
Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.
Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.
Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.
“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada keadilandaily.com
Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.
Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.
Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.
Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.
Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.
Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.
http://www.keadilandaily.com/?p=14411
Jangan harap la nak seret Rosmah laki bini ke mahkamah En Sankara ooii.. Mahkamah 1M'sia ni bapak Najib yang punya.. kita tendang dulu Rosmah laki bini dr Putrajaya.. pas tu kita dakwa Rosmah Laki Bini, Pak Lah, Mahafiraun dan semua pemimpin UMNO dan BN yang kaki rasuah tu...
ReplyDeleteinsyaAllah, usaha2 peguam bela DSAI akan berhasil.Alhmdllah, kebenaran sudah hampir tiba dan doa orang yang teraniaya akan dikabulkan Allah swt.
ReplyDeleteAnak didik TDM. Antantuya pn boleh dia main, inikn plak nk heret dia ke mahkamah...
ReplyDeleteNajis ni jenis spesis cepat climax,cepat megementar,tengok muka dia tu ada seiras kerabat monggollion,sebabtu dia cari prempuan monggol Altantuya,walau bagaimanapun waa tetap slute Sakaran good jobs,kalau boleh sumbatkan dlm sungai buloh biar dia rasa enaknya makan kan restoren sungai buluh tu...
ReplyDeleteMerasa gak dia main dgn Altantuya tu. Skrg ni gigil le sbb line dah x clear mcm dulu. Skrg dh kena control gilerr..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!