Kerana 'Datuk T' Najib akan tersungkur?

Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.

Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .


“YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.

“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.

Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak,” tambahnya.

Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.

“Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah,” tambahnya.

Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa “Datuk T” — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.

Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.

Seksyen 295 menyatakan bahawa “sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama” boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.

Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.

“Dua kes itu adalah berlainan,” tambahnya.

Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.

“Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.

“Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah,” katanya.

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. MA KASIH DATUK ATAS KEBERANIAN DATUK MEMBERI ULASAN YG PANJANG LEBAR DAN SAYA PERCAYA TULISAN DATUK TIDAK AKAN KELUAR DLM AKHBAR ARUS PERDANA KRN IA MERUPAKAN SUMPITAN BERACUN, RAKYAT MALASIA YG BERAGAMA ISLAM WAJIB MEMBACA TULISAN DATUK MAT ZAIN iBRAHIM BEKAS PENGARAH JSJ K.LUMPUR YG MENYIASAT MATA LEBAM DATUK SRI ANWAR IBRAHIM NAMA YG SGT DIBENCI DAN DI TAKUTI OLEH ORANG ORANG UMNO..

    ReplyDelete
  2. Mustahil "Dato T" akan di dakwa sebab jika "Dato T" di dakwa maka utusan dan blogger yang sebarkan video juga akan di dakwa, ia kerugian buat Umno.

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    .

    ReplyDelete
  3. Kita semua boleh nampak, yang mendedahkan Anwar adalah orang2 yang dulu adalah kawan2 rapat dia. Bila Anwar susah, kawan2 dia berpaling tadah sanggup mengkhianati dia dan kita tau semuanya yang jadi katak2 tu adalah kerana wang.

    Tapi lain pulak halnya dengan Najib, tidak ada kawan2 Najib yang berani melawan kerana Najib sedang berkuasa. Yang berani menentang Najib ialah rakyat biasa.

    Syabas kepada bekas pegawai tinggi Polis. Bekas pegawai tinggi askar mana ada yang berani, kebanyakan jeneral2 askar lebih suka jadi tikus jatuh ke beras dengan duit haram mereka.

    ReplyDelete
  4. mat zain...ni...dah insaf dan bertaubat...biasanya...anggota polis ...bila dia dah pencen..org dah tak hormat...masa berkuasa....ala..ala..datok...menjadi mainan mulut masyarakat awam....nasib baik mat zain...ini cepat sedar...tapi macam mana dgn anak seorang ulamak....ni....insaf ke.....dia selepas pencen....senyap...aje...betul...iman tidak dapat diwarisi.....

    ReplyDelete
  5. Shame on you najib, draged the entire nation into your personal conflict.
    Inilah padahnya ada PM yg plain stupid....asyik ikut cakap penasihat2 dia saja, pilih penasihat2 yg kaki porno pula tu!!
    dan solat tahyatul masjid SATU rakaat...apa punya mazhab eskay ikut ni??

    ReplyDelete
  6. Najib , hang tunggulah balasan dari Allah.

    ReplyDelete
  7. Perkasa & Pekida punya kerja. Ada upah adalah keje walaupn mempersendakn Islam. Sentul tu kaws mrk. Hairan sungguh tngok Pekida punya org ni. Solat & ibadah kuat tp jadi lanun.

    ReplyDelete
  8. pantun pat kerat buat sahabatku mat zain:

    "angkut2 terbang ke langit; mati disambor siburong merbah; bertngkup bumi dgn langit; kesetiaan sy tidak berubah"

    salam peluk cium dari anwar
    ----------------------------------

    A savvy anwar's words of wisdom? hehehe

    http://youtu.be/LzQEhphjcrk
    @13:40

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post