Oleh : Zulkifli Yahya
"Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti pariah dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.
Itu luahan hati Mohamad Said bekas aktivis UMNO Pendang, bercakap mewakili beberapa rakannya yang dianiayai parti yang mendakwa kononnya memperjuangkan Melayu itu.
Kisahnya bermula lebih 30 tahun lalu, apabila lima aktivis UMNO yang diketuai oleh Allahyarham Safirol Hashim meminjamkan wang mereka sebanyak RM16 ribu kepada UMNO Bahagian Pendang bagi tujuan pembinaan pejabat UMNO bahagian.
Haji Safirol, Yahya Abu, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Bakar Ahmad melalui syarikat mereka bersama Kilang Kayu Sawa telah membuat pinjaman bank sebanyak RM16 ribu. Wang itulah yang digunakan untuk pembinaan pejabat UMNO.
Haji Safirol sempat membayar RM16 ribu semasa hayatnya, walaupun ketika itu faedah bank telah meningkat sehingga RM61 ribu. Isu yang membelit semua aktivis UMNO itu ialah pinjaman dibuat terhadap bank adalah dengan penyandarkan sepucuk geran tanah.
Sewaktu Datuk Afifuddin Omar menjadi Timbalan Menteri Kewangan, mereka pernah meminta beliau menulis surat kepada pihak bank untuk melupuskan pinjaman tersebut.
Bank adalah institusi perniagaan yang perniagaan mereka tidak pernah rugi. Apa mereka peduli dengan arahan menteri atau Perdana Menteri sekalipun. Hutang mesti dibayar.
Selepas 10 tahun baru ‘menjawab’ surat Afifuddin dengan menghantar pegawai menguruskan pelelongan tanah cagaran. Maka tanah pun terlelong, tapi hutang masih berbaki. Maklumlah bunganya tidak pernah putus. Makin bertambah-tambah.
Mereka membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib, Presiden UMNO yang sangat banyak duitnya itu. Najib boleh turun setiap pilihanraya umum peruntukan berjuta-juta, tetapi tidak sudi menolong UMNO Pendang yang hanya memerlukan duit berpuluh ribu sahaja.
Mereka diminta berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.
"Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati.
Hari ini bekas aktivis UMNO itu bersama keluarga mereka benar-benar kecewa. Selepas tiga dekad beralu baru mereka kenal UMNO. Perjuangan UMNO adalah atas dasar asobiyah Melayu. Jarang mereka sebut Islam.
Persoalan dunia lebih banyak dibincangkan dari akhirat. Jika dunia yang sedikit itu pun mereka tertipu dengan permainan UMNO, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO.
Bekas aktivis UMNO itu pun barangkali tahu segala pengorbanan mereka bukan sampai ke akhirat. Tak padan nak tanggung kesusahan di dunia, sedang akhirat tidak dapat apa-apa.
Bagi UMNO Bahagian Pendang sendiri, mereka tidak terhutang apa-apa dengan bank. Bangunan sudah mereka miliki atas nama UMNO. Pihak yang berhutang ialah mereka yang beriya-iya sangat hendak menolong UMNO dulu. Mereka yang gatal biarlah mereka yang garu. Itu perangai semulajadi UMNO.
UMNO Pendang pernah dipimpin oleh Datuk Othman Abdul, jutawan Kurnia Insuran. Jika dia mahu menyelesaikan hutang bangunan UMNO bahagian itu, ia cuma ibarat sisa makanan yang melekat di celah gigi.
Tapi masakan pemimpin UMNO sudi mengorbankan harta untuk parti, melainkan parti dijadikan kuda tunggangan bagi mencipta kekayaan semata-mata.
Percayalah, walau bekas aktivis UMNO itu berkokok macam ayam jantan hingga ke pagi, masalah mereka tidak akan dipedulikan oleh UMNO bahagian, negeri mahupun Pusat.
Duit yang diguna untuk menyelesaikan masalah ahli-ahli yang pernah berkorban itu lebih baik digunakan untuk membeli anggota KeADILan yang bermasalah untuk melompat parti.
Hari ini hampir semua tokoh-tokoh KeADILan yang melompat menjadi kaya raya dalam sekelip mata, walaupun bertahun-tahun mereka pernah memaki hamun UMNO/BN. Tapi orang yang bekerja keras untuk parti, berpuluh tahun mempertahankan UMNO tidaklah sesenang mana.
Dalam PAS terdapat aktivis dan susah dan senang. Tapi pemimpin pun ada yang susah dan senang. Tiada yang kaya raya kerana parti. Ahli PAS tidak kisah dan tidak mengungkit dalam melakukan pengorbanan untuk parti lantaran mereka tahu ganjaran yang sebenarnya ialah di akhirat.
Kesimpulannya, jika anda adalah pejuang parti asobiyah UMNO tak perlulah berkorban apa-apa untuk parti. Jangan harap nak dapat pahala kerana yang pasti dapat ialah bala. Seelok-eloknya tinggalkan terus UMNO, pasti terhindar dari bala.
