Malaysia tiada agama rasmi?


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.


Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila UMNO boleh mengintepretasi dan meMANIpulasi undang2 dan perlembagaan negara mengikut "angin" mereka, maka inilah jadinya bila rakyat sudah tidak tahan untuk terus diperkudakan itu bangkit dan menyuarakan tentangan terhadap UMNO, bukan tentangan terhadap perlembagaan negara, kerana UMNOlah yang memperlekehkan perlembagaan negara dengan berbagai air MANIpulasinya. UMNO kata Islam agama rasmi tapi UMNO jadikan Malaysia negara sekular, tapi UMNO kata bila Islam jadi agama rasmi dengan otomatiknya Malaysia adalah negara Islam, namun undang2 Islam kenapa tak berani tegakkan? UMNO tau betapa susahnya nak jadi negara Islam dengan menggunakan proses demokrasi namun UMNO pandai mengalihkan kegagalannya dengan memperlekeh PAS yang berkuasa di Kelantan pun tidak dapat menegakkan negara Islam yang sejati. Kita jangan tengok PAS yang gagal menrealisasikan negara Islam di Kelantan kerana dengan kuasa yang begitu terhad mana mungkin PAS mampu mengatasi kuasa UMNO yang memerintah kerajaan pusat. Kita lihat UMNO yang penuh dengan kuasa sebagai kerajaan Malaysia yang kata Islam agama rasmi dan Malaysia negara Islam pun tak mampu menahan gegaran "gunung berapi kecil" dari rakyat yang mempersoalkan isu kebebasan beragama.

    Sekurang2nya PAS fokus dengan satu objektif "negara Islam", itu merangkumi agama rasmi dan undang2 Islam. Tapi UMNO berpusing2 dicelah2 semak (beat around the bush)dengan konsepnya yang subjektif "agama rasmi dan negara Islam sekular".

    Sekarang ni apa faedahnya Utusan menghasut rakyat kalau nanti terjadi peperangan antara Islam dengan Kristian di Malaysia dan kalau Islam menang pun dan Islam dinobatkan sebagai agama rasmi pun, apa ertinya peperangan yang sia2 sedangkan UMNO tetap jadikan Malaysia tak lebih dari sebuah negara Islam sekular seperti sediakala?

    ReplyDelete
  2. komentar yang bernas dari saudara...
    syabas teruskan usaha memberikan pandangan dalam blog ini

    ReplyDelete
  3. AKU SOKONG...AGAMA ISLAM DI MASNUHKAN...LETAK AGAMA BUDHHA,HINDU ATAU KRISTIAN JADI AGAMA RASMI..
    SBB POK NIK PUN DAH KATA DIA LEBIH SUKA JADI CINA..LAGIPUN DIKELANTAN PATUNG BUDHHA LAGI BESAR DARI MASJID...AKU TAU...ASD PUN SETUJU..
    KAH..KAH..KAH..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post