Negara Kristian : PERKASA akan lancar JIHAD!

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Walaupun kenyataan dari Pak Brahim itu nampak kurang bijak kerana mahu berjihad berdasarkan satu cerita yang tidak ada kesahihannya, tapi satu perkara yang perlu diakui oleh semua ialah kebolehan Pak Brahim ini mencari publisiti agar tidak dilupakan masyarakat..

Niat untuk berjihad itu memanglah satu niat yang murni .. tapi adakah tindakan melancarkan perang terhadap Komuniti Kristian itu dianggap jihad jika hanya bersandarkan cerita bodoh dari BigDog yang bodoh?


Yang kata BigDog bodoh itu bukan aku.. tapi PapaGomo kawan BigDog sendiri..

Perkasa ugut jihad jika Kristian teruskan agenda rampas status Islam

GOMBAK, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau (gambar) bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Meskipun mengadu keletihan ekoran sembilan ceramah bermula dari Kelantan sejak malam kelmarin, Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan.

“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

“Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh,” kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.

Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian.

“Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian.

“Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia,” katanya lagi.

Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung.

“Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar,” katanya lagi.

Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri.

Pemimpin-pemimpin DAP dan Kristian menafikan kandungan laporan sedemikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian Khamis lalu bagi meredakan keadaan, tetapi Ibrahim menegaskan malam tadi bahawa laporan akhbar milik Umno itu adalah betul.

Ibrahim merujuk kepada laporan polis dibuat oleh seorang anggota DAP Islam kelmarin mendakwa dia tahu cerita sebenar apa yang berlaku ketika pertemuan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Mereka menuduh Utusan Malaysia tetapi dari awal lagi, saya mengatakan ia sahih. Ia benar.

“Mengapa? Ini kerana Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Beliau Ahli Parlimen macam saya dan saya tahu dari lagak dan pertuturan yang dia gunakan,” katanya.

Ibrahim juga mengulangi dakwaannya minggu lalu bahawa anggota bekas Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan kumpulan lokal untuk berkonspirasi menggantikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

Katanya, penyokong-penyokong PKM telah menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan agama dan persatuan bisnes selepas ia meletakkan senjata pada 1989 bagi meneruskan aktiviti mereka.


The Malaysian Insider

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sejak bila Brahim Katak jadi jaguh Islam? Bukankah Brahim katak ni jaguh dalam isu perkauman?
    Dosa Kau memang kau yang tanggung. Yang jadi masalah ialah tindakan kau tu telah mencemari nama baik dan kesucian Islam. Kalau dah bodoh boleh diajar, tak pa. Ini dah la bodoh, tak boleh diajar pulak.

    ReplyDelete
  2. Yg aneh dia bersubahat dgn korang cina dlm binis. Muka dua kut? Teruk dari ular!!!

    ReplyDelete
  3. kah kah kah......
    nak berjihad??????????........
    jihad kepala toya namanya toh......
    kalu iye pun pakai laa ketayap puteh....bukan stail mamak songkok labuhhhhhhhhh......

    juai pasemburrrrrrrrr boleh laa pakai kopiah hitam labuh tu........

    sendiri bikin kecoh......
    sendiri test market....
    sendiri buat skrip........
    bila orang mlwn balik......

    nak berjihaddddddddd.....

    kah kah kah.........

    ReplyDelete
  4. Pak Brahim...sudah lah..orang sudah tahu siapa anda sebenarnya. Yang dok tunggu ulas berita tu buat apa..dah tak ada isu lain ke...betul anda ni mencari publisiti murah..nak berjihad kononnya..jaga lah wilayah anda tu cukup. Jangan sebab kenyataan nak berjihad pasal nakkan satu kerusi sudah. Faham tak jihad tu apa?? Kalau nak bercakap pasal Islam..anda kena meng islamkan diri anda dulu. Bersihkan diri anda dari dosa dan noda. Jika sudah bersih kami akan ikut anda..kalau keadaan anda masih begitu, sulit kami rasanya nak ikut berjihad...sucikan diri dari noda katak anda...baru boleh percaya bro...malu lah oghe kelate mace ni...

    ReplyDelete
  5. Dulu, semasa saya giat berpolitik, Ibrahim Ali, initialnya CIA, Cik Ibrahim Ali. Peranannya betul betul macam CIA. Ke mana pergi, itulah kerjanya, itulah peranannya, dan itulah tanggungjawabnya. Untuk siapa, itu hanya dia sorang yg tahu. Yang pasti, dia slalu gigit tangan yg tolong dia balik. Lepas tu, dia akan balik ke rumah kecilnya, berjaga untuk episod seterusnya. Macam tulah, dulu, kini mungkin sehingga....... entah bila. Tapi dia istiqamah dengan watak dia. Kita nak kata apa, peduli apa dia! Sebenarnya dia ingin sangat jadi ahli PKR, tapi malangnya, DSD@WAWI tak suka kat dia, tak boleh terima dia. Oleh kerana DSD Presiden parti, no way CIA ni boleh jadi ahli PKR. Sekarang dah tak perlu dah. Dia kini Presiden NGO. TDM yg masyhurkan NGO ni, dan kini jadi Penaongnya. Sesungguhnya watak sebegini sangat2 diperlukan untuk mewarnakan senario politik Malaysia. Barulah disinggung keseluruhannya pundi2 rasa tubuh kita. Barulah hidup sejahtera! Mereka ini semua watak2 dalam hidup, yg pentingnya kita, nak pangkah siapa, nak tolong siapa pangkah siapa, nak saran siapa pangkah siapa, nak halang siapa pangkah siapa. Politik! Politik! Politik! Persiapkanlah diri! Perkasakanlah diri! Tak lama lagi peranan kita akan diperlukan sekali lagi. Kali ini biarlah lebih berobjektif. Jangan dihanyutkan diri. Sambil tu hiburkan diri dengan watak, aksi CIA!

