalah fitnah?

Cuba korang baca firman Allah s.w.t. ini : “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

Bacalah juga firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur ini..

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya.

Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Fikirkan.. berbaloikah upah yang anda dapat jika dibandingkan dengan api neraka yang menanti anda?

Saksikan dan dengar apa Eskay kata pada minit ke 2:15 video ini..



Tapi… kalau Eskay kata di tidak menuduh, habis dalam Video ni siapa yang bersumpah?


Sumpah si Eskay itu..

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet .

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini,” kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".


Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih boleh muncul untuk memberi kenyataan.


TVS News

38 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Eskay ni dah gila ke? Atau dah kena penyakit Alzeimer atau nyanyuk. Mudah sangat dia lupa. Ini agaknya bahana sumpah laknat yg. dibuatnya baru2 ini. Wartawan2, pencacai2 dan bloggers2 UMporNO pun terkejut beruk dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. Akurasa...dia dah memang dah bengong lagi gila dan juga bodoh...

    ReplyDelete
  3. biasalah.. orang kalau menipu.. dia takkan ingat apa yg dia tipu.. inilah jadinya.. jumaat sumpah.. hari ni kata tak tuduh la pulak.. mungkin sebahagian dari laknat kot..

    ReplyDelete
  4. ASD
    Saya nak tambah sedikit ulasan saudara dengan "paste" keratan lapuran Malaysiakini seperti dibawah:
    ...."Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

    “Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.".......

    Yang menarik dalam lapuran diatas ialah...."Pemberita Kelihatan Tercengang".....kak..kah..kah..kah
    aku tergelak sampai sakit perut. Apa punya kualiti pemberita Malaysia ni...hanya layak jadi pemberita majalah hiburan saja..kah..kah..kah

    ReplyDelete
  5. Orang kafir macam Eskay ini mana ada pendirian dlm sumpah... kahkahkah... main2 saja. ..memang dari golongan mamak juga.

    ReplyDelete
  6. Pendapat aku Eskay dah buat perkara yg betul, dia bukan melaknat Anwar kerana Anwar berzina, tetapi dia melaknat diri dia jika dia berbohong menyatakan bahawa dia dan Anwar adalah orang yg berada dalam video seks tersebut. Yang pelik orang2 PR pergi buat kacau tu apasal apa?

    ReplyDelete
  7. Pecacai2 umno kantoi lagi......

    Petikan Berita Harian untuk buktikan memang benar Eskay menafikan pernah mengkaitkan Anwar dengan perlakuan zina seperti yang terkandung di dalam video seks berkenaan.

    Baca ayat ini:

    “Saya sudah buktikan... perlu faham, saya tidak tuduh Anwar berzina, sebaliknya hanya menunjukkan video berkenaan kepada kumpulan media supaya menyaksikan sendiri siapa pelaku dalam video berkenaan,” katanya.

    Sedangkan sebelum ini Eskay melakukan sumpah laknat yang berbunyi:


    "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."


    Sekarang Eskay sudah tidak mengaku mengkaitkan Anwar sebagai pelaku di dalam video yang melakukan perzinaan dengan perempuan tersebut.

    No wonder selama ni najib bejaya mendapat sokongan dari orang2 umno...kerana mereka2 ni otak udang rupanya..berfikir gengan waras pun tak mampu, apatah lagi mengkritik najib?

    ReplyDelete
  8. hello anak kg pertama
    Apa yg kau nak spin lagi, kalau dah kantoi tu mengaku aje lah. Sekurang-kurannya kau masih ada maruah.
    kalau dok asyik spin sana spin sini..ternyatalah engkau ni dari spesis yg tak bermaruah....macam ulat taik.

    ReplyDelete
  9. Eskay nie mana dia nak takut dengan azab ALLAH S.W.T sbb mamat nie seorang free thinker...kalau x percaya cuba pi kat rumah dia sebab dalam rumah dia byk dengan patung2 Buddha dan lagi satu mamat nie siam muaalaf...sebab tu dia mana tau hukum2 ALLAH

    ReplyDelete
  10. setuju dengan anon 8.31..

    Hanya orang gila seperti anak kg pertama yang masih spin pertahankan eskey dan orang yang gila tak mengaku mereka gila..

    ReplyDelete
  11. Buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..

    Stick to the topic.. jangan kona.. kalau off topic aku delete...

