Ibrahim Ali wajib baca!

SHAH ALAM 15 MEI : Islam adalah agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya daripada melakukan kehancuran di atas muka bumi Tuhan.

Malah Islam menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran.

Berlandaskan hujah itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty berkata, adalah tidak wajar seorang Islam mahu menganjurkan suatu pertumpahan darah yang hanya membinasakan umat manusia tanpa alasan yang benar-benar kukuh.


" Islam agama yang mahukan keamanan. Semua manusia yang berlainan agama diperuntukkan dalam Al-Quran, haram darahnya kalau kita membunuh manusia. Satu nyawa yang hilang seolah-olah kita membunuh semua manusia," kata Manuty.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menyatakan kesediaannya melancarkan perang salib ke atas penganut Kristian yang didakwa mahu merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Hakikatnya paderi Kristian yang didakwa mengadakan perbincangan mengenainya menafikan bahawa wujud dakwaan seperti yang dilaporkan media kawalan Umno, Utusan Malaysia awal bulan ini.

Menurut Nur, tindakan Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas itu mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya bertujuan untuk "memanaskan" keadaan.

" Untuk provokasi lah tujuannya. Hendak timbulkan ketegangan supaya nanti dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat,"katanya.

Sementara itu, menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tindakan Ibrahim Ali yang mengugut mahu melancarkan perang jihad menunjukkan yang beliau sendiri tidak menghormati teras agama Islam itu sendiri.

" Ini lah masalah kita dari dahulu sampai sekarang. Orang yang bukan Islam, mereka tidak boleh gugat Islam, yang menggugat Islam ialah orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan Islam termasuklah Ibrahim Ali,"katanya.

" Orang Kristian sudah katakan sebelum ini mereka memang tidak ada niat untuk cabar kedudukan Islam. Apa yang mereka mahukan ialah hak mereka untuk mengamalkan agama mereka dan itu memang suatu hak yang dijamin oleh Islam,"tambahnya lagi.


TVS News

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ibrahim Ali lagi! Sudah, sudahlah dgn Ibrahim Ali @ CIA ni. Dia adalah watak dalam politik Malaysia. Satu watak dalam SENARIO politik Malaysia yg penuh berwarna warni. Watak Ibrahim ini adalah watak 'katak' yang kini sedang menari. Bertanding pakai lambang parti yang sentiasa dia usahakan untuk dinyahkan, lawan parti yang sentiasa dia usahakan untuk didaulatkan. Kini dia tiada tempat di dalam kedua-dua parti tersebut. Penaong dia pun serupa, keluar masuk parti.
    Hah! Sekarang cuba bayangkan seekor katak sedang tegak menari ikut rentak tepukan tangan penaongnya. Pasti geli hati melihatnya!!
    Katak! Katak sedang tegak menari dengan rancak! Bayangkan. Sekadar selingan untuk rehatkan minda sebentar. Macam tengok cerita 'Mr Bean'. Semua orang suka tengok, semua orang ketawa bila tengok, tapi tiada siapa percaya dan tiada siapa nak jadi macam tu, kecuali kalau ada orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit, dan itupun hanya lakunkan aje. Macam 'SENARIO', dan watak-watak dalam 'SENARIO'. Itulah Che Ibrahim Ali @ CIA.

    ReplyDelete
  2. Ibrahim hanya bermain api dengan isu. Nak tunjukkan perkasa kononnya tapI makna jihad sendiri pun tidak difahami. Inilah mentaliti Ibrahim Ali....orang dah masak dengan perangainya. Kalau nak publisiti pun carilah isu yang bermakna sikit..anda telah menunjukkan kebodohan anda sendiri dengan memainkan isu jihad. Esok akan terpampang gambarnya di Utusan dengan olahan menarik bagi menaikkan api kemarahan pencacai yang tidak menggunakan otak tetapi menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Ingatlah wahai rakyat Malaysia yang berada di Malaysia,masih banyak lagi isu yang perlu ditangani selain melayan orang semacam Ibrahim ni. Sudah lah dengan isu seks,liwat,video dan Kristian. Semuanya membuang masa dan tenaga. Buatlah sesuatu agar generasi kedua akan lebih hidup harmoni sesuai dengan arus peredaran zaman. Janganlah hanya tumpukan kepada cara berpolitik kotor semacam ini yang tidak membawa kebaikan kepada anak generasi kita.

    ReplyDelete
  3. PERKASASAU B'MULUT LUAS, B'SONGKOK TINGGI, MCM BADUTMay 15, 2011 at 7:51 PM

    Ibrahim Ali, poli-tikus merangkap Presiden Perkasa yg imejnya 'cakap berdegar2, tahi tersangkut di gelegar'...sejak penubuhannya, hanya beri cabaran kosong, tiada siapa lg peduli...ni cabaran Perkasa kali ke brp ye? Aku suka sgt kalu dia cabar, kita pakat ramai2 bersorak kuat2... biar dia jd perasan hebat... lepas tu kita tengok, apa tindakan Perkosa... mesti tak ada apa2...

