PR naikkan elaun Imam.. BN naikkan harga Minyak..

Dua berita dibawah membuktikan kerajaan mana yang prihatin akan nasib rakyat..

George Town: Kira-kira 800 bilal dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman (gambar dok kipas BBQ) berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.


"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000. -BERNAMA


Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Malaysiakini

19 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. aduiisss.. minyak naik lagi ker,, sakit kepala aku..nak pitam wooo

    ReplyDelete
  2. Baca sejenak..

    Maka, apabila khabar berkenaan minyak petrol diturunkan sehingga RM0.20 seliter. Maka berteriakanlah sebahagian orang dengan kalimat-kalimat,

    1 - “Apa punya kerajaan! Setakat Turun 20 sen baik tak payah. Sekali naik dahla sampai gila-gila. Sekali turun hampeh!”

    2 - “Kedekut punya kerajaan! Ingat kami ni nak sangat ke minyak setakat turun 20 sen tu... Kami tak hairan la...”

    Mungkinkah kalimat seperti yang tersebut dan seumpamanya adalah merupakan bentuk-bentuk kalimat yang lahir dari diri-diri manusia yang tidak mengenal ertinya syukur akan nikmat Tuhan-Nya?

    Apakah kita tidak menyedari bahawa ia datang dan pergi dengan kehendak Allah?

    “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain), biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (an-Nahl, 16: 53-55)

    Dengan yang sedikit mengapa kita tidak mahu bersyukur? Mahukan yang banyak pula?

    “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.” (Ibrahim, 14: 7)

    “Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (an-Nahl, 16: 83)

    Maka, berhati-hatilah kita dalam mengendalikan lisan masing-masing, supaya terhindar dari melafazkan kalimat-kalimat yang mengakibatkan kufur kepada nikmat Allah.

    ReplyDelete
  3. Aku sokong anon 9:09pm, memang ada jenis manusia macam tu..tak tau bersyukur.

    ReplyDelete
  4. adapun negeri-negeri (selain dibawah PR)lain elaun itu lebih tinggi?

    adapun RON97 naik tinggi..bagi
    pengguna biasa (guna ron95)akan terasa bebannya?

    biarlah kenaikan itu...bagi yg mampu(kaya-kereta mewah) guna
    ron 97....maka kerajaan jimatkan
    duit subsidi dan duit boleh guna
    utk lebih yg memerlukan..

    ReplyDelete
  5. Kepada semua anon-anon di atas (tak pasti cerdik ke bangang) bukan masalah tidak bersyukur.. Cuma jadilah manusia yang berakal diberikan oleh Allah. Kita tidak dilahir untuk menerima nasib tanpa berusaha dan berfikir. Dalam isu kenaikan harga minyak ini terdapat beberapa faktor kenaikannya.. faktor politik juga jangan dinafikan.
    Usah mempergunakan ayat-ayat Allah untuk melindungi dan manfikan perbuatan jahat sesuatu kaum atau golongan..
    Jadilah rakyat yang berilmu dan bebas dari konkongan sesiapa sahaja. Usah menjadi pencacai kepada sesiapa sahaja terutama pihak pemerintah kerana ianya lebih hina dan zalim (disebabkan kuasa yang dipegang oleh pemerintah)..

    ReplyDelete
  6. Bukan masalah siapa mampu atau tidak tetapi apakah terdapat wrong governance dalam isu ini.. Jika sesebuah negara, rakyatnya mampu sekali pun tetapi rasuah, kroni dan maksiat berleluasa maka Allah akan menurunkan bala kepada masyarakat itu. Buktinya kaum Nabi Salleh dan Nabi Hud. Mereka kaum yang mewah tapi sebab kemurkaan mereka dan amalan mereka menyalahi agama maka diturunkan bala kepada mereka. Ini yang hendakk kita hindarkan.

    ReplyDelete
  7. Anon 10:47pm dan ASD

    Kau faham ke erti "HINA" dan "ZALIM",engkau seperti burung tiong..begini ceritanya burung tiong yg hanya diajar bunyi "Good morning" oleh tuanya,burung tiong ini akan bunyi "Good Morning" bila di acu oleh tuanya..kalau di acu dipagi hari maka org yg mendengar bunyi "good morning" dari burung tiong itu..org itu akan terkejut dan merasa bangga dgn burung itu dan kehebatan tuannya mengajarnya..tapi kalau bunyi 'good morning" di petang hari maka org yg mendengar bunyi "good morning" akan bangga kerana burung ini pandai berkata2..org itu akan berfikir dan berkata dlm hatinya burung tiong tidak tahu pagi atau petang...dan binatang memang tiada akal..