    ReplyDelete
  12. AKP,

    Kalau aku cakap nanti AKP melenting pulak (AKP tu bukan Akauntan Kanan Perbendaharaan tapi Anak Kg Pertama), lagipun semua yang buat komen kat sini pun lebih tau dari aku apa jenis orang yang pakai nama AKP ni. Jadi aku cakap macam ni ajelah...Bila buat sumpah laknat dengan hati yang tak bersih dan tak tenang sehingga terpaksa pakai jaket kalis peluru, akibatnya jaket tu pun tak boleh menahan laknat Allah keatas sipemakai yang melakukan sumpah laknat dengan nawaitu yang jahat. Siang2 Allah laknat mulut Eskay sampai membebel dengan kata2 yang mat salih kata "slip of the tongue". Itu baru laknat awal dari Allah keatas Eskay, namun itu dah cukup untuk kita semua tengok tak payah buat apa2 pun, si Eskay tu sikit demi sikit jadi SASAU bila dia sendiri pun dah tak boleh kawal kata2 yang keluar dari mulut dia sendiri.

    AKP pun nampaknya dah kena tempias laknat Allah keatas Eskay, cakap kau pun dah mula spin sana putar sini, keling pun lagi baik dari kau.

    ReplyDelete
  13. amat barharap kebenaran akan terserlah :)

    ReplyDelete
  14. setuju dgn komen 12:24 PM cantik memang AKP (anak kg pertama) dah terkena tempias sumpah laknat yg di buat oleh sk tu x lama lg AKP pun akan sasau mcm eskay sbb tu 2 lg TRIO x brani nak angkat sumpah laknat cuma mrk wakilkan kpd eskay yg sasau dan meroyan tu x lama yg 2 TRIO tu pun akan sasau mcm eskay jugak dan mrk akan duduk diam2 di TAMPOI atau TG RAMBUTAN utk jd tontonan rakyat jelata atas HUKUMAN Allah swt sebagai pengajaran dan peringatan kpd yg lain.

    ReplyDelete
  15. 3 kali melafazkan shahadah pun x betul sebutan nya kpd pencacai2 umno dan ulama2 muda umno tlg betulkan krn dah menjadi tanggung jawab anda. Eskay sebut Asshadualla illahhaillah sepatutnya Ash-hadu alla illahha illah Wa ash hadu anna muhammad darasullah.

    ReplyDelete
  16. Sekurang-kurangnya ada orang yang sanggup bersumpah untuk bersihkan nama, kalau pelat tu nak buat macam mana, Melayu pun ada pelat sebut bahasa Arab, buat le solat hajat ramai-ramai.... tak elok tuduh orang kalau kita sendiri tak ada bukti... nak menulis dalam blog sapa-sapa pun boleh tulis

    ReplyDelete
  17. Kenapa aku nak kantoi..yg kantoi org balun dalam video panas tu le..dia dah kena lock dengan sumpah laknat Eskay le..panas ooo...engkau org aje tak faham2..aysik dok pening…gambar dalam video tu takan berubah sampai bila2..yg berubah org dapat "syok" dok nafi tu aje…2

    Pancaindera yg paling hebat Allah kurnia untuk manusia iaitu mata boleh melihat dan otak boleh memikir...bila 2 pancaindera digabungkan mampu memberi jawapan yg signifikan.

    ReplyDelete
  18. anak kampung pertama, yang penting Eskay menipu. sekian.

    ReplyDelete
  19. Yang sapa2 rasa Eskay tu tipu..itu pendapat masing2..tapi tak semua org beri pendapat yg sama..kita kena hormat le...jgn dok gaduh2..

    Teringat time sekolah rendah di SKPTK..subjek BM..belajar perkataan berlawanan..sejuk lawan panas...malam lawan siang...berbohong lawan berkata benar...berapa banyak lagi daaa..

    ReplyDelete
  20. Anak Kg Pertama...

    Apa macam???? kah..kah..kah...

    Stick to the topic.. off topic aku delete..

    ReplyDelete
  21. Kepada pengunjung ASD sekelian, usah dilayan Anak kg pertama tu. Suka putar putar. Anggap je la Anak kg pertama ni sebagai badut sarkas dalam komuniti ASD. Kita anggaplah komen-komen yang dia sampaikan sebagai bahan jenaka yang diceritakan oleh orang kurang siuman @ gila. HAHAHAHHAHAHA! Itu hari beria-ia dia tuduh DSAI sebagai mamat dalam video tu. Tapi bila Eskay kata yang dia tak tuduh DSAI berzina, dia tukar channel pulak. Hei Anak kg pertama, apa kata kalau kau tuduh Eskay pulak sebagai pelaku dalam video tu, macam mana? HAHAHAHAH!

