RON95 disemak bulan depan.. cakap sajalah Naik..

Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.


"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.


Bernama

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nak cakap naik pun tak berani? Jadah apa punya menteri ni?

    ReplyDelete
  2. win win malaysiansMay 17, 2011 at 9:16 PM

    Disitulah rakyat mahrin yg cerdik nampak sibenggap menteri ternakan umno ni nak kelentong rakyat kampong,apakah kerana nak ambil posisi si sodol ini sanggup memperbodohkan rakyat kerana nak selamat poket kroni2 yg diasuh umno utk jadi pelacur GST,rakyat mudah diputarbelit berkali2 bila ada pilihanraya oleh umnogod,kenapalah kera kera jaaaaan mengunakan modal penipu utk membentuk kuasa zalim pada rakyat sendiri,sedangkan rakyatlah menolak mereka(menteri) kepuncak kesenangan,so bersimpatilah keresahan rakyat utk kesejahteraan hidup ini bersama.....

    ReplyDelete
  3. kerajaan dan takdok duit la tu