PANAS!! Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa bertemu Ketua Hakim Negara baru-baru ini, yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara.

Pertemuan itu tulis sayuti, berlaku selama enam jam dan mempunyai kaitan dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam, yang memutuskan supaya Anwar membela diri dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.

MSO menulis..

Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam


BOHONG dia bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredebiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar. Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebhi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir.

Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesuatu peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri.. mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja.

Bahawa menurut tokoh berusia lebih 70 itu, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamrin telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam.

"Enam jam itu lama sebenarnya, Sayuti," katanya terhangguk-hangguk. "Biasalah kalau perdana menteri hendak ke luar negeri beberapa hari ia akan bertanya beberapa hal mengenai negara kepada ketua-ketua pemerintah dan pentadbir, termasuk ketua hakim negara, ketua polis negara dan juga ketua asar..tetapi enam jam itu lama," sambungnya.

"Apa yang saya diberi tahu oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini," katanya.

Katanya lagi, dalam pertemuan itu Najib ada berbincang atau menerima pandangan ketua hakim negara. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Anwar Ibrahim diminta membela diri atas pertuduhan liwat ke atasnya.

Selain itu katanya, si pemberitahu kepada orang yang memberi tahu tokoh itu, Najib juga turut berbincang mengenai Raja Petra. Dan selebihnya hal-hal lain. Ada kemungkinan perbincangan terhadap Raja Petra untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang ke atas blogger yang kini sudah berpaling tadah menjilat segala ludahnya yang melata di longkang Chow Kit itu.

Sila sambung bacaan anda di SINI

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dia boleh jumpa ketua hakim, itu nak minta coaching namanya, tapi dia kata minta nasihat. Aku kata itu kompromi. Belum apa2 dah nampak komplot jahat si Najib ni.

    ReplyDelete
  2. tp mrk semua jgn ingat Allah swt tak melihat perbuatan mrki sama ada zahir mahu pun batin dan mrk jugak tidak akan terlepas dari seksaan Allah di akhirat kelak jika keputusan itu benar2 menganiayai insan lain yg mrk juga lupa bahawa anak cucu mrk akan menerima nasib yg sama bagaimana datuk2 mrk menganiayai org yg tak bersalah, umur mrk dah sampai waktu utk di panggil Ilahi ke dlm kubur ygf x ada aircond jika keadaan terlalu panas hingga membakar seluruh anggota/jasad mrk inilah kumpulan2 manusia yg tak takut pd seksaan Allah swt...jkamu tunggu saja lah insyaAllah ianya pasti dtg menjemput kalian.

    ReplyDelete
  3. Seorg hakim yg menjatuhkan hukuman kpd org yg tidak bersalah....tunggulah seksaan yg amat pedih buat mereka....Sebelah kaki memang dah bersedia berada di dalam neraka....tunggu sebelah kaki lagi yang akan masuk... ke dalam neraka .Jika keptusan Hakim .....semata2 ingin menjaga perut nasi najib dan kuncu2nya....bersedialah ....neraka jahanamlah tempatnya....belajar pandai2....tapi tak ada iman......rugi buat selama2nya....Ingat biar kita rugi di dunia jgn sesekali rugi di akhirat....

    ReplyDelete
  4. "Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara."

    Siapa dia tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara???????????...jangan dok kelantong ASD..cakap mesti jelas..mcam Eskay tu..

    ReplyDelete
  5. laaa ... cerita dr mulut ke mulut rupanya . suatu berita , bila terlepas dari mulut org ke tiga takkan sama dgn cerita asal dari org pertama dan kedua . satu la .. knapa cpt d sebar berita yg kita sndiri x tahu hujung pangkalnya . xyah la bgtau yg si penyampai berita tu boleh dipercayai ke tak . yg penting , selidik dulu .. kaji dulu .. sblm sebarkan . kita x nak nnti kita jd penyebar fitnah plak .

    ReplyDelete
  6. bangang kao anon 5,52..

    pasti dia tak mahu dedahkan... sebab nak jaga periuk nasi.. biasalahhh macam polislahh sebelum pencen senyap tapi dah pencen semua bongkar.. pelik kenapa dalam polis tak mahu bercerita.. sebab apa, nak jaga periuk nasi..

    ReplyDelete
  7. Entah kenapa, sejak akhir2 ni, pecacai2 umno-porno ni dilanda sindrom bodoh dan bengong.
    anon 5:52, Eskay solat tahyatul masjid SATU rakaat, mazhab apa dia ikut ni??? Bila dah buat sumpah laknat yg sesat lagi menyesatkan...last2 kata "saya tak tuduh anwar berzina"..macam ni hang kata eskay cakap jelas..pi lah jumpa pakar sakit jiwa ooi.. hang ni dah dekat nak gila!!

    ReplyDelete
  8. sejak ahir2 ini pengampumporno menjadi sasau munkin ALLAHSWT nak tunjuk kebesaran kepada mereka!
    munkin berkat doa dan solat hajat yang dilakukan.

    ReplyDelete
  9. saudara2,

    Pada aku lebih baik ada pemikir2 dan pencacai2 UMNO yang sasau, bangang dan bodoh masuk blog ni kerana dengan sifat2 sebegitu yang mampu mereka tunjukkan pada kita, semakin yakinlah kita bahawa selama ini kita tidak salah dengan persepsi umum yang UMNO itu memang satu organisasi yang jahat, kotor dan tidak bermaruah!

    ReplyDelete
  10. Anak Kariah Masjid PapanMay 18, 2011 at 7:58 PM

    Ya aku setuju dgn FMZam yg kita biarkan pendokong Umporno ini utk terus menulis dan berhujah. Kita dapat lihat dan tengok hujah2 mereka yg terus menjadi gila sasau, hujah yg bodoh dan bangang kerna tidak berlandas sifat akal manusia biasa dan serta langsung tidak bersandarkan dari ilmu yg Allah anugerahkan.

    Itu berlaku ke atas mereka dan menguatkan lagi keazaman dan keyakinan kita serta memberi persepsi bahawa apa yg PR perjuangkan akan kita bersama2 meneruskan perjuangan.

    Insyaallah..

    ReplyDelete
  11. Jangan lupa peringatan Allah kepada kitab semua...bahawa daripada 3 hakim 2 akan diheret ke neraka. Kepada Pak Hakim Mohamad Zabidin, awas tiadk ada kuasa yang dapat mengatasi kuasa Allah. Sekiranya Anwar tidak bersalah di sisiNya tunggulah kebinasaan mu wahai Pak Hakim.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post