    ReplyDelete
  22. OK lah AKP aku hormat (bahasa berlawannya) pendapat kau, aku tak larat nak layan kau yang pandai (bahasa berlawannya) sangat2 ni. Kau memang terer (bahasa berlawannya) dan layak (bahasa berlawannya) jadi cikgu BM untuk disenaraikan sebagai pencacai BN yang tegar. Aku sori lah selama ini aku sangka kau bodoh (bahasa berlawannya) tapi rupanya kau pandai (bahasa berlawannya).

    Hidup (bahasa berlawannya) AKP!!!

    ReplyDelete
  23. Review...

    Yang sapa2 rasa Eskay tu tipu..itu pendapat masing2..tapi tak semua org beri pendapat yg sama..kita kena hormat le...jgn dok gaduh2..

    Teringat time sekolah rendah di SKPTK..subjek BM..belajar perkataan berlawanan..sejuk lawan panas...malam lawan siang...berbohong lawan berkata benar...berapa banyak lagi daaa..

    Pendapat aku adalah berbeza ngan geng of PR..

    ReplyDelete
  24. fmzam komen ko 3:48 .... i like hehehe

    sk dah terkena sumpah laknatnya sendiri.... kes saman 20juta kalah..... i like

    ReplyDelete
  25. ANAK KG PERTAMA BUAT MALU KAMPUNG JE DAH LA DOK BAGI FAKTA2 YANG MENGARUT PAS TU DOK TUNJUK PANDAI PLAK. IKUT SUKA HANG LA

    ReplyDelete
  26. Hai seronok nampak AKP, sekarang ni dah jadi popular ramai yang dok layan kau dalam blog ni....hehehe...Ikut juri profesional kau memang kantoi tapi dengan undi sms kau JUARA Anak Sungai Derhaka....Keep it up BEROKTHER!

    ReplyDelete
  27. UMPORNO KENA MAIN DGN SKMay 5, 2011 at 6:47 PM

    Oklah kawan2...memandangkan Eskay dah mempermain2kan semua org, terutama blog2er umporno yg jadi pening lalat kerana SK dh ubah kenyataan nya itu, itu menunjukkan bahawa geng2 umporno ni dah sememangnya KENA MAIN DGN SK SEKOR TU...HAHAHA... aku rasa SK ni dia sebenarnya marah sgt dgn umporno psl jambatan bengkok, jadi akal dia, dia nak pekena semua org2... terutama sekali org2 umno yg dah pekena dia dlm hal duit rm20 juta jambatan bengkok tu... Jadi selepas ni kita tunggu pulak apa yg akan dibuat oleh SK (suka kecoh) untuk Fitnah seterusnya... aku rasa dia tengah seronok walaupon tak dpt RM20juta... Itulah nasihat aku pd blog2er umporno...jgn cepat LOMPAT MCM ZUL KULIM 110% (LAMA DH TAK DENGAR BERITA, RINDU PULAK DGN ULASAN DIA YG SENANG2 MASUK MUKA DEPAN AKHBAR UMPORNO)...lOMPAT2 KUAT SGT, BEDEBAB...TERSEMBAM KT MANGKOK TAHIK...

    ReplyDelete
  28. wartawan tak tanya SK DSAI datang sendiri ke dia ambik kat rumah atau terserempak hantu(fake) anwar dalam bilek tu.

    ReplyDelete
  29. Berkenaan perkara ini, mana perginya mufti-mufti kita? Kemana perginya JAIS dan JAWI dan JA JA yg lain? Menteri ugama pun diam aje. Apa sudah jadi? Diam bermakna setuju. Ke takut? Kan hanya Allah saja yg sepatutnya ditakuti?

    Si bongok Askey tu sudah mengaku yg dia ada di dalam video tu. Tangkap ajelah si bahalul tu. Nak bukti macam mana lagi?

    Datuk-datuk bahalul yg terlibat itu, menghina ugama Islam di dalam hal ini. Mereka sepatutnya dihumban ke dalam jail dan kuncinya dibuang ke laut. Perkara yg KEJI saperti ini, sudahlah salah, dibawa pula ke masjid ie tempat beribadah/sujud. Kenapa? Buat di tempat lain tak bolih ke? Sekarang, olih kerana karenah bahalul-bahalul ini, ugama islam sudah jadi bahan ejekan orang bukan Islam. Kenapa tak ambil pelajaran daripada kes si saifool tu?

