Nak Naikkan harga Gula.. buat cerita pasal Negara Kristian..

Sebelum itu korang baca ni dulu.. Alasan Standard Kerajaan BN bila menaikkan harga sesuatu barangan.. Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di Kuala Lumpur hari ini. – sepenuhnya di Malaysiakini

Pengumuman kerajaan BN hari ini untuk menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 nyata mendedahkan motif jahat akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang sengaja mewujudkan konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah Negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian.


Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak UMNO untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar- dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula. Rakyat Malaysia biasa yang akan dibebani dengan kos sara hidup yang juga telah menyebabkan kehidupan masyarakat miskin lebih sukar. Anehnya, harga barangan selalunya akan naik berikutan kemenangan besar BN dalam pilihanraya.

Laporan Utusan ini walaupun tidak munasabah, amat membimbangkan kerana motif UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sini jelas mengipasi ketakutan dan kebencian terhadap penganut Kristian. Begitu banyak laporan dibuat oleh pemimpin UMNO dan kumpulan sokongan UMNO meminta tindakan tegas diambil terhadap DAP dan para paderi Kristian. Seperti yang disangka, langsung tiada satu pun pemimpin UMNO yang menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap Utusan atas fitnah dan pembohongan tersebut.

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen merupakan kenaikan 10% daripada harga lama iaitu RM2.10 sekilogram. Kenaikan ini adalah susulan kenaikan sebelum ini pada Disember tahun lalu di mana kenaikan adalah pada kadar yang sama.

Kenaikan ini merupakan sebahagian daripada pemotongan subsidi pertama daripada kerajaan yang diumumkan pada 16 Julai tahun lalu, di mana ketika itu harga naik sebanyak 5 sen per liter untuk petrol dan diesel, 10 sen per kg untuk LPG dan 20 sen per kg untuk gula. Kenaikan ini juga muncul setelah kenaikan harga petrol RON97 meningkat sebanyak 20sen minggu lalu.

BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat.

Pertama, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi tiada sistem tender terbuka. Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumi.

Minggu lepas, PBB telah memaparkan kaji selidik yang menunjukkan penurunan dalam kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini berikutan inflasi dalam harga makanan, petrol dan kekurangan iltizam politik untuk melakukan reformasi dalaman. Tambahan lagi, kenapa perlu bimbang dengan simpanan RM116.6 juta apabila kerajaan BN sepatutnya boleh menjimatkan RM19 bilion dengan menamatkan subsidi gas kepada pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP).

Daripada cubaan untuk menyimpan RM116.6 juta, Kerajaan BN boleh menyelamatkan 163 kali lebih banyak iaitu sebanyak RM19 bilion melalui penghentian subsidi gas untuk IPP. Pada tahun kewangan 2009, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi gas sudah mencecah sebanyak RM10.2 bilion. Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak
RM126.6 bilion.

Utusan telah mengambil langkah mudah untuk mengelak daripada memberi penjelasan mengenai kenaikan harga dengan mewujudkan pembohongan dan fitnah yang berbahaya terhadap golongan minoriti. Dengan kegagalan untuk menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan daripada meneruskan kempen pembohongan bahawa agama Islam berada dalam keadaan terancam, kerajaan BN telah menjadi penghasut kebencian orang Islam terhadap komuniti Kristian.

‘Double-standard’ sebegini daripada pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO dalam usahanya untuk menyebarkan pembohongan berbahaya dan melancarkan kempen kebencian terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.


Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan. YAB Lim Guan Eng pada 10 Mei 2011 di Kuala Lumpur.

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pembohong beri kenyataan pembohong..ha..ha..LGE

    Kalau boleh naik hargakan gula pada harga sebenar bukan harga subsidi..baru padan muka semua...sebab ramai tak nak bersyukur...hanya tau complain aje..

    Bab Utusan biaq pi la polis siasat dulu..masih nak buat andaian..dan andaian...tak habis..lain keja dah terlalai...pasal tu melayu/Islam tak boleh maju...baru buka gerai pacak 1 bulan dah impi buka restoran...baru menang 5 negeri nak masuk sepenggal dah kata nak pi putra jaya pulak..ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  2. Anak haram kg pertama,

    Kau tak payah beli gula, kau perah gula dari badan bapak kau pas tu kau jual gula tu, nanti kau boleh jadi jutawan gula ganti Robert Kwok raja gula Malaysia.

