Kemarahan rakyat tak lagi relevan di Perak.. cari isu lain..


Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun strategi lebih berkesan untuk menang pada pilihan raya mum ke-13 akan datang, apabila kajian jelas menunjukkan sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri awal tahun lalu, kini sudah tidak lagi relevan.


Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Zentrum Future Studies mengenai perkembangan politik di Perak mendapati menteri besar yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak. Namun beliau perlu dibantu dan diimbangi dengan tokoh muda lain yang setara dengannya.

Pemimpin Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika mendedahkan perkara itu berkata, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat ternyata sudah tidak lagi boleh bergantung kepada isu sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN itu kerana isu tersebut sudah tidak sekuat tahun 2008 atau 2009.

Menurut beliau, sebaliknya, jika isu itu terus dimainkan, ia pasti akan mendatangkan kesan lebih buruk kepada Pakatan Rakyat kerana isu berkenaan ternyata sudah berjaya dimanipulasi oleh BN untuk mengelirukan rakyat, sehingga menjadikannya sudah tidak boleh diterima oleh lebih separuh rakyat negeri itu.

Katanya, bagi menggantikannya, Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya perlu menyusun tiga usaha penting mulai sekarang yang merangkumi kesepaduan serta kestabilan Pakatan Rakyat, penonjolan tokoh-tokoh muda berkaliber selain tokoh sedia ada dan membuktikan kemampuan mereka memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Tidak berganjak

"Dari kajian yang dijalankan oleh Zentrum di Perak jelas menunjukkan orang-orang Cina tetap tidak berganjak daripada terus menyokong Pakatan Rakyat. Ini sememangnya satu petunjuk yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi.

Namun, menurut Abu Hassan, sokongan masyarakat Melayu dan India kepada Pakatan Rakyat di Perak ternyata semakin merosot, apabila mereka sendiri menjadi semakin keliru dengan isu rampasan kuasa dan isu-isu lain yang berjaya dimanipulasikan oleh BN.

"Sokongan orang Cina terhadap Pakatan Rakyat di Perak terus kekal sebanyak 40 peratus. Selain isu rampasan kuasa, orang Cina di Perak tetap menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan politik di Perak.

"Tetapi bagi orang Melayu dan India yang sebanyak 60 peratus lagi, ia amat perlu ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat bagi membolehkan Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU Ke-13 nanti," katanya.

Dengan angka itu, Pakatan Rakyat hanya perlu menarik sokongan 20 peratus sahaja dari orang Melayu bagi membolehkan Pakatan Rakyat memerintah di Perak, manakala angka sekecil itu bukanlah sesuatu yang sukar dicapai jika usaha yang dilakukan itu berjaya menarik perhatian orang Melayu.

Tokoh berkaliber

Walaupun BN telah berjaya mengalih sokongan orang Melayu dari Pakatan Rakyat, tetapi pembangkang tetap berpeluang memenangi kembali hati orang Melayu jika usaha-usaha yang dilakukan berjaya menyakinkan mereka.

Abu Hassan berkata selain tokoh yang idealis dan berkaliber seperti Nizar, orang Melayu di Perak juga amat memerlukan jaminan dengan kemunculan tokoh lain yang setanding dengannya bagi mengimbangi menteri besar yang disingkirkan itu jika berlaku perkara tidak diingini.

"Tokoh itu pula diharapkan bukan dari PKR dan DAP, tetapi dari PAS sendiri. Dari kajian yang dibuat oleh Zentrum, kami mendapati ketua penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim merupakan orang yang diharapkan dan beliau amat perlu ditonjolkan ke depan oleh Pakatan Rakyat Perak," katanya lagi.


Malaysiakini

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bukan tidak relevan tapi pendam dalam hati untuk diledakkan pada PRU13 nanti. Kemarahan rakyat ibarat gunung berapi, meledak - tidur - meledak kembali.