    ReplyDelete
  30. AKP....bukan anak kampung pertama...
    AKP tu AKAI KUDA PENCACAI...dia ni bukan anak kg pertama...anak kg pertama mana ada bengong sampai cmni...aku bg cadangan hang tukar la nama lain...buat malu nama kg pertama...

    ReplyDelete
  31. Anon 12.01am

    Jangan le marah..tak rugi sapa2 pun..aku guna nama ni..DULU,KINI DAN SELAMANYA...tak akan ubah

    ReplyDelete
  32. Anak kg. Pertama tetap hodoh,
    Anak kg. Pertama tetap bodoh,
    Popular di ASD sebab kepoh,
    Malu weiii, bila nampak bodoh!!!

    ReplyDelete
  33. AKP...polis dah dakwa ker saper dalam vidoe tuh...asik cakap orang tuh jer...padahal tak tentu lagi...harap jer pertama tapi otak paling terakhir...

    ReplyDelete
  34. semua pun bodoh..dah bukti video sahih..tapi spin sana sini..suda laa..konspirasi konon..taik ko la DSAI

    ReplyDelete
  35. Memang Eskay TIDAK menuduh Anwar berzina. Tak pernah. Apa sebab Eskay tak berani tuduh dua2 pelaku dalam video tu berzina? Sebab dia TAK NAMPAK belalai lelaki tu masuk dalam jubur China Doll tu. Aku pun tak berani nak tuduh bahawa orang dalam video tu tengah berzina. Mungkin dua2 tu main tindih2 sahaja.

    Maka, dengan tidak menuduh sapa2 berzina, Eskay TIDAK PERLU mengemukakan 4 saksi.

    Tetapi, Eskay telah bersumpah laknat, seperti kat blog ni tulis di atas, bahawa LELAKI YANG ADA KAT VIDEO TU ADALAH ANWAR IBRAHIM. Kalau dia bohong, dia rela dilaknat Allah. Dia berani bersumpah kerana dia turut sama ada sebalum dan selepas episod tindih-menindih ni berlaku.

    Maka, kalau Anwar tidak mahu bersumpah apa2, (memang tak wajib pun baginya untuk bersumpah..), selagi itulah keadaan akan memihak kepada Eskay...; bahawasanya lelaki yuang telanjang bulat dalam video tu.., pastu dok main tindih2 dengan pompuan cina tu adalah si Anwar Ibrahim.

    Anwar pun tak pernah cabar Eskay. Anwar tak berani kata Eskay berbohong. Dia asyik dok kata UMNO nak memalukan dia; dok fitnah dia.. Padahal yang jelas menghebohkan cerita dia adalah kawan baik dia sendiri, iaitu si Eskay itu. Saman Eskay laaa. Lagikan Mahathir pun Anwar berani saman..., inikan pula dah jelas Eskay memalukan dia. Tak nak pulak si Anwar tu..!

    Balik2 nak mintak Eskay kemukakan 4 saksi. Untuk apa? Kan Eskay dah kata; dia BUKAN menuduh Anwar berzina? Maka, mana perlu 4 saksi untuk kes begitu?

    Aku bukan pencacai mana2 parti. Tapi, aku boleh buat pertimbangan dengan jujur pada diri aku sendiri tentang apa yang sebenarnya berlaku.

    Allahuakbar...!!

    ReplyDelete
  36. anon 10.23...

    sumpah bagi UMNO adalah permainan mereka.. pembuktian melalui mahkamah adalah paling penting.. gagal buktikan anwar dan bawa 4 saksi maka pendakwaan tidakk seharusnya diteruskan.. Anwar adalah mangsa tuduhan tanpa membawa kesaksian yang benar. POlis sehingga kini belum istihar siapa pelakunya walaupun dah kenal pasti. Kan ini semua politik. jangan naif sangat.

    ReplyDelete
  37. har har har... lawakla penyokong anu war! pkr akan tumbang tidak lama lagi...

    ReplyDelete
  38. Anak Kampung Pertama : Eskay tak tuduh DSAI berzina? Udah2 lah nak spin. Kalau aku kata AKP pelaku dalam video tu dan pompuan cina tu adik AKP, apa maksudnya? Apa perlakuan dalam video tu? Lelaki yang dikatakan mirip DSAI tu tengah main Dam Ular ke?

    Puak Umno ni memang suka spin.

    To : May 16, 2011 10:23 PM

    Memanglah DSAI minta 4 orang saksi dulu, kena selesaikan kes Qazaf dulu baru boleh saman malu. Kalau DSAI buat saman malu tapi kes Qazaf belum selesai mahkamah yang uruskan kes saman malu akan tunggu juga kes Qazaf selesai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post