    Bukan main lagi kau cakap semalam tak tunggu polis siasat kau dah sokong Utusan menghasut suruh percaya bulat2 berita tu, sekarang kau suruh tunggu siasatan polis pulak. Kau memang sah bukan melayu/Islam tapi ngaku melayu/Islam, lepas tu ngutuk melayu/Islam. Kau memang pandikutti serupa Najib lah.

    ReplyDelete
  3. Anak haram jadah kg pertama,

    Betul ke kerajaan BN ni bayar subsidi gula ni, ada sapa2 ustaz UMNO yang boleh bagitau berapa sebenarnya harga gula sekilo kalau tak disubsidi? Sekarang harga disubsidi RM2.30 sekilo, agaknya harga tanpa subsidi ada ke RM5.00 sekilo? Kalau betul berani apa tak biarkan saja harga gula di pasaran dijual dengan harga tanpa subsidi? Nak jugak tengok apa jadi bila harga teh o segelas RM 5.00, nak tau muka sapa yang padan, muka kita ke muka kerajaan? Cubalah kalau betul kerajaan ni berani jangan bagi subsidi pada rakyat. Jangan ingat rakyat takut dengan gertak kerajaan yang nak main2 dengan subsidi.

    ReplyDelete
  4. AKP..anda sebenarnya orang yang merapu bila dilihat dari komen anda. Anda sepatutnya bersyukur dengan adanya PR banyak hal yang rakyat dapat tahu dan tidak seperti sebelumnya. Kalau setakat tulis saja dan nak mengampu baik tak payah. Anda sebenarnya tidak ikhlas bila melhat kepada komen anda. Anda sengaja menimbulkan kemarahan mereka yang menyokong PR. Dan and asenyum bila melihat reply dari mereka. Tulisan anda sebenarnya lebih kepada untuk provoke. Kepada teman sekelian,tidak perlu dibalas tulisan beliau ini. AKP tidak mendapat tempat sebenarnya. Beliau menagih perhatian orang BN yang membaca blog ini. Lagi dilayan lagi naik minyak orang ini. Contohnya jika orang gila membuat provoke kepada kita,apakah perlu kita bals? Kita sendiri akan menjadi sasau. Beliau boleh katakan apa saja dan ianya bukan susah,cuma tulis saja. Orang yang sakit jiwa sepertinya mendapat satu kepuasan bila seseorang membalas kenyataan. Alkisahnya beliau tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Hanya pandai membuat provoke diblog yang menjadi perhatian ramai supaya mendapat tempat dihati BN. Inilah caranya orang UMNO berfikir dan bertindak. Please la..malam ni masuk tandas dan kencing,tengok sendiri muka kat toilet bowl...nampak la muka sebenar anda. Jangan marah ya..nanti kena jual..itupun kalau ada orang UMNO nak beli,kalau tak jadilah anda pencacai seumur hidup. Nanti aku keluarkan tag supaya boleh dipakai dan berdiri ditepi jalan,tunjukkan bahawasanya akulah penyokong cabuk yang sedang meraih simpati orang UMNO....hahaha...keian aku pada anda....

    ReplyDelete
  5. aku ni tak boleh dengar ceta subsidi.aku nak tanya betoikah subsidi yg kerajaan beri utk kesenangan beban rakyat mcm aku ni pun tak nampak jln ceta sebenar tahtah putar alam kot,sikit2 subsidi semua jln ceta barang keperluan subsidi kerajaan bagi,kenapa tak bagi subsidikan asas keperluan sewa beli kat bank atau cukai TM sama juga barang keperluan....kalau 1malaysia dah kaya gila ceta subsidi...

    ReplyDelete
  6. kekadang atau tak keterlaluan klu dikata kan acapkali... isu subsidi dijadikan senjata untuk bantai atau kain pembalut luka...

    persoalannya... apakah kerejaan bayar subsidi kepada raja kapitalis untuk menjadikan harga turun?... sikapitalis ni layak ke hidup dimesia ni? kapitalis ni dah mcm lintah darat.. dan kerejaan bela lintah ni ke?

    ReplyDelete
  7. Hang ni semua takde semangat nasionalisme. Tak sokong dunia koporate melayu.

    Dahulu apabile Taukeh Cina Robert Kuok control pasaran gula harge RM1.20 sekilo aje.

    Sekarang Taukeh UMNO control, harga RM 2.30 sekilo.

    Kita kena support businessman melayu lar. Kan kita ni sama rumpun.

    Org melayu mana tipu kaum sendiri. Yang dok tipu tu semua pendatang aje.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post