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat perlu meningkatkan lagi usaha mereka untuk mendampingi rakyat perak dan berusaha untuk 'merampas'semula Perak. Mengenai isu releven atau tidak sebenarnya bergantung kepada rakyat.. jika rampasan kuasa itu satu kesalahan maka ianya tetap akan menjadi kesalahan sehingga 'hukuman' dijatuhkan ke atas kesalahan tersebut. BN tidak boleh sekadar memenuhi janji rakyat sahaja sedangkan cara pengambilan kuasanya secara tidak mengikut peraturan (demokrasi). Yang salah tetap salah. Sesiapa sahaja boleh mentadbir jika parti diberikan kuasa.

    Peranan rakyat sepatutnya menjadi kunci utama. Rakyat tidak boleh 'berlembut hati dan mudah lupa' Malangnya yang kekal maintain dan setia dengan pakatan adalah kaum cina sedangkan melayu dan india sebaliknya, lemah dan tak berdaya menghadapi cabaran. Akal dan jiwa mereka mudah berubah (bukan semua melayu/india). Maka benar kata Mantan PM, Mahathir iaitu yang melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  3. Tak relevan bukan sahaja di Perak, tapi 1 Malaysia le....isu-isu lalu yg ditimbulkan oleh PR..semua propaganda aje...rakyat dah tahu temberang PR, sudahlah jangan dok perasan sangat tsunami 2008 takan berulang...

    Fakta: Dulu 2008 bila ke mana2 semua kata buruk saja pada kerajaan..tapi hari ini 2011..dah kurang..ada pun yg tegar2 aje..ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  4. Tak relevan bukan sahaja di Perak, tapi 1 Malaysia le....isu-isu lalu yg ditimbulkan oleh PR..semua propaganda aje...rakyat dah tahu temberang PR, sudahlah jangan dok perasan sangat tsunami 2008 takan berulang...

    Fakta: Dulu 2008 bila ke mana2 semua kata buruk saja pada kerajaan..tapi hari ini 2011..dah kurang..ada pun yg tegar2 aje..ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  5. BN tak relevan bukan sahaja di Malaysia, tapi 1 dunia le....isu-isu lalu yg ditimbulkan oleh BN..semua propaganda aje...rakyat dah tahu temberang BN, sudahlah jangan dok perasan sangat BN boleh menang PRU13 melainkan penipuan tahap dewa...

    Fakta: Dulu 2008 bila ke mana2 banyak kata buruk saja pada BN..tapi hari ini 2011..makin meluat dengan BN..tak pernah ikhlas dalam mentadbir negara..ha..ha..hampeh!

    ReplyDelete
  6. Hehehe Anon 4:20, aku pun nak buat sama macam hang kat pos AKP tu tapi hang lagi terer mendahului aku....I like it your way.

    ReplyDelete
  7. Aku ulang Anon 4:20 punya statement.. dengan sedikit tambahan..

    BN tak relevan bukan sahaja di Malaysia, tapi 1 dunia le....isu-isu lalu yg ditimbulkan oleh BN..semua propaganda aje...rakyat dah tahu temberang BN, sudahlah jangan dok perasan sangat BN boleh menang PRU13 melainkan penipuan tahap dewa...

    Fakta: Dulu 2008 bila ke mana2 banyak kata buruk saja pada BN..tapi hari ini 2011..makin meluat dengan BN..tak pernah ikhlas dalam mentadbir negara..ha..ha..hampeh!

    Yang kaya bertambah kaya tapi pemimpin UMNO dan Kroni sajalah.. pencacai tetap macam tu juga..

    ReplyDelete
  8. Kalau PR memerintah negara samalah juga..hanya ikut plan BN yg dah buat..ha..ha..lepas tu kata PR yg buat..ha..ha..yg tak berjaya kata ini plan Bn duhulu punya..seperti engkau org copy aku punya ayat..lepas tu modify sikit-sikit ayat..dah kering modal ke?

    ReplyDelete
  9. Anak kg pertama, bukan dah kering modal tapi malas nak layan orang tak siuman macam ko ni. Orang cerita lain, ko cerita lain. Memang padan ko punya komen kena delete dengan webmaster.

    ReplyDelete
  10. Kalau BN memerintah negara makin teruk jadinya ..hanya ikut plan PR yg akan buat buat..ha..ha..lepas tu kata BN punya idea nak buat...bangang punya BN.asyik kenyangkan kroni korang jek...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post