
Itu kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO yang tak popular iaitu Khairy Jamaluddin Menantu Pak Lah, Biarpun ada yang berkata hanya berpura-pura tapi hakikatnya nampak rasional juga kerana beliau masih tahu menggunakan akal fikiran..
Jauh bezanya dengan pencacai UMNO yang menzahirkan sokongan terhadap langkah kerajaan UMNO/BN menaikkan harga minyak tersebut.. inilah yang dikatakan sokongan membabi buta, biar diri sendiri kena mengikat perut dan hidup merempat tapi masih menyokong juga..
Kenaikan minyak bebankan rakyat
MACHANG - Pergerakan Pemuda UMNO tidak bermaksud menentang kerajaan dengan membantah kenaikan harga minyak RON 95 dan tarif elektrik.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pergerakan Pemuda UMNO sentiasa menyokong kerajaan namun dalam hal ini, jika dilaksanakan, ia akan membebankan rakyat.
Menurutnya, kenaikan RON 95 dan tarif elektrik akan memberi kesan terhadap barangan lain apabila ia melibatkan rantaian nilai.
“Dalam sebarang keputusan, Pergerakan Pemuda mengalu-alukan gagasan rakyat diutamakan dan kami percaya ada mekanisme lain yang boleh digu-nakan untuk menampung subsidi dan kenaikan harga minyak terbabit.
“Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95.
“Rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol dan tarif elektrik akan menyebabkan mereka terus terhimpit,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Machang dan Pelancaran Gelombang Merah Peringkat Parlimen Machang di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pergerakan UMNO Baha-gian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub; Timbalan UMNO Bahagian Machang, Ab-dul Halim Ismail; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang, Datin Rahimah Mohamad; Ketua Pergerakan UMNO bahagian Machang, Eriandi Datuk Ismail dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Machang, Syam-suriani Ismail.
Khairy berkata, dalam menangani masalah sumber kewangan yang dihadapi, kerajaan perlu mengubah gaya perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat.
Sinar Harian
Rakyat tidak akan salahkan kerajaan semata-mata kerana kenaikan harga barang sekarang ini memang sudah jadi situasi inflasi global. Rakyat mengharap kerajaan bijak bertindak dalam situasi ini dan melakukan langkah2 yang dilihat membantu 'mengurangkan beban rakyat seperti kata Muhyiddin'. Sepatutnya dalam kekalutan inflasi harga barangan sedang rancak mendaki dan diluar kemampuan kerajaan untuk mengawalnya, kerajaan memburukkan lagi keadaan dengan menaikkan harga minyak dimana kerajaan sepatutnyalah boleh meredakan keadaan dengan menstabilkan harga minyak, namun kerjaan pula yang menjadi pemangkin kepada inflasi.
ReplyDeleteJadi mana dia yang Muhyiddin kata kerajaan sentiasa mengambil langkah2 untuk mengurangkan beban rakyat?
Itulah maksud KJ bila dia kata demikian kerana kerajaan yang bertanggungjawab pasti tidak akan menaikkan harga minyak dalam waktu yang teruk ini.
Dey Khairy yang baik pi masok Pakatan lah cepat setidak tidaknya bawalah sayap pemuda tu masok pkr untok memulihkan keadaan yang parah ni.
ReplyDeleteKenyataan KJ adalah sebagai pendapat Ketua Pemuda UMNO, ia jg mewakili suara Pemuda2 UMNO dan jg rakyat khususnya,sbgi ketua Pemuda UMNO (sayap UMNO) menjadi tanggungjawabnya utk keluar kenyataan2 sebegini..kadangkala ia menyokong dan kadangkala ia bertentang arus (utk setiap keputusan/tindakan yg hendak dilaksanakan oleh kerajaan pusat), perkara ini adalah telah lama diamal dlm parti UMNO&BN, kerana rakyat termakan fitnah dari PR..BN di hina sesetengah rakyat yg mengata UMNO/BN tidak hiraukan keluhan rakyat...dengan kenyataan KJ ia menlucutkan fitnah2 parti PR mengata bahawa semua pemimpin2 UMNO/BN hanya sbgi 'pak angguk'..