    Maka diri engkau tak ubah macam burung tiong yg tidak tahu menilai baik dan buruk...hanya tahu berkata "HINA" dan "ZALIM" pada semua perkara yg kerajaan lakukan walau ia baik untuk rakyat dan diri anda.

    ReplyDelete
  8. Nampak gayanya semakin ramai rakyat Malaysia berpotensi untuk jadi gila @ sakit mental. Salah satu punca yang dikenal pasti adalah tekanan hidup! Memang cerdik kerajaan "dacing penipu" menyemarakkan isu video lucah sampai kita jadi alpa dan dalam diam-diam harga RON 97 dinaikkan. Itu belum lagi harga barangan keperluan. Cukai 5% dan cukai perkhidmatan telah pun selamat dinaikkan. Ini dah kira pijak kepala rakyat sampai tahap kritikal ni. Kita nak biarkan je ke?

    ReplyDelete
  9. Moh kita bandingkan harga minyak kita selaku pengeluar minyak dengan harga-harga 10 negara pengeluar minyak yang lain.

    1. United Arab Emirates - $0.37/liter atau RM1.22 seliter

    2.Baharin - $0.27/liter atau RM0.89 seliter

    3.Qatar - $0.22/liter atau RM0.72 seliter

    4.Kuwait - $0.21/liter atau RM0.69 seliter

    5.Libya - $0.14/liter atau RM0.46 seliter

    6. Arab Saudi - $0.12/liter atau RM0.39 seliter

    7. Iran - $0.11/liter atau RM0.36 seliter

    8. Nigeria - $0.10/liter atau RM0.33 seliter

    9. Turkmenistan - $0.08/liter atau $M0.26 seliter

    10. Venezuela - $0.05/liter atau RM0.16 selite

    ReplyDelete
  10. Kuroshugon..

    Ha..ha..nak marah pun tengok isu le kawan..kau pi tunggu sehari di stesen minyak yg ada jual RON95 dan RON97...kau akan tahu golongan mana yg guna RON95 dan yg mana RON97...berapa ramaikah yg suka guna RON95 dan berapa ramai yg guna RON97? baru buat penilaian.

    Buku jingga..

    Mai kita pindah ramai2 pi dok negara2 yg minyak harga murah. Saudara sebelum nak senarai harga murah di negara tertentu..cuma lihat seluruh ekonomi mereka dahulu ..inflasinya..lain2 keperluan asas

    ReplyDelete
  11. salam semua,

    kita bercakap ttg harga minyak Ron97 yer..

    takyah lah nak kaitkan dgn menda2 yg xder kena-mengena dgn minyak..

    cuba ingat kejadian tsunami di Acheh..rakyatnya kuat beriman,tp disbbkan sebahagian yg 'kureng', maka bala turun jgk..

    kadar inflasi M'sia plak, adalah antara tertinggi brbanding negara2 membangun yg lain..

    harga barang2 M'sia pun lebih mahal brbanding negara lain(w/pun setelah tukaran wang)-kereta,rumah,ayam,tambang bas dll..

    tu belum masuk cukai,tol,harga brg kawalan hatta roti gardenia sekalipun,ttp M'sia mahal giler..

    kita brcakap ttg realiti semasa..

    bukan zaman 70an dan awal 80an yg harga brg semuanya murah..

    desakan hidup bg golongan marhaen sekarang semakin terasa..

    apa yg kerajaan amno/bee end sekarang lakukan utk mereka??

    renung2kan lah dan selamat menempuh dugaan..

    ReplyDelete
  12. la heran ada jugak yg duk mempertahan kan Kera jaan yg ada la nie...harga minyak nie kita bercakap adalah barang sedkit drp isu yg terlalu banyak yg telah disalah gunakan oleh Kera2jaan nie....Majoriti rakyat sebenaqnya menderita sekaang nie dgn kadar kewangan yg ada vs kos kehidupan , kadar Jenayah yg makin tinggi, moral anak2 muda yg makin parah, Islam yg makin di tinggallkan walaupun kita bangga dgn nama Negara Islam, Banga Melayu bercakaran sedangkan bangsa2 lain tetap maju kedepan,nilai2 murni bangsa Melayu yg beragama Islam makin terhakis dan di pandang hina oleh bangsa2 lain... kenapa ini berlaku, kenapa ini semua makin merudum dlam kehidupan kita??? sedangkan Allah kurniakan bumi kita ini dgn segala sumber bumi yg terbaik - minyak , kelapa sawit, getah dll, lautan di sekeliling penuh dgn sumber makanan, bentuk mukabumi yg cantik utk kehidupan yg selasa dan baik utk perlancogan dan pelaburan.. dan banyak lagi....

