
Mereka akan dipanggil sebaik sahaja mahkamah bersidang untuk mendengar pasukan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan hujah pembelaan.
“Kita akan menemubual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Mereka adalah antara 30 saksi yang kita akan temubual,” demikian dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair kepada wartawan selepas mahkamah menetapkan Anwar perlu membela diri hari ini.
Untuk rekod, pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini mengakui beliau bertemu Najib sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.
Selain Najib dan Rosmah, peguam bela juga akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pembantu khas kepada Rosmah, Datuk Mumtaz Jafar.
Menurut Sankara, Anwar akan menjadi saksi pertama pasukan peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.
Manakala dua pakar DNA dari Australian yang membantu pasukan peguam Anwar, Dr David Wells dan Dr Brian MacDonald akan turut hadir sebagai saksi kelak.
Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan mengarahkan Anwar membela diri dalam kes berkenaan.
Beliau memutuskan perbicaraan untuk mendengar hujah peguam bela Anwar ditetap pada 6 hingga 30 Jun ini.
Anwar ketika ditemui pemberita selepas keputusan itu dibacakan, mendakwa hakim menjatuhkan hukuman terhadap beliau sebelum diarah membela diri.
Menurut Anwar, meskipun telah menjangkakan keputusan tersebut, namun beliau merasa terkejut dengan alasan hakim Zabidin yang menerima hujah pendakwaraya bulat-bulat dengan menyatakan pengadu, Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang berwibawa.
“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
“Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya,” katanya.
Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor Hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara, Hasanuddin Hamid.
“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/?p=13430
Mana ada jalan Najib akan ke mahkamah, itu barang mustahil! Najib lebih tinggi dari segala2nya di Malaysia ni. Najib lebih tinggi dari mahkamah (dia boleh terbang dengan helikopter), Najib lebih tinggi dari Agong (tak caya cuba ukur), Najib lebih kebal dari undang2 Malaysia (dia ada Perkasa) dan Najib lebih power dari hakim (dia ada Gani Petai). Najib adalah 'makhluk' paling berkuasa di Malaysia, dia ada UMNO, dia ada Polis Raja Di Malaysia, dia ada ATM, dan yang paling hebat dia ada sekuntum bunga Ros yang sakti. Sapa2 rakyat yang nak tunjuk hero kat Najib sila sign sijil kematian dulu.
ReplyDeleteKata tiada siapa mengatasi undang undang.Kalau tidak mahu ke mahkamah atau hakim menolak saksi bermakna PM lebih berkuasa dari sultan.
ReplyDeletemamat laki bini mana berani, tgk nanti alasan lapok mesti digunakan
ReplyDeleteAku setuju dengan komen FMZam because Najib is the President Of Republic of Malaysia. Seems that the Agong shall fall to his knees before Najib the President. What do you think, readers?
ReplyDeleteSebagai PM dia ada imuniti untuk tidak dipanggil ke court nie... tak caya??? Ko orang tengok la nanti....
ReplyDeleteJib akan jd macam mat tahir.... bg soalan dulu untuk di jawab. Hang tunggu lah soalan2 di Akhirat. Allah Maha Esa..
ReplyDeleteall the best to u najib!! mudah2an mahkamah perancis juga akan memanggil anda utk memberi keterangan dalam kes scorpene.insyaAllah!! kebenaran akan mengatasi pembohongan.AMIN!!!!
ReplyDeleteDepa dah pegi dah...skrg apa cerita? Yg lagi best tu, siap depa yg tunggu team pembela...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!