Detikdaily

UMNO Pendang tentu ada masalah yang rumit yg belum diperjelas secara ikhlas oleh penulis kerana yg menulis pun hanya untuk mengambarkan partinya yg terbaik.
ReplyDeleteAsobiyah bukan pakaian UMNO tetapi adalah makanan PAS dan PKR Islam, kerana banyak perkara yg mereka tentang tanpa disedari ia merugikan agamanya, anak2bangsanya & tanahairnya sendiri. Kalau nak tahu apa yg telah hilang banyak info di alam maya ini.
....mungkin tak lama lagi nasib yg sama akan menimpa anak kg pertama. only time will tell.
ReplyDelete"Keris syaitan" tertawa apabila melihat pencacai-pencacainya berjaya diperdayakan. Jangan biarkan diri anda diperhambakan oleh "Keris syaitan"!
ReplyDeleteBuatyang mengaku Anak Kg Pertama tu..
ReplyDeleteTu baru UMNO Pendang.. kalau hang nak tau UMNO Permatang Pauh lagi teruk!
UMNO Kg Pertama? tak payah ceritalah.. dah berapa kali nak mesyuarat tapi tak boleh? sebab tak cukup korum..
ASD,
ReplyDeleteJangan dok fitnah la kawan kata UMNO Permatang Pauh bermasalah..dan UMNO Kg Pertama juga bermasalah, kau mana tahu semua tu..kalau kau tak lihat dengan mata sendiri..jangan buat andaian aje..fitnah namanya..itulah bila diri tinggal dalam golongan yg berfitnah..penyakit minda yg sukar diubati...sebenar apa yg ASD kata sebaliknya adalah wajah sebenar PKR di Permatang Pauh,ibarat:-
Paku dulang paku serpih,
Mengata orang PKR yg lebih (teruk).
narap anak kampung pertama rentilah menyokong umno tu!! sedarlah umno hanya membawa orang melayu hanyut jauh dari agamanya,nak pertahankan hak melayu jauh pgng dr api,dulu sebelum 1974 pulau pinang ketua menterinya orang melayu tapi oleh kerana murah hati umno bagi kerusi ketua menteri kepada lim cong yu dan oleh kerana tetarik dengan pembangunan yang dibawa oleh umno/bn orang melayu p,pinang terpinggir seperti burong tekukur mengaku hak aku diatas pohon yang tinggi dalam hutan belantara selepas diteroka oleh orang maseh mengaku hak aku diatas pohon yg ditanam inilah nasib orang melayu hususnya di p,pinang apa bila berada dibawah perentah umno.
ReplyDeletenarap anak kampung pertama rentilah menyokong umno tu!! sedarlah umno hanya membawa orang melayu hanyut jauh dari agamanya,nak pertahankan hak melayu jauh pgng dr api,dulu sebelum 1974 pulau pinang ketua menterinya orang melayu tapi oleh kerana murah hati umno bagi kerusi ketua menteri kepada lim cong yu dan oleh kerana tetarik dengan pembangunan yang dibawa oleh umno/bn orang melayu p,pinang terpinggir seperti burong tekukur mengaku hak aku diatas pohon yang tinggi dalam hutan belantara selepas diteroka oleh orang maseh mengaku hak aku diatas pohon yg ditanam inilah nasib orang melayu hususnya di p,pinang apa bila berada dibawah perentah umno.
ReplyDeleteBuat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..
ReplyDeleteFitnah??? kah..kah..kah..
Satu soalan saja... Siapakah nama Setiausaha UMNO Cawangan Kg Pertama?
awt anak kg pertama diamja...keh3!!!selop kot...
ReplyDeleteassalamualaikom bro...
teruja jgk baca entry ni sebab saya anak felda kwsan pendang,terkedu jgk dengaq cita ni bro,tp saya rasa tak pelik la kalau benda2 mcm ni berlaku bg pihak UMNgok nih..sy sendiri dalam kawasan felda pun dah muak.aktiviti keislaman susah nak ada dalam felda,kalau bab konsert ka memang dapat siap dapat sponsor la kan.pembangunan di felda sangat memberansangkan dan sangat maju dibawah YB kami..byk2 dewan2 yg telah dibuat..contohnya sudah ada 3dewan di felda kami yg taktau nak guna untuk apa..dan bangunan papan kedai2 lama semenjak zaman tokwan saya masih lagi tidak diperbaharui...ditambah pula masalah dadah,masalah remaja yg seolah2 terkena kejutan budaya dan kebanjiran pekerja asing yg dtg untuk motong getah..siap buat tempat tinggal dalam kebun getah lg..
Bro ASD, tanya lagi soalan yang sama pada Anak Kg. Pertama yang-bakal-mendapat-rawatan-psikiatri dalam entri akan datang. Sesungguhnya aku cukup tak gemar dengan manusia yang berprinsip "bodoh nak tunjuk pandai" ni. Barangkali inilah ciri-ciri utama hamba-hamba UMNO ni. Syabas bro, LAWAN TETAP LAWAN!!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!