    Kalu tak silap aku, dulu Ibrahim Ali ni jrg2 pakai songkok, tp semenjak jd Presiden Perkasa ni... tak boleh tinggal songkok. Perjuangan Perkasa ni lebih byk merugikan umporno. Org2 Cina & India semakin menjauhkan diri dr BN di sbbkan sifat perkauman berpura2 Perkasa...perkakas umporno yg makin nazak...

    ReplyDelete
  4. Korang Melayu yang nak percaya kat Berahing katak tu percayalah, aku mampos sampai mati pung aku tak kan percaya kat menate babi menate beruk ni. Aku tak tau macamana Melayu mudah sangat caya kat dia ni padahal dari dulu sampai sekarang ni pung tak ada apa satu pun yang baik yang dia tunjukkan selain mulut dia yang macam pantat ayam.

    ReplyDelete
  5. Ibrahim Ali hanya beri amaran pada kumpulan2 yg terlibat sahaja ekoran laporan Utusan lalu...

    Adakah ia benar2 berlaku atau tidak (masih dalam siasatan polis) adalah perlu adanya amaran awal, ia juga sebagai utk keselamatan org2 Islam di Malaysia dan secara tidak langsung menyedarkan org2 Islam di bumi Malaysia nie...(mungkin ada yg terlena dlm politiknya)...bahawa agama rasmi negara akan ditukar...dan kesan amaran ini juga kumpulan2/gerakan2 yg terlibat akan terkejut dgn amaran ini, sekurang2 ia mengurangkan atau terbantut usaha gerakan kumpulan2 tersebut…apabila adanya org Islam (presiden perkasa) telah beri amaran keras….dengan ini Anak kg pertama sokong Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  6. seperti biasa anak kg pertama akan sokong, mari kita nyanyi lgu
    lompat sikatak lompat,lompat la tinggi2, lompat la berahim lompat, lompat sekali lg. tp jaga brahim tkut kena strok kali kedua, dulu masa dia dlm smgt 46 dia ckp akan cium punggung mahathir kalau masuk umno, aku igt la anak kg pertama sebagai penyokong brahim juga mesti ikut imam dia, cium pongong mathir, ada wangi ke bro.

    ReplyDelete
  7. AKP:kalau amaran datang bukan dari Ibrahim Ali,aku mungkin fikir 2 kali. Tapi kalau dari orang dari negeri aku nih,memang aku tak percaya. Ada paham? Tak perlu lah cakap banyak,aku dari Pasir Mas juga...

    ReplyDelete
  8. Had50

    kalau kata2 datang bukan dari Anwar dan sekutu,aku mungkin fikir 2 kali. Tapi kalau dari orang dari negeri aku nih,memang aku tak percaya. Ada paham? Tak perlu lah cakap banyak,aku dari Permatang Pauh juga...

    Ha..ha..maaf aku copy komen kau dan modify sikit..OK faham..

    ReplyDelete
  9. Kalau dikampong aku org mcm brahim ali tu aku suka mencabar spesis mcm ni aku nak tengok sejauh mana keperkasaan dia atau kecut jubuq busuk dia cakap senang kot,brahim ni perlu berhattan semula utk memulang semangat kelakian yg dah kian senja,brahim muka sep katak ni aku percaya dia hanya lawa2 kerangga,sama mcm AKP mulut lodeh sabri cik..otak dia cuma penting diri utk nama..bodo2

    ReplyDelete
  10. AKP: kalau komen tu biarlah ada otak sikit @pakai otak jangan pakai lutut. Biarlah dari Permatang Pauh ke CerukTok Kun ke...rasanya dari tulisan anda ni anda bukan lah rasional sangat. Setakat tulis semua boleh tulis. Samada Anwar ke, Mahathir ke even Najib sekali pun yang salah tetap salah. Jangan dok pikiaq pasai hal Anwar saja bila nak tulis. Now we talk about Ibrahim Ali,pasal jihad. Otak anda sememangnya dah kelabu,kalau asyik nak hentam orang saja. Biar la rasional sikit. Ini soal statement yang boleh memecah belahkan keharmonian negara. Ada paham..atau nak aku hantar ke Tadika sekali lagi?? Rasanya Tadika Kemas pon tak nak terima orang macam hang ni..apatah lagi tadika lain.

    ReplyDelete
  11. aku pulakkan kalau nak berjihad laa aku tenguk dulu sape panglima kat depan sekali.... kalau ajak jihad tp tak naik bulu rome aku... suruh lah dia g sorang...

    Jihad lah dgn cara yg bijak - Persoalan bekas mufti Perlis Dato' Asri Kita kena selidik mengapa bukan islam rasa tak selesa dibawah islam??? Bg aku kalau ini diperbetulkan lg besar jihad nya dr anjuran panglima katak tu...

    ReplyDelete
  12. Ibrahim Ali + Anak Kg. Pertama = B.O.D.O.H.

    ReplyDelete
  13. rasa nak tempeleng je anak kg 1st & ibrahim ali nie

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.

    Apa nak jadi? Orang Islam menghina Islam dengan perbuatannya sendiri.

    Untuk pembaca semua, jadikanlah doa seharian kita (sebaiknya di waktu subuh)-
    Mudah2an pemimpin2 yang zalim dan tak amanah ni semua, Allah gantikanlah dengan yang sempdurna - tak kiralah apa agama mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post