
RON 97 dikatakan telah diapung oleh pentadbiran Najib mengikut harga pasaran dunia, dalam ertikata mudah harganya akan naik dan juga turun mengikut harga pasaran dunia..
Yang menghairankan ialah ketika harga minyak dunia turun harga minyak RON97 di Malaysia ini meningkat pula..Apa ke hal ni Najib? Pelampung yang mengapungkan harga minyak tu dah rosak ke? Hingga menyebabkannya boleh bergerak satu hala saja iaitu keatas sahaja.. atau ada ‘Gate Valve’ yang dipasang bagi membolehkannya mengalir pada satu hala saja.. (Sorry ya.. Technical punya ayat tu..)
Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97
KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.
Harga minyak mentah di pasaran dunia juga dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.
Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.
Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.
Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu.
Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.
“Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN.
“Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik.
“Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul,” ujarnya.
Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.
“Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini,” ujarnya.
Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen).
http://www.keadilandaily.com/?p=12802
Ni kalau aku komen pasal harga minyak naik, nanti ada pulak si baghal pencacai2 UMNO kata aku tak syukur akan nikmat tuhan, tapi yang aku heran ni kenapa pencacai2 UMNO tak suruh kerajaan bersyukur dengan nikmat tuhan dengan mengekalkan harga minyak pada tahap yang rendah, sebab apa yang nak dirisaukan tentang rugi kalau minyak tu tuhan dah beri percuma kepada Malaysia?
ReplyDeleteAku pun sependapat dengan FMZam. Kami sebagai rakyat Malaysia juga tidak mampu menanggung "subsidi" kepada kerajaan maka oleh itu kami membuat keputusan untuk menurunkan BN dalam PRU13 nanti! Ingat, bahawa dacing penipu ni bukannya bodoh dalam menangani soal harga petrol ini, dalam diam-diam mereka sudah naikkan harga barang keperluan (walaupun bukan barang kawalan) serta beberapa cukai spt cukai 5% (skrg ni dah jadi 6%) dsb. So apa lagi, bulatkan tekad dan jayakan kempen "Katakan TAK NAK kepada BN"!
ReplyDeleteAku juga tak sokong minyak naik tapi harus tahu "root cause" kenapa harus naik,memang kita pengeluar minyak tapi harus tahu benar ke semua minyak dari Petronas datang dari bumi Malaysia? ASD perlu selidik perkara ini sebelum nak hemtam kerajaan...setahu aku Malaysia dah kurang minyak sekarang..di Terenganu dah ada telaga minyak di tutup sebab minyak habis dan ada yg menurun pengeluarannya, yg banyak sekarang Petronas dapat income adalah meneroka tempat baru di luar negara..ASD pi selidik baik2..jangan dok kona banyak2...negara yg minyak rendah kita rasa seronok di dengar tapi kelebihan ini tak mampu untuk mengurang inflasi negara tersebut. Lagi satu pengguna RON97 adalah golongan yg mampu sahaja dan rakyat asing aje guna.
ReplyDeleteYou all, cuba buka mata sikit.. tujuan naik herga minyak hari ini adalah kerna DS Anwar dah bagi hint PRU-13 sebelum bulan 8..
ReplyDeleteYou all tengok lah, sebelum PRU nanti depa kasi turun, ber sen-sen herga minyak sebab nak bagi level balik dengan pasaran yang dalam min RM1.8 ke max RM2.3 seliter
Waktu tu, depa pun akan bilang, BN turunkan herga minyak, tak payah pilih PR sebab belum tentu mereka akan turunkan herga minyak, tapi BN dan 2 kali turunkan (pertama kali masa pak lah PM dulu)
So buka mata sikit dalam PROPAGANDA.. jangan dok hentam, nanti depa overturn, rakyat simpati.
BN : Barang Naik.
ReplyDeleteWalaupun ada tangki minyak milik Petronas di luar negara tetapi ia diuruskan oleh Petronas dan keuntungan besar diterima oleh Petronas dan Kerajaan.Lagipun tidak relevan jika harga naik minyak Malaysia naik ketika harga minyak pasaran dunia turun.
