Esok Anwar akan membela diri?


Ramai yang berpendapat esok 16 Mei,Anwar akan dipanggil untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Ada juga yang berkata mana mungkin Hakim menghadapi kemungkinan akan dibuang kerja jika beliau membuat keputusan untuk membuang kes tersebut..Lagipun.. bukankah tarikh 16hb itu merupakan satu sindiran buat Anwar?


Liwat II: Hari penentuan untuk Anwar

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah).

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.


Malaysiakini

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Semoga KEBENARAN akan datang dan yg BATIL akan pergi...

    ReplyDelete
  2. 16 SEPT 1O: ANGAN ANGAN NAK JADI PM

    16 MEI 11 : BOLEH PACKING BAJU NAK CHECK IN ASTANA SG BULOH

    HUA HUA

    ReplyDelete
  3. 16 Mei 11 : Anwar kena bela diri/ masuk hotel Sungai Buloh

    PRU 13 : Hari Kiamat bagi Barisan Nasional

    ReplyDelete
  4. 16 SEPT 08: Pelan DSAI menawan kerajaan GAGAL

    Tetapi

    16 SEPT 08: 2/3 ahli parlimen BN cabut lari ke Taiwan
    BN TAKDE TELOR!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. SETIAP KALI PRU/PRK PAKATAN HARAM AKAN CAKAP MENANG BESAR

    ALIH ALIH BUNGKUS BESAR

    MALU BESAR SEBAB PENIPU BESAR, PENJILAT DAP BESAR

    HAHAHAHA

    ReplyDelete
  6. Kalau DSAI masuk penjara bukan kerana dia bersalah tapi kerana kebenaran yang dibawa yang menggerunkan bangsat-bangsat UMporNO. Syabas Anwar!!!!

    ReplyDelete
  7. Anak kg pertama, kalau DSAI tak masuk sungai buloh kau nanti akan masuk....kah.kah.kah.,,,

    ReplyDelete
  8. anak kg2,3,4,5 baca utusan,tengok tv3,memang patut berfikir cara umnogok otak letak kat lutut dan jadi pencacai angkat najis umno/b-end,dapatlah nasi bungkus n air kotak bila sampai pilihanraya...nasib kau lah labu melayu...yang kayaraya tetap anak mahathir dan adik najib.,...

    ReplyDelete
  9. parasit AKP dah mula bertelor dahhhhhh. ramai celaka anak-anak parasit AKP!!

    ReplyDelete
  10. parasit AKP dah mula bertelor dahhhhhh. ramai celaka anak-anak parasit AKP!!

    ReplyDelete
  11. 16 mei...akan bermulalah reformasi kedua untuk rakyat Malaysia dan akan bermulalah juga tranformasi kuasa rakyat dari Timur tengah ke negara Malaysia dan reformasi ini lebih hebat dan dahshat....itupun kalau rakyat inginkan perubahan yang menyeluruh

    ReplyDelete
  12. klau anuar di dapati masalah pun di mahkamah dunia tetapi jangan buta hati dan iman.....ada satu pengadilan mahkamah yg lebih telus dan adil.... di akhirat....di situ belum tentu anuar di dapati bersalah....bersedialah pencacai UMNOGOK masuk penjara ALLAH swt. Di sana nanti tiada lagi belas kasihan....Allah swt akan memberi hukuman yg setimpal2nya...aku mohon ALLAh swt...memberi kekuatan keimanan ...yg kukuh hingga akhir hayat....amin

    ReplyDelete
  13. senang...aje...kalau Anuar berjaya disumbat...ke dalam penjara....pilihanraya pun akan dumumkan secepat mungkin...itulah agenda...kerajaan....Walau apa cara sekalipun...Anuar wajib di humban ke dalam penjara. Mereka ini sangat takut dgn pengaruh Anuar...Sabar Anuar...Allah swt bersama2 org yg benar.....dan para malaikat...juga akan membisikkan kebenaran....biarkan pencacai UMNOGOK..ditemani SYAITAN dan IBLIS.....Kita di akhir zaman....tunggu arahan ALLAH...sahaja...maka kiamatlah ....dunia ini...

    ReplyDelete
  14. hakim dibawah kuasa menteri, menteri dibawah pm, yang mereka takut hakim kepada hakim yaitu rakyat jadi untok mempengarohi hakim kepada hakim mereka terpaksa menggunakan semua jentera untok mempengarohi hakim kapada hakim ini kerana hakim kepada hakim ini ramai yang ketagih sabsidi.

    ReplyDelete
  15. Ingat dulu anwar dipenjara jugak tapi lahir lah PAKATAN rakyat..

    Dan jika dipenjara lagi takut pulak lahir pulak Kjaan Pakatan di bumi Msia ini..

    So lebih baik jgn penjara kan Anwar klau tak gko org akan menyesal nanti Ini ada lah pandangan aku...

    Dlm sejarah perjuangan ini mana mana yg dikurung - hasilnya adalah lebih baik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post