ReplyDeletekebanyakan pemimpin2 UMNO/BN memang pak angguk pun atau pun YES men..hu2, sepatutnya yg memegang tampuk kuasa tu yg perlu memikirkan masalah rakyat jgn cogankata rakyat didahulukan hanya di atas kertas aje, kalau atas kertas aje semua org boleh cakap, jgn cakap tak serupa bikin tapi bikin serupa cakap..
ReplyDeleteKJ tu buat wayang ja....haha..cakap macam tue nak ambil hati rakyat la konon...dia tahu rakyat mudah kena tipu...terutamanya BN/UMNO..melatah x tentu pasal...hoho...baru kj cakap dah puji..dah bangga..konon2x dia perhatin...aku nak tgk naik ker tidak ja..setakat cakap..siapa pun boleh cakap....lepas dah habis ceramah..dia balik rumah...dia dah x peduli dah naik ker tidak...haha
ReplyDeleteumno sekarang memang parti bangsat yg tak peduli kesempitan hidup rakyat. Tak ada usaha yg bersungguh2 dilihat utk menstabilkan kadar kenaikan inflasi. Semua saranan PR bukan saja dipandang sepi malah diperlekehakn lagi.
ReplyDeleteBaru hari ini terbaca diakhbar yg kerajaan mungkin (itu pun hanya mungkin) mengkaji semula subsidi kpd Independent Power Provider(IPP). Sedangkan anwar dah pun menyaran agar kerajaan berbuat demikian sejak tahun 2007 lagi.Masih ingat lagi itu lah juga hujah anwar semasa berdebat dengan Ahmad Shabery di TV dulu yg membuat menteri umno tu berbuih mulut. Najib kini dilihat sebagai PM yg paling bodoh dlm sejarah Malaysia, hanya menjadi pak turut kepada penasihat2 dia hang hanya ada satu agenda...iaitu mengikis khazanah negara sebanyak mungkin untuk diri sendiri dan keluarga mereka... siapa yg boleh nafikan Abdul Taib Mahmud (ATM) contoh produk terbaik dari sistem corrupt ciptaan mahathir.
Memang ketua ketua dlm parti amprono 'pak angguk' Pakatan dr dulu dah berkeras buat teguran.. dah parah teruk mcm ni nak tegur kjaan.. Masa praya kecil berbelanja sakan dgn mcm mcm projek... siap boleh byr pd PLUS berbilion... sampai skg EPF dan Kazanah tak dpt ambil alih.. Yg rugi bg kat rakyat.. yg untung bg kat dia org...
ReplyDeleteAKP dulu se org Pengurus Besar Bank terlibat dgn majlis ekonomi negara.. dia buat teguran pasal Isa Samad jg pengurusi Risda.. sape yg balun dia klau bukan umprono..??? sdgnkan dia pakar pelaburan dan nasihat dia bukan nua utk kepentingan politik???
Kenapa majoriti rakyat masih bangang.
ReplyDeleteMalaysia negara pengeksport minyak. Kalau harga minyak naik, pendapatan hasil minyak Malaysia sepatutnya meningkat sejajar.
Tetapi sebaliknya subsidi dikurangkan atas alasan harga minyak dunia meningkat.
Negara negara OPEC tak naikan harga minyak dinegara masing masing.
Hakikatnya, UMNO BN sedang menabung kekayaan untuk PRU13. Kocek UMNO BN dah berlubang. Kena isi semula untuk sogok pengundi Melayu luar bandar.
Kain pelikat dan RM200 = maruah melayu hari ini??
Kera Jantan nie pun macam satu HARAM JADAH...masa pak mertua dia jad PM dulu sapa yg menaikan harga minyak petrol sampai RM2.++...dah lah tu punya nak ambik hati rakyat balik boleh claim duit dari POS MALAYSIA....lepas tu setiap pembayaran balik pada rakyat yg mempunyai kenderaan bermotor depa bayaq setiap RM2 kpd POS MALAYSIA sbb jd org tengah untuk buat pembayaran balik...tak ke punya HARAM JADAH KJ tu.....lanie nak tunjuk baik pulak...kah...kah..kah..kah
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!