
“Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.
“Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010,” kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu begitu membimbangkan.
“Saya prihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas,” katanya.
Kata beliau, jika kenaikan itu tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun ini akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak 2006.
“Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat kenaikan mendadak harga minyak dan petrol” kata beliau lagi.
Dalam kenyataan itu, kata Anwar, harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun ini.
Katanya, perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan statistik dikeluarkan Bank Negara menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.
Malah kata Anwar, PR yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.
Oleh itu kata Ketua Pembangkang di Parlimen, alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi atas alasan boleh meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah.
“Jelasnya rakyat yang terkesan akibat daripada program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin.
“Rakyat mula muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh BN apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, PR telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga.
“Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP.
“Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM28 bilion setiap tahun,” katanya lagi.
The Malaysian Insider
Memang rakyat terbeban jika 30% barang naik hujung tahun 2011..tapi alhamdulillah tiada rekod lagi rakyat Malaysia mati kerana kebuluran sejak 2008 hingga saat ini, yg mati pasal kegemukan berlambak...sebab heart attack(kolestrol tinggi).
ReplyDeletekegemukan menyebabkan heart attack kerana kolesterol tinggi disebabkan juga makan makanan yang tidak sihat. Makan makanan yang tidak sihat kerana makanan tu je yang mampu beli sebab murah. Nak beli minyak tanpa kolesterol seperti minyak olive oil terlalu mahal terpaksalah beli minyak packet je, nak beli food supplement untuk prevent kolesterol lagilah tak mampu. susahnya deal dengan orang yang pendek akal macam anak kg pertama ni.....cara berfikir dah nampak bodoh, kalau tengok rupa lagilah semak perut agaknya.
ReplyDeleteAnon 11.03pm
ReplyDeleteHa..ha..kegemukan rakyat sebab minyak kelapa sawit..minum sehari sekilo kot...the best root cause 2011..saudara pernah ke sampai IJN, sana ada jawapan, minyak kelapa sawit jgn lupa bawa.
Yang kaya(kroni) semakin kaya. Yang miskin(rakyat) semakin miskin.
ReplyDeleteCara tahu ID YM Available atau Invisible
.
Tak apa. Naiklah berapa banyak nak naik. Saya sokong 100%.Bila lagi kerajaan yang diterajui oleh umno untuk MENGENAKAN rakyat yang mengundi dan menyokong PR.Tidak berterima kasih kepada UMNO YANG BANYAK BERJASA!.Ahli umno dan penyokong umno beruntung kerana boleh membeli dengan harga yang lebih murah berbanding dengan ahli PR hanya dengan menunjukkan KAD AHLI UMNO SAHAJA.Sebab itulah aku SEHIDUP SEMATI DENGAN UMNO NI.Nanti kalau boleh aku nak bawa kad ahli umno aku tu dalam kubur , bolehlah aku mintak diskaun dengan malaikat munkar dan nakir supaya jangan banyak soalan yang ditanya, boleh rehat sikit dalam kubur nanti.
ReplyDeleteAKP,
ReplyDeleteSuka aku dengar laporan kau tentang yang mati pasal kegemukan berlambak. Tak sangka kau diam2 rupanya buat research. Yang ramai gemuk ialah orang2 UMNO dari Najib, Rosmah, Muhyiddin, Ibrahim Ali, Arman, Gani Petai, Bung Mokhtar, Mahathir, Mamat Khalid, AC Mizal, etc, etc, etc. Agaknya dah dekat lah diaorang tu nak masuk dalam senarai kau....Dalam diam2 rupanya kau doakan diaorang mampos.....heheheheeeee....