    ReplyDelete
  6. patutla!!! brahim ni dipecat dari ahli umno rupanya dia dah jihad dalam umno dulu sebelum umno menerima keahlian semua kaum bumi putra disabah termasuk bumi putra yang beragama kristian, syabas brahim! hang memang paklakwak terkenal tanahair dan orang yang tidak pernah mengenang budi masa tersepit menyalak mintak tulong bila dilepaskan gigik balik orang yang menulong mu.

    ReplyDelete
  7. mu gadoh soghe soghe. Jihad kepala bana kamu. Kamu patut berjihad menentang rasuah, judi, pelacuran dsbnya.
    Org Isle tak mau nak gado gado dgn agama lain. Makan gado gado buleh. Mu Ibrahe...jenih biawak

    ReplyDelete
  8. Dimana ibrahim ali, bila presiden umno sekat wang ehsan petroleum kepada negeri kelantan, satu2 negeri di malaysia yg penduduknya hampir semua islam keturunan melayu. lantaran sekatan wang ehsan petroleum disalurkan ke kelantan, orang islam melayu disana dibiar hidup dlm serba kekurangan...ibrahim ali bersama presiden umno hanya ketawa..ha..ha..ha melihat kesengsaraan orang melayu islam kelantan. Ini kah haramjadah yg kata nak berjihad????? bodoh punya umno!!!

    ReplyDelete
  9. Bila Kristian takdak pun isytihar perang kat Islam tapi Melayu lak yang lebih dok suruh jihad ni pehal?...Berahing ni serupa macam makcik yang bila orang pegang dia meronta2 suruh lepas dia nak ngamuk....bila lepas dia bersilat angin je...pirrrah! Betul kata orang tabi'at orang pendek memang camtu suka menutup kependekannya dengan menonjolkan diri untuk dapat perhatian. Geli betul tengok dia menjerit2 dengan mulut terbuka besar macam lubang gua....jangan over sangatlah Berahing, kau cuma berani dengan Kristian kat Malaya aje, cuba kau pergi jerit ke laung ke jihad kau tu depan Kristian kat Sarawak dan Sabah tu!

    ReplyDelete
  10. Biarkan saja si Berahim tu. Kalau betul dia nak konon-kononnya jihad, kita tengok dengan cara macam mana dia nak buat. Kalau dia sendiri jadi pengebom berani mati, lagi bagus. Lepas dia kojol, berkuburlah PERKASAp! Hahahah.

    ReplyDelete
  11. PERKASAPANDI KUTTYMay 15, 2011 at 8:07 PM

    BERJIHAD? Apalah bodoh. Kan Najib dh jumpa dgn Paderi2/Pastor2 Kristian tu, dan mereka pon dh nafikan. Kalau betol, pergilah mintak Polis tangkap Paderi2/Pastor tu, letak dlm ISA. ...Ni nak berjihad? Cakap macam org tak ada akal...

    Org2 Cina ramai Kristian? Apalah bodohnya tak mengaji sekolah. Org2 Cina ramai beragama Buddha, Taoisme dan Kung Fu Tze...sedikit aje yg Kristian (ada yg pakai nama mcm Kristian-utk Komersial-tapi beragama Buddha).

    Yg ramai Kristian kt Bumiputera Sabah & Sarawak nun...IBRAHIM NK BERJIHAD DI SANA? Cakap besar...berjuang entah apa2... Macam org Gila Babi...pandi Kutty.

    ReplyDelete
  12. Ibrahim Ali penjihad terkini,
    Melaung memekik bak 3 suku,
    Bangang sungguh melayu ini,
    ramai yang menyampah termasuk aku!

    ReplyDelete
  13. aku kalu dgr beghahim ni nak berjihat nak muntah pun ada...geli pun ada gak..tp tape la..bg la dia chance...skrg ni kan musim kemarau..patut la katak2 kuat sgt bunyinya..nak panggil hujan la katakan..so sape2 sini tak pyah la tersinggung dgn statement raja katak ni..dah mmg kije dia panggil hujan mewakili puak2 katak seangkatannya...pak katak ali..itu la gelaran terbaru beliau di p.mas

    ReplyDelete
  14. Ibrahim Ali,
    Lu memang kasi rosak keindahan islam sebenar. Puki lu punya mak...melayu haram jadah

    ReplyDelete
  15. meh la jerit2 sini kat sarawak, Pak Ali. kita org bole buat sambutan meriah utk Pak Ali.. heheheh

    ReplyDelete
  16. yang tinggal dalam umnoporno sekarang hanyallah mereka yang bangang serta ada kepentingan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post