Marahku.. Hang fitnahlah lagi...

Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya “konspirasi negara Kristian”.

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

“Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?” soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.


“Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan,” tulisnya lagi.

Blog Shamsul di marahku. blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.

Utusan memetik postingnya yang berjudul “Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?” yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya.

Namun, seorang lagi penulis blog pro-Umno yang dipetik oleh Utusan - Zakhir Mohamed, yang menulis di Bigdog.com, masih menulis dan meneruskan isu berkenaan di blognya.

Utusan memetik tulisannya yang berjudul“Making Christianity the official religion?” yang mendakwa 35 paderi pada satu majlis yang dianjurkan oleh ahli parlimen DAP Jelutong mengambil ikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.


Malaysikini

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jangan seronok sangat bila Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya “konspirasi negara Kristian”.

    Shamsul Yunus tu hanya pencacai sama macam parpukari.... semua itu adalah wayang saja. Kononnya pihak UMNO Baru sedang menyelesaikan kes kristian agama rasmi negara.....

    Jangan lupa kes kristian ini muncul harga gula naik 20 sen.

    Jangan leka, bila ada isu yang diribut-ributkan itu pastinya Mohd. Najib nak rembat duit rakyat melalui kenaikan harga barang ka, nak lulus projek mega pada kroni ka, atau nak buat operasi lalang...

    Dah lama hidup takkan tak tahu perangai pemimpin UMNO Baru ? menipu dan merompak sejak dulu kini dan selamanya ???

    ReplyDelete
  2. Aku sebagai rakyat Malaysia pon memang setuju dengan Anon 2.05 sebab dah acapkali bila timbul isu mengarut, pada masa yang sama Dacing Penipu menaikkan sara hidup rakyat (dibaca sbg: menyamun rakyat). Pada bulan lepas apabila meletup kes video fitnah DSAI, RON97 dinaikkan pada RM2.70. Pada bulan ini pula apabila meletup isu Kristian, harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen. Jadi kesimpulannya, di masa akan datang apabila timbul isu-isu luarbiasa yang menyerang PR maka pada yang sama, darah kita semakin rakus dihisapnya!.

    ReplyDelete
  3. PRU 13 nie kita tukar dari kerajaan BN ke PR....tak payah dok layan provokasi tentang MELAYU sebab UMNO selama nie pun dok hisab darah MELAYU

    ReplyDelete
  4. Anon 2:05 aku beli cakap kau tu, memang ada logiknya kerajaan UMNO ni cukup licik dengan satu taktik baru menaikkan harga barangan tanpa mendatangkan kritikan dari rakyat. Syabas kerana mendedahkan 'konspirasi naik harga' oleh kerajaan BN.

    ReplyDelete
  5. Kawan awak dari DAP sendiri yang menyaksikan kejadian tersebut. Apa yang nak dinafikan lagi? Ahli DAP tu orang UMNO ke? Kalau betul dah tergadai agama sendiri baru tahu siapa yang DAYUS...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post