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.
Naik harga minyak kt Malaysia kerana Anwar? hebatnya Anwar!! lagi satu dok kona..minyak naik kerana PRU13! jadi dok sayang sangat kt Anwar apasal? nanti naik semua pulak..kacau looo!!jangan bawah dia naik sudah la..lagi satu video.
ReplyDeleteThursday, May 5, 2011
ReplyDeleteRON97 Naik Lagi?
Salam,
Kecoh sana sini mengenai isu harga minyak RON97 naik sebanyak 20sen. Minyak naik terus nak ubah kerajaan. Akai ada? Kononya kerajan yang baru akan kurangkan harga minyak 50sen. Masa PRU12 dulu selalu dengar ungkapan ni "hari ini kita menang, esok minyak turun 50sen". Boleh percaya ke? Pembangkang janji 10 perkara dalam manifesto, habuk pun tarak.
Isu yang paling tak laku sekarang ni adalah isu RO97. Mengamuk sakanlah atau berguling sakanlah semua pemimpin pakatan. Rakyat buat tak tahu je la sebab kami semua kebanyakanya guna RON95 termasuklah aku.
Kerajaan masih pertahankan harga minyak RON95, itu yang patut kita hargai bukannya melompat macam kera sebab benda yang tak ada kena mengena dengan kita pun kita nak bising.
Kalau nak lagi senang, hapuskan sahaja RON97. Apa susah, orang kaya tak bising pun inikan orang macam kita yang miskin ni yang nak terloncat lebih-lebih pula. Hey kengkawan, RON97 tu lagi murah daripada Tongkat Ali la. He he he.
Sebelum aku cabut, nah ambik pantun 3 kerat.
Nak beRjimat gunakanlah RON95,
Nak meRembat gunakanlah RON97,
Nak meLiwat gunakanlah KY-Jelly.
video : kereta terbelah dua akibat minyak naik harga
Tukang Taip Anak Teruna at 5:26 PM
leekonyou,
ReplyDeleteWa picaya janji2 pimbangkang masa PRU 12 dulu dua latus pelatus, itu bukan habuk, itu mutut wo...lu memang tatak otak, itu pimbangkang mana atak minang, kalau minang itu pimbangkang lapat pelentah ini satu negala Malaysia balulah itu minyak boleh tulun halga....lu mutut la boloh punya Lee Kuan Yew.
I like you comment..leekonyou
ReplyDeleteitu BN..selupa Babi Negara
ReplyDeleteBuat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..
ReplyDeleteHmmm... yours english suck...
Dacing Penipu berasa sangat-sangat gembira kerana ada makhluk yang boleh dimanipulasi mindanya seperti Leekonyou dan Anak kampung pertama. Tak sia-sia Dacing Penipu menggunakan segala media elektronik dan media cetak yang dikuasai untuk memanipulasi minda mangsa-mangsa tipudayanya. Hasilnya adalah meletup sahaja sesuatu isu seperti fitnah video lucah terhadap DSAI maka mangsa-mangsanya akan memberi perhatian lebih 100% sehingga mereka alpa dan lemah minda dalam menangani isu-isu yang lebih bersifat nasional seperti kenaikan harga bahan mentah, minyak, barangan, kadar inflasi, kadar jenayah dan sebagainya. Pendek kata, lepas ni kalau ada isu baru yang sengaja direka maka dalam pada masa yang Dacing Penipu senang-senang naikkan harga minyak sebagai contoh, kepada RM3.50 seliter ke, RM4.00 seliter ke, RM10.00 seliter ke dan sebagainya. Sebabnya adalah orang dah tak kisah. Nak naik, naiklah sampai rakyat bangkrap pun tak pe, janji kita layan habis-habisan isu-isu terkini yang mengaibkan PR. Itulah yang ada dalam kepala hotak pencacai Dacing Penipu.
