Percayakah anda.. Kekal harga barang tiada kaitan dengan Pilihanraya?

Percayakah anda?? Kata Najib "Keputusan tidak menaikkan harga petrol RON 95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dalam waktu terdekat membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang terpaksa ditanggung rakyat walaupun akan terpaksa menanggung subsidi hampir RM20 bilion dan tiada kaitan dengan pilihan raya....


Subsidi: Kekal harga tiada kaitan PRU-13, kata Najib

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keputusan tidak menaikkan harga petrol RON 95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dalam waktu terdekat membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang terpaksa ditanggung rakyat walaupun akan terpaksa menanggung subsidi hampir RM20 bilion dan tiada kaitan dengan pilihan raya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan menanggung beban yang berat itu terpaksa dibuat semata-mata untuk kebajikan rakyat kerana kerajaan hanya mempunyai bajet subsidi minyak sebanyak RM11 bilion tahun ini.

“Ini bererti langkah-langkah susulan atau alternatif perlu diambil kalau harga minyak masih tidak dinaikkan,” katanya di Tokyo semalam selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-17 semalam.

Sambil menafikan ia mempunyai kaitan dengan pilihan raya, bagaimanapun, Najib (gambar) dipetik Utusan Malaysia hari ini berkata, kerajaan hanya berharap rakyat menunjukkan penghargaan mereka ke atas keputusan itu.

“Dari segi pengurusan kewangan makro juga, jumlah subsidi yang begitu besar sebenarnya tidak selari dengan prinsip pentadbiran yang baik tetapi rakyat biasa sukar memahami perkara tersebut,” kata beliau dalam laporan itu.

Berhubung pertanyaan sampai bila harga minyak akan kekal, Perdana Menteri berkata, perkara itu sukar diramalkan kerana tiada siapa yang tahu mengenai perubahan harga minyak tetapi kerajaan akan berusaha lakukan apa yang terbaik untuk rakyat.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata, harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 (RM303) setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kepala hotak hang...ckp x pernah jatuh..perangai mcm kepala b***h..ptuiiihh

    ReplyDelete
  2. Tindakan tidak menaikkan harga minyak hanya berupa langkah sementara kerana Najib akan tetap naikkan selepas PRU. Ini kerana tindakan Najib tidak menaikkannya sekarang ditegur oleh analisis ekonomi sebagai membahayakan kewangan negara. Najib pasti akan ikut cakap analisis ekonomi tu tapi dia juga kena dengar cakap analisis politik, jadi Najib pilih jalan tengah dengan menangguhkan dahulu sehingga selepas PRU.

    Lagi satu kerajaan kata harga minyak akan dikajisemula sekiranya pasaran minyak dunia mencapai US110. Jadi Najib tidak boleh lengah adakan PRU kerana harga minyak tiba2 menjadi faktor penentu tarikh PRU.

    Jadi memang sahlah soal harga minyak mempunyai kaitan dengan PRU. BN menang harga minyak gerenti mesti naik sebab BN dah kata depa tak gerenti harga minyak tak akan naik, BN tak berani kata minyak akan turun walau ada waktu2nya harga minyak dunia turun. Yang gerenti harga minyak akan turun hanyalah PR.

    Ingatlah rakyat semua, di negara2 pengeluar minyak yang peratus kemiskinannya sifar, harga minyak jauh lebih murah dari negara kita yang peratus kemiskinannya 3.6. Di negara2 pengeluar yang peratus kemiskinannya lebih tinggi dari negara kita, pun harga minyaknya jauh lebih murah dari kita. Dimana logiknya harga minyak kita ni mahal? Jangan biarkan kita sentiasa ditipu oleh kerajaan yang menggunakan alasan subsidi untuk menipu rakyat.

    Kita jangan ditipu untuk bersyukur pada Allah diatas anugerah dan rezeki Allah yang hanya dinikmati oleh segolongan manusia yang menyuruh kita bersyukur dengan penipuan mereka.

    ReplyDelete
  3. Kalau....nak komen....komen le secara beretika....janganle carut mencarut......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post