Nik Aziz diminta bertaubat?

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan Anwar itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.

Siapa yang nak kena bertaubat ni?? Mohd. Noor Deris atau TG Nik Aziz..


Nik Aziz diminta bertaubat

KOTA BHARU 29 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta bertaubat daripada terus mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks.


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

Beliau juga tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.

Beliau sehubungan itu menyarankan supaya ulama dalam Pas membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Politik Islam adalah untuk kesejahteraan, tetapi Nik Abdul Aziz telah mempergunakannya demi kepentingan tertentu," katanya.


Lidah Rasmi UMNO

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Seperti biasa pemimpin2 umno yg bodoh lagi sombong ini jauh tersasar bila menilai sesuatu isu.
    Pembelaan terhadap anwar bukan pembelaan utuk beliau sebagai individu, tetapi adalah penbelaan untuk sistem keadilan yg dirobek habis oleh pemimpin umno yg cekup rakus dan bernafsukan syaitan. Seandainya najib razak di fitnah sebegitu rupa pun rakyat akan bangkit pertahankan beliau.
    Tak faham langsung kenapa pemimpin umno takut sangat dengan anwar sehingga mereka gagal memahami isu sebenar. Rakyat menentang umno sekarang adalah kerana pemimpinya yg kurang ajar, memperalatkan polis, media dan kehakiman untuk mengekalkan kuasa.Memperalatkan polis, media dan kehakiman utk menghapuskan sesiapa yg dilihat memimpin mana2 gerakan menegak keadilan dan syariat. Salah guna kuasa ini semakin hari semakin jelas dan terserlah dan dilakukan dengan terang-terangan tanpa segan dan malu lagi.... pendek kata pemimpin umno buat negara ini macam MAK BAPAK MEREKA PUNYA. Inilah yg sebenarnya kenapa rakyat meluat dan cekup benci kepada umno sekarang...tapi malangnya pemimpin umno macam lembu... terlalu bodoh dan benggong untuk faham fakta ini.

    ReplyDelete
  2. Anon 12:57,

    Gua tabik sama lu punya statement (1st paragraph) amat tepat sekali. Bravo

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post