ReplyDeletesmua pncacai umporno nie otak blue... bg video seks jer trus lyan smpi lupa diri.. kn dh jd bngang org tgk... xyah le komen yg mnmpakkn kebangangan korang... xkn nk sme kn ngan lembu kot.. ha3.. kwn2 xyah le lyan ngan org yg bjiwa porno tu,, nnti kite pn sme jd lembuuuu...
ReplyDeleteapapasal balaci2 pr meroyan pasai kenaikan harga minya ron 97...
ReplyDeletekami semua bukan pakai bmw atau merc nak kena pakai ron97...
kerajaan masih mengekalkan harga ron95 utk kepentingan rakyat...kos ron 95 diserapkan dari kenaikan ron97...
balaci2 pr ini asal minyak naik tukaq kerajaaan ....ada akai ka...
Anon 11:37am,
ReplyDeleteYang herannya apasal pencacai2 UMNO/BN meroyan bila kita meroyan, tu tandanya korang semua gatal tak dapat tidur sebab tak tahan kena royan kami. Kau suka harga minyak naik apasal tak diam aje dan teruskan bersyukur dengan kenaikan minyak dan kenaikan barang2 keperluan yang naik disebabkan kenaikan harga minyak tu. RON 97 tu unleaded, RON 95 leaded, sepatutnya yang unleaded tu dimurahkan untuk mengurangkan pencemaran alam dan yang leaded itu dimahalkan. Itulah otak korang ni sempit sampai tak nampak logik kenapa kita mesti meroyan bila kerajaan cakap tak serupa bikin. Kalau kerajaan nak rakyat didahulukan kenapa tak murahkan minyak yang baik untuk rakyat sama2 menolong kerajaan menjaga alam sekitar? Inilah masalahnya bila tuhan bagi kita minyak percuma tapi kerajaan ambil kesempatan membuat untung untuk golongan2 dalam kerajaan ini yang sanggup buat apa saja untuk menjadi kaya dengan cara yang tak bermaruah.
Cuba tengok harga minyak di negara lain bagi satu liter berbanding di Malaysia.
ReplyDeleteUAE - RM 1.22
Bahrain - RM 0.89
Qatar - RM 0.72
Kuwait - RM 0.69
Libya - RM 0.46
Arab Saudi - RM 0.39
Iran - RM 0.36
Nigeria - RM 0.33
Turkmenistan - RM 0.26
Venezuela - RM 0.16
Untuk dalam negeri (rakyat) dijual murah. Untuk eksport dijual dengan harga pasaran dunia. Mengapa Malaysia tak boleh buat?
cb korang pi egypt, mesir, bahrain... harga minyak mmg murah.. tapi harga ubat bapak mahal!!! nak pi spital pon kene duit duit duit.. mane penting? minyak ke ubat/kesihatan?? kalu ko sakit dah nak mampos, ko nak telan minyak yg hg murah ke??? kaji lebih sket seblom tulih.. kat Msia ni ko sakit nak mampos ko pi la spital kerajaan.. education pon gile murah... ko pi lah negara2 sane.. rahsuah toksah ckp.. ko nak uruskan hal2 pendaftaran takde duit nak merahsuah jgn harap diorg nak tolong... saje dia lambat2kan kerja sbb nk korang hulur duit!
ReplyDeleteape lah punya bahahlol si penyokong BN 2 ekor dlm nie..kepada si anak kg pertama dan leekonyou tu...aku rasa tahap bangang ko nie nak maksimum nie..ko rasa harga minyak RON95 rm 1.90 tu murah ker?ko tau tak bila harga minyak dunia naik masa tu lah petronas nak buat untung..petronas akan jual minyak dengan harga pasaran dunia..tak ker untung petronas masa tu..nagara kita pengeksport minyak woi..sape yang untung? tap si kerajaan BN nie tamak sgt nak untung berkali ganda sampai minyak dalam negara pun nak naikkan ape hal...pikir lah sikit..takkan lah subsidi kita untuk rakyat malaysia perlu bag pada syarikat minyak asing seperti shell.esso,bhp etc...bangang punya pencacai umno
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!