RM20 Juta tak dapat.. Eskay akan berbohong lagi...

Semalam Eskay yang merupakan sahabat Rahim Thamby Chick dan juga Shiub dari PERKASA telah menyerlahkan sifat munafik yang berada didalam dirinya kepada semua..

Sifat munafiknya itu jelas bila beliau berkata “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya” yang menafikan sumpah laknat yang telah dilakukannya jumaat lalu.. – bacalah di SINI

Satu kenyataan yang membuatkan ramai blogger-blogger Pro-UMNO dan juga pencacai-pencacai UMNO mati kutu..


Hari ini pula The Malaysian Insider telah melaporkan bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan “komisen” bagi mendapatkan projek “Jambatan Bengkok”, 13 tahun lalu. – The Malaysian Insider

Ada orang kata inilah punca utama Eskay menyerang Anwar kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi bagi pihaknya dalam kes tuntutan ini..

Mahu dedah lagi salah laku Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan mendedahkan beberapa lagi salah laku lebih besar membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik polis mendedahkan pelaku sebenar dalam video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Malah, Shazryl Eskay turut mengesahkan rakaman video berkenaan yang diterimanya sebelum dipertontonkan kepada media dirakam di Malaysia, bukannya di Thailand seperti digembar-gemburkan berikutan tersebar beberapa bahagian di laman YouTube menggunakan tulisan Thai.

“Saya hanya akan dedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar sebaik polis mengesahkan kepada masyarakat siapa pelaku sebenarnya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan video seks itu. “Kita tunggu dan lihat.. saya percaya kebenaran akan muncul selepas ini. Siapa dalam video terbabit juga akan terungkai,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong, di sini, semalam.

Trio Datuk T iaitu Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dipanggil memberi keterangan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu ketika sumpah laknat dilakukan.

Shazryl Eskay yang tiba kira-kira jam 11 sebelum meninggalkan pekarangan itu tiga jam kemudian. Bagaimanapun, dua lagi Datuk T turut memberi keterangan di balai polis berlainan.

Jumaat lalu, Shazryl Eskay ditemani Rahim dan Shuib membuat sumpah laknat di masjid Amru Al-As bagi membuktikan kebenaran berhubung isu video seks yang didedahkan mereka.

Ketika ditanya sekiranya polis tidak mendedahkan pelaku dalam video terbabit, adakah pendedahan konspirasi itu akan dilakukan, Shazryl menjawab, segala-galanya bergantung kepada keadaan.

“Saya tahu semua orang marah selepas kami mendedahkan video seks berkenaan sehingga ramai pihak menyuruh saya membuat sumpah laknat bagi membuktikan kebenaran terhadap apa yang saya buat.

“Saya sudah buktikan... perlu faham, saya tidak tuduh Anwar berzina, sebaliknya hanya menunjukkan video berkenaan kepada kumpulan media supaya menyaksikan sendiri siapa pelaku dalam video berkenaan,” katanya.

Turut ditanya sama ada beliau adalah pembekal wanita kepada Anwar Ibrahim berikutan dirinya turut berada dalam video berkenaan, Shazryl Eskay enggan mengulas lanjut berikutan siasatan polis sedang berjalan.

Sementara itu, Rahim ketika dihubungi mengesahkan turut memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di masjid Jumaat lalu, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis yang dibuat.

“Cukuplah hanya memaklumkan saya turut membuat laporan polis pada hari ini,” katanya.


Berita Harian

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Itulah yang sebenarnya...si SK ni dah kena main, patutlah dia sanggup buat video lucah tu rupanya inilah motif perbuatan dia. Sekarang baru dia tau dia dah kena main oleh Datuk T yang dua ekor tu dan Datuk T tu pun dah kena main dengan UMNO. PADAN MUKA KAU...satu demi satu laknat Allah datang keatas sumpah laknat dia. Main2lah dengan sumpah!

    ReplyDelete
  2. Dak aih,,, sapa kata anwar zina. Anwar cuma tindih ja pompuan cina tu.

    ReplyDelete
  3. Sama gak dengan solat hajat... puak pakatan banyak sangat buat solat hajat, lagi banyak lagi bagus. allah dah tunjuk 1 demi 1.. Mula2 liwat 98, liwat 2010, yang ni kena plak pasal melewat perempuan plak. Pentunjuk allah tu. Suruh anwar buat sumpah laknat nafi plak la. Baru betul...

    ReplyDelete
  4. Aku bersumpah tidak akan main sumpah2 lagi, kenyataan aku pun dah berbelit belit putar alam yang depan kebelakang , bawah atas , kenyataan jambatan bengkok masuk kenyataan video seks, eeeeeh,,,,,, aku sudah lupa lah, ...... Apa trio T, puterajaya, video lucah, mydin jambatan bengkok, kerita kena tarik, supercorridor, masuk tender, ah talak tiga, beli beras....apa benda qazaf, yuran sekolah belum bayar, potong ayam potong itek. Terseksa lah batin aku kerana sumpah...

    ReplyDelete
  5. SEMUA ORG2 PAKAI SENJATA TAWAR MENAWARMay 5, 2011 at 2:34 PM

    Blog2 Pro-umPorno lain semuanya dh 'jump to the conclution' bahawa DS Anwar yg 'bersama' perempuan tu... Skrg SK dah cakap lain...'Saya tak ckp pon yg DS Anwar berzina dgn pompuan tu dlm video tu" ....
    Dia tengah main tawar menawar dgn pemimpin umporno tu. Kalau tak dpt dr jambatan yg telah bengkok tu, mungkin dpt komisyen dr umporno pulak kot...
    Semua org dalam negara kita ni, terutama org2 Cina sentiasa gunakan SENJATA TAWAR MENAWAR... Hanya org2 Melayu aje yg TAK PANDAI TAWAR MENAWAR, SBB ITU ORG2 MELAYU PALING RUGI...

    ReplyDelete
  6. ANON 2.11... YANG JANGAN JADI BAGHAL dalam berikan komen.. Nampak kebaghalan anda semakin terselah.. liwat 98..liwat 2010 tu jelas menampakkan konspirasi.. bukti tak kukuh dan boleh dipertikaikan. Flow mememang jelas pihak berkuasa terlibat. sememangnya ianya adalah ketentuan Allah iaitu ketentuan yang Allah yang membenarkan golongan musyrik sedang melakukan fitnah jahat terhadap seseorang dan ianya menjadi cobaan imam kepada pihak yang dituduh.

    Jika Tuhan hendakkan kejadian itu semua tiada perkara kejahatan sudah tentu zaman Rasullah semua orang kafir dan musyik dihapuskan.. Jadi tak susah payah Rasullah berdakwah dan berhijrah..

    Harap sebaghal anon 2.11 berdoa supaya dia menjadi cerdik..

    wasallam

    ReplyDelete
  7. qasa qasa dh tau dah sapa pelakun dlm video seks tu, polis pun dh tau sapa dia sbb tu eskay bg amaran spy jgn dedahkan pelakun sebenaq..... kantoi lg eskay....

    ReplyDelete
  8. PDRM pun buat kerja sia-sia angkara si Eskay yang mempermainkan agama Islam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post