    ReplyDelete
  13. aku ada seorg kawan dia ni penyokong umno yang tegar jugak la. masa nak p memancing segala keperluan asas seperti beras,minyak,dsbnya dia p beli di satu pasaraya besar pasai nak naik bot selama 3 hari. selepas beli brgan tersebut apabila mai keje dia merungut kata barang semua mahai la ni tak mcm thn lps masa dia beli brg. aku diam sambil tersenyum dan kata dlm hati ni la bahana najib menganiaya rakyat wpun penyokong mereka sendiri. AKP ingat bkn semua org2 umno suka dgn keadaan skrg org umno pun dok merungut malah lg teruk. jadi fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  14. Anon 7.43pm

    La..baru hang tahu..ingat penyokong BN dapat murah..sama aje..sepatutnya hang kena tanya kawan hang tu apasal masih jd penyokong tegar BN..

    Merungut tapi masih bersyukur hidup tak meminta.

    ReplyDelete
  15. Maaf..

    Anon 4.43pm

    La..baru hang tahu..ingat penyokong BN dapat murah..sama aje..sepatutnya hang kena tanya kawan hang tu apasal masih jd penyokong tegar BN..

    Merungut tapi masih bersyukur hidup tak meminta.

    ReplyDelete
  16. Anak KG Pertama;

    Pertamanya aku rasa simpati dengan tahap permikiran anda yang nampak sangat anda hanya menerima sesuatu perkara tanpa menoleh untuk memikirkan sebarang perbezaan. Apa yang aku berikan pada komen awal diatas adalah senarai perbezaan harga bagi seliter minyak bagi NEGARA-NEGERA PENGELUAR MINYAK.

    Bila kita bicara tentang pengeluar minyak, secara tepatnya mereka adalah negara peneksport minyak. Dan secara tak langsung mereka menjana keuntungan dalam penjualan minyak tersebut kepada negara lain. Tetapi harga yang dikenakan kepada RAKYAT mereka adalah lebih murah. Ini kerana harga untuk pasaran tempatan didalam negara adalah ditentukan oleh KERAJAAN yang memerintah. Di tangan kerajaanlah sama ada harga itu akan naik atau turun untuk penjualan kepada rakyat.

    Tetapi berbeza dengan kerajaan Malaysia, yang mana mereka berupaya untuk mengurangkan harga untuk jualan tempatan khusus kepada rakyat tetapi mereka tidak lakukan, malah mereka lebih memikirkan kenaikan untuk menjana keuntungan bagi pihak mereka. Sedangkan mereka memperolehi ratusan Billion hasil penjualan minyak keluar.

    jelas disini kerajaan yang ada sekarang adalah satu kerajaan yang gah pada GAYA tetapi RENDAH pada akal permikiran dan daya mentadbir.

    ReplyDelete
  17. ANAK KG PERTAMA BANGANG KE APA?

    KAO PAHAM MAKSUD ANON 10.47 PASAL HINA DAN ZALIM PADA PERENGGAN TERAKHIR. ITU PERINGATAN KEPADA SEMUA UMAT BUKAN UMNO TAPI SEMUA PIHAK. YANG HANG BENGAP SANGAT PASAL APA. TAK BACA KA AYAT TU..

    ADA SESIAPA SETUJU DAN REDHA KALAU ADA SEKELOMPOK MANUSIA YANG MENYOKONG DAN MELUTUT KEPADA PEMIMPIN ZALIM? TANYA BUDAK TADIKA PUN TAK SETUJU. PATUTLAH HANG KENA TENDANG DENGAN ASD..OTAK TAHAP KEPALA LUTUT.

    BANYAK KOMEN DARI PRO UMNO DALAM BLOG NI TAPI TAK TAHAP BANGANG HANG!! BACA BETUL-BETUL BONGOK... BAGI CONTOH PUN TAK KENA DENGAN CERITA..

    ReplyDelete
  18. Anon 8.31pm

    Kalau aku bongok..engkau 100x bongok..Kerajaan ZALIM..engkau baru tiga bulan dalam perut mak engkau dah ada juruawat ambil tahu keadaan engkau..

    ReplyDelete
  19. tkm pp si mansor mmg sesuai mengipas bbq dan korang punya khalifah guan eng....kipas jgn tak kipas

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post