Harga Gula membuktikan Najib mengutamakan Kroni

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pentadbiran Najib sepatutnya mengurangkan beban rakyat, bukannya membantu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Felda dengan meningkatkan keuntungan niaga menerusi potongan subsidi pengguna yang dipraktikkan sejak akhir tahun lalu, kata DAP hari ini.

Soal pemotongan subsidi juga menjadi bahan kenyataan pemimpin politik dan anggota jemaah menteri sepanjang minggu lalu dengan desas-desus bahawa harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan bulan depan.

Justeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kesal dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.


“Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

“Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.

“Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia,” kata Lim.

Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.

MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion.

Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.

Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.

Lim merujuk kepada kenyataan ketua setiausaha kementerian kepenggunaan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

“Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

“Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

“Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM,” katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.

“Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

“(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil,” katanya. - The Malaysian Insider


Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 23 Mei 2011 di Kuala Lumpur.

Kerajaan sepatutnya membantu rakyat bukan membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya sebanyak RM232 juta pada tahun 2010 dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 ke RM2.30 sekilogram.

DAP kesal terhadap Kerajaan BN yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta pada tahun 2010 berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. Keuntungan yang diperolehi oleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd.

Untuk pertama kalinya, Felda Land Development Authority (Felda) yang ditubuhkan pada tahun 1956 merupakan badan berkanun yang bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di antara masyarakat Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya. Ini diikuti dengan pengambilalihan pada tahun 2010 oleh adik- beradik Kuok - dikuasai oleh PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd ( kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds (M) Bhd.

Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM di dalam Bursa Saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia.

Tawaran umum yang dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham. MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. MSM menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia yang bernilai lebih kurang MYR 2.3 bilion. Pada tahun 2010, MSM memperolehi keuntungan sebanyak RM 232 juta.

Keuntungan sebanyak RM232 juta ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.


Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu? Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM11.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM11.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ianya dimiliki oleh Felda. Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi ‘coprorate- centric’ yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM.

BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa. Dasar sosial-ekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil. Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan Barang Naik manakala PR (Price Reduction).


LIM GUAN ENG

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD,

    Tak payah layan sipengecut tu, memang kat mana2 blog pun bila pencacai2 UMNO tak terlawan dengan blog2 PR dia hantar kaki putaralam yang kerjanya menyemakkan blog dengan menggunakan nama2 penulis komen pro PR dengan tujuan mengelirukan pembaca. Aku dah puas dah dengan diaorang ni yang buat kerja pengecut macam ni kat blog MalaysiaToday. Ni Blog kau, kau ban aje abis citer biar depa terkulat2 macam cicak makan kapur. Blog pro UMNO macam GAP pun pakai gatekeeper takkan lepas komen2 pedas dari pro PR. Blog kau ni dah dapat sambutan jadi memang tujuan depa nak kucarkacirkan supaya blog kau tak jadi saingan. Sekurang2nya kau ban depa2 yang tak pakai nama sendiri jadi kita senang balas apa juga tulisan depa2 tu. Kalau nak komen pakai nama sendiri atau Anon pun tak apa kalau depa tu takut. Adil kan? Jangan ikut depa punya game rules, ikut kau punya jadi kita bermain di padang yang rata.

    ReplyDelete
  2. i follow aje..................
    abg jem tak kesah yg penting
    lawan tetap lawan!!!!!!!!
    yg penting kita anggap diaorg ni sbg najis dari ibu umnonajis.buat apa pun walau sembur minyak wangi tetap busuk..pendek kata tak upaya nak diubat dah.dan puak2 ni masuk bukan untuk mengambil apa2 berita untuk dijadikan pedoman.tapi semata2 hanya untuk memnunjukan kebusukan pemikiran najis2 diaorg.
    jadi..jalan yg terbaik...publish yg betul2 kena topic.dgn isu yg di publishkan.wehehehe.betui tak tau ayat aku ni..yg lain2 tu.isu yg tak berkaitan dgn topic offkan aje.terajang gaban duk jauh2.tak pun suh diaorg balik main sabun sambil memikirkan minda sex diaorg bersama bibik mah diaorg.

    ReplyDelete
  3. susah nak jumpa PM macam mahathir..

    ReplyDelete
  4. mana nak jumpa pm macam mahafiraun.

    ReplyDelete
  5. Kerana Najib Felda Lingkup - ini cerita dulu yang ASD pos dalam blog ni. Jadi sekarang nyatalah yang ini rupanya cara Najib menebus balik dosa2 dia melingkupkan Felda dengan mengorbankan rakyat jelata.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post