Percayakah anda Datuk T diancam bunuh??

Ketika hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur Trio 'Three Stooges' kelihatan seperti Chimpanzee kerana telah memakai jaket kalis peluru ini kerana menurut mereka, mereka telah diancam dengan ugutan bunuh dua minggu yang lalu..

Ugutan bunuh itu sebenarnya tidak lebih dari sebuah cerita rekaan oleh 'Three Stooges' itu untuk mensensasikan cerita rekaan mereka..

Apa yang jelas dalam kejadian sumpah laknat itu.. ialah lagi sekali kita telah diperlihatkan betapa pentingnya 'Three Stooges' ini kepada UMNO/BN sehingga mereka diberikan perlindungan oleh pihak polis sehingga memakaikan mereka dengan jaket kalis peluru untuk menjalankan sumpah laknat itu..


Datuk T diancam

BANGI – Ugutan bunuh yang diterima dua minggu lalu menyebabkan trio Datuk T terpaksa memakai baju kalis peluru ketika hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, ugutan itu bukan sahaja membabitkan beliau dan rakan-rakannya, malahan juga keluarga mereka.

“Saya sendiri terima ugutan, (Datuk Shazryl) Eskay (Abdullah) pun terima Kami juga sudah buat laporan polis,” kata Abdul Rahim.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan di mana laporan itu dibuat, atau bagaimana cara ugutan itu diterima.

Namun katanya, apa yang berlaku sedikit pun tidak menjejaskan semangat mereka untuk membuktikan dakwaan dengan bersumpah laknat di masjid itu, kelmarin.

“Ini soal nyawa, itulah sebabnya kami pakai baju kalis peluru,” katanya.

Mengenai kekecohan semasa sumpah laknat, Abdul Rahim menyifatkannya sebagai tindakan terdesak penyokong PKR untuk menghalang sumpah itu disempurnakan.

“Keadaan seperti itu tidak harus berlaku jika mereka gunakan akal fikiran, bukan taksub kepada pemimpin hingga sanggup membelakangkan kebenaran,” katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau dan rakan-rakannya bukan mahu melakukan sesuatu yang salah, bersumpah di dalam masjid.

“Ini disebabkan sikap fanatik terhadap pemimpin mereka,” katanya selepas menyampaikan ucap tama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan UMNO Bahagian Serdang semalam.

Beliau mewakili dua rakannya turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Masjid Amru Al As kerana memberi keizinan untuk melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat kelmarin.

“Terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga keselamatan kami dan minta maaf atas kekecohan yang ternyata mengejutkan dan di luar kawalan kami,” katanya.


Sinar Harian

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Setan T 3 ekor ni ingat tengah berlakon citer Mission Impossible agaknya?

    ReplyDelete
  2. Alahai....! Sumpah la'nat....... ! Masjid al'Amru Bin Al'As! Caranya tak kena dan tempatnya pun tak kena. Sumpah laknat ni ditujukan kepada Allah swt. Dah tu pakai baju kalis peluru. Kalau disambar petir boleh selamat ke!? Main hentam saja....! Janji boleh cover water-face. Dari mula hingga kini, kantoi semuanya. Dan sekarang, semua stake holders akan terserlah sorang demi sorang. Nak terima Oskar yg dimenangi, kena keluarlah. Kita saksikan nanti bersama, siapa2 di belakang tabir filem ini. Pasti menarik kisah ini. Entah berapa banyak oskar yg berjaya digondol mereka ini. Yg pasti Pakatan Rakyat akan mentadbir Malaysia dari Perdana Putra selepas PRU13. insya'Allah. Allahu Akbar! Merdeka! Reformasi!

    ReplyDelete
  3. RTC anda seharusnya mengeluarkan diri anda dari kelompok ini. Nama anda sudah semakin membaik dengan jawatan dalam Risda. Masyarakat sudah muka menerima anda tetapi dengan episode ini nama anda kembali terheret dalam kancah penghinaan. Peristiwa lampau diungkit kembali rakyat. Sedangkan sebelumnya new generation sudah mula menerima anda. Seharusnya and memperkukuhkan kedudukan dengan mengembalikan nama baik anda dengan cara yang lebih mulia. Bukannya dengan cara yang teramat cetek pengetahuannya. Tidak perlu dikaitkan dengan sumpah kerana suatu hari nanti anda akan menerima balasan diatas segala perbuatan anda yang lampau. Usah diikuti langkah kedua teman yang masih memburu publisiti murahan dan anda sebenarnya dipergunakan oleh kedua rakan anda. Insaf lah,buatlah pengiraan umur kembali. Apakah yang anda kejar didunia ini? Anda sudah dapat merasi segalanya sewaktu menjadi KM dulu. Harusnya waktu yang ada dipergunakan sebaiknya mungkin membersihkan diri dan mengembalikan nama nd di matapelajaran masyarakat. Seandainya jenazah anda diusung dalam waktu terdekat ini,bukannya doa yang baik akan diberikan teman anda tapi cacian. Penerimaan anda waktu itu adalah lain dan bukannya sama sewaktu anda hidup. Ingatlah ramai teman anda didalam Umno amat menyukai keadaan ini supaya anda tidak boleh kembali kedalam Umno. Sujudlah dan kembalilah kepada yang Maha Esa sebelumnya terlambat. Di alam barzakh kita tidak akan berpolitik lagi dengan pencipta kita. Hanya yang diperbuatkan didunia akan dikirakan kembali dan tidak akan ada yang tersilap didalam rekod sepanjang nyawa kita bernafas di dunia ini. Wallahuaklam.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post