AKP BODOH...DIA KATA TIADA LAGI RAKYAT YG MATI...MEMANG...BODOH...LAGI BENGAL...eNGKO TAU TAK akp...BILA KOS HIDUP TINGGI...BAGAIMANA RAKYAT YG HIDUP DALAM LINGKUNGAN MISKIN SERTA BERPENDAPATAN RENDAH..eNGKO BUKAN PRIHATIN KPD GOLONGAN MACAM...NI..YG ENGKO FIKIR GOLONGAN YG KAYA RAYA....ENGKO INI X PAYAH BAGI KOMEN...KALAU PEMIKIRAN ENGKO TU MACAM KATAK....DALAM TEMPURUNG...BILA TARAF HIDUP TINGGI BANYAK LE BERLAKU JENAYAH ...BODOH....PATUT NYA RUMAH akp ...DIROMPAK DAN DIBAKAR TERUS....BIAR DIA MATI MACAM KATAK...TIADA SATU PUN KOMEN AKP INI YG MENJURUS KEPADA KPRIHATIN DIA TERHADAP MASYARAKAT BAWAHAN YG TERBEBAN ....ENGKO NI...HATI BATU...
ReplyDeleteI am so happy that food prices will escalate. I hope that food prices will keep on increasing and increasing. Only this way will rakyat vote out UMNO-BN.
ReplyDeleteAll revolutions started bcos of food. French Revolution, Russian Revolution etc all bcos of food.
gaji Pak Menteri, patutlah tak peduli kat rakyat nak naik harga apa pun..
ReplyDeleteby Hamidi Fizie on Saturday, May 21, 2011 at 9:23am
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja..
Lain-lain kemudahan:
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang..
Itu tanda-tanda nyawa BN akan berakhir. Sebelum BN menghembuskan nafas terakhir, dia akan buang tebiat dulu seperti menaikkan sara hidup rakyat ke tahap tertinggi, berusaha mengharamkan sebuah parti dengan alasan yang tak masuk dan sebagainya. Ayuh persiapkan kuburan untuk BN!
ReplyDeleteAKP menghina orang miskin..
ReplyDeleteSedihnya..tapi begitulah yang sudah di tentukan..orang kaya macam AKP boleh cakap apa saja, orang miskin macam saya kena terima juga..tak pa la, sudah di takdirkan, orang kaya sentiasa betul, orang miskin sentiasa salah.
Sedara AKP..jika dah hidup senang tapi tak nak menolong, janganlah menghina pulak..
Sedihnya..
Anon2 yg hot kt aku..
ReplyDeleteAku tak hina pun org2 miskin pun,ini fitnah org yg marah kt aku aje...aku nie pun bukan org senang sangat pun..dgn selalu bersyukur apa yg Allah SWT beri kt aku, ia menjadi berkat dgn rezeki yg aku perolehi walaupun tak seberapa.Yg fitnah kt aku tu..terima kasih banyak2..semoga Allah ampunkan dosa hangpa..
AKP ni manusia ke bukan? kalau manusialah, species apa dia ni? Lelaki ke perempuan atau pondan? sebab kadang2 tu cakap macam orang lembut. Cakap seolah2 macam orang pandai tapi idea tu semuanya macam bodohje, tak matang, tak ori dan macam dajal je....macam tak ada hidayah.....tapi risau juga mungkin dia ni orang miring macam ada mental problem sebab tu bengap susah nak faham orang cakap dan kalau dia ni memang ada masalah mental macam orang istimewa atau orang gila dan kalau dia mati terus masuk surga dan kita pula yang dapat dosa tak pasal2....conclusionnya tak perlu layan orang sakit mental macam AKP.
ReplyDeleteHanya orang yang makan dari sumber yang haram sahaja yang tak kisah tentang kenaikan harga barang. Dalam akhir zaman ini, banyak orang memperolehi kesenangan hidup melalui cara yang haram seperti rasuah, penipuan dan sebagainya. Oleh itu kita nilaikan mereka-mereka yang tidak bermasalah dalam peningkatan kos sara hidup.
ReplyDeleteumno/bn terpaksa membiarkan harga barang naik kerana termakan budi pihak koprat kerana memberi sumbangan untok membiayai pilihanraya, pru13 sudah dekat tabung dana pru13 terpaksa diisi apa cara untok mengisi tabung tersebut melainkan ambil duit rakyat dengan cara terhormat, inilah selogan yang diwarwarkan najib, 1malaysia rakyat didahulukan pencapaian duit rakyak diutamakan.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!