
Syed Hassan dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya tiada masalah jika Nazri mahu menggelar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai “badut.”
“Perkasa tiada masalah dengan Nazri jika beliau mahu gelar apa pun ke atas Ibrahim atau pimpinan Perkasa yang lain, biarkanlah.
“Kami Perkasa tak hairan kerana beliau pun sanggup gelar orang yang banyak berjasa kepada negara seperti (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dengan macam-macam gelaran,” katanya.
Oleh itu, katanya, “gelaran badut kepada Ibrahim tak jadi masalah.”
“Tak guna kita nak marah beliau pasal apa guna kita layan menteri ‘half past six’ macam Nazri ini, beliau keluarkan kenyataan macam itu, beliau fikir semua orang Melayu suka dan sokong kenyataan beliau dan beri banyak keuntungan kepada Umno,” katanya lagi.
Nazri dilaporkan melabel Ibrahim sebagai “badut” sambil berkata Putrajaya tidak akan memandang serius dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau juga berkata Ibrahim perlu ditangkap dan didakwa jika kenyataannya boleh mendatangkan rusuhan dalam negara.
“Pada saya, beliau (Ibrahim) adalah badut, saya tidak rasa rakyat akan memandang serius dengan apa yang beliau katakan.
“Sudah lebih 10 hari sejak beliau keluarkan kenyataan itu dan tiada rusuhan yang berlaku. Ini menunjukkan rakyat sudah matang,” kata Nazri lagi.
Dalam ceramahnya di sini dua minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
Bagaimanapun beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengecam tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
Selain itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.
Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.
Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Sebaliknya dalam kenyataannya, dakwa Syed Hassan, Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa pun berjihad tetapi sekiranya usaha-usaha mencabar kedudukan Islam berlaku sudah pasti orang Islam akan marah dan bangkit menentang.
“Pastinya tiada siapa orang Melayu nak lakukan jihad hanya kerana kenyataan Ibrahim sebegitu rupa, Ibrahim hanya mengatakan beliau akan sambut sesiapa yang nak melakukan perang salib dan Ibrahim katakan jika sesiapa mahu menggugat kesucian Islam beliau sanggup berjihad.
“Ibrahim tidak pernah mengajak sesiapa untuk berjihad sekarang. Tapi jika sesuatu berlaku yang Ibrahim fikirkan sudah samapai masanya beliau berjihad, beliau akan berjihad kerana Islam tuntut umatnya berjihad jika Islam diserang,” katanya.
Mengenai isu pembahagian biasiswa, jelas Syed Hassan, sekiranya Bumiputera tidak dapat kuota yang sepatutnya ia amat menyedihkan.
Selain itu, tambah beliau, BN akan kehilangan sokongan Bumiputera jika pembahagian biasiswa tidak dilakukan dengan adil dan telus.
The Malaysian Insider
Masalahnya bukan isu badut.. tapi kenyataannya yang berbau perkauman Nazri dan Ibrahim adalah dua badut yang sedang bermain wayang yang bertujuan untuk mengenepikan isu ISA.. Mereka cuba memperbodokan rakyat dan parti pembangkang dengan permainan mereka berdua. Mereka sepatutnya di ISAkan.. Ibrahim kerana kenyataan rasisnya manakala nazri kenyataannya yang ibrahim ali tak perlu di ISAkan sedangkan jelas yang ianya berbau perkauman.
ReplyDeleteBayangkan jika pembangkang yang mengeluarkan kenyataan ini, pasti kedua-dua badut ini menyalak supaya pembangkang di ISAkan..
Jangan mudah terpengaruh dengan mainan badut durjana ini..
Nazri cakap dalam bahasa orang putih, jadi tu pasal lah SU Perkasa kata tak apa sebab pada dia Clown tu bermakna badut dalam bahasa melayu. Nazri pun pandai, dia tau yang Berahing tu tak pandai bahasa orang putih jadi dia hentam Berahing dalam bahasa tu. Rupa2nya bukan Berahing saja yang tak pandai, SU dan satu Perkasa pun memang bodoh bahasa orang putih. Tak caya cubalah kalau Nazri berani cakap dalam bahasa melayu tak cukup tanah Nazri dibuatnya bila Berahing melompat, buka mulut luas2 maki Nazri, dan beliak mata besar2 macam KATAK. Berahing cuma pandai bahasa orang putih bila dia nyanyi lagu The Crazy Frog.....
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!