Pemilihan paling sengit

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk kepimpinan Pas pada Muktamar ke-57 awal bulan depan diakui oleh pemimpinnya sendiri sebagai pertandingan paling sengit sejak parti tersebut ditubuhkan pada tahun 1956.

Pengerusi Jawatankuasa Pemi­lihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pertandingan ini sengit kerana kesemua calon bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditandingi oleh calon-calon ‘heavy weight’.


Calon Timbalan Presiden ditandingi oleh penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja, Mohamad Sabu manakala bagi jawatan Naib Presiden, ia ditandingi oleh Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Da­tuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengumumkan calon secara rasmi semalam, Abdul Halim menjelaskan, kesemua pemimpin-pemimpin Pas ini mempunyai sokongan tersendiri di peringkat akar umbi dan beliau tidak risau dengan perjalanan pemilihan nanti.

“Sehingga kini hati saya tenang kerana saya tahu semua calon ada sifat dan akhlak yang tersendiri, saya juga tidak bimbang adanya pergeseran walaupun pertandingan kali ini sangat sengit,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan parti pada kali ini turut mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Dewan Ulama tidak ada pertandingan dan barisan kepimpinannya nanti akan diumumkan secara rasmi pada Muktamar nanti.

Pada pemilihan Pas kali ini, dianggarkan seramai 1,100 perwakilan mengundi untuk penggal 2011-2013 pada 3 hingga 5 Jun nanti.


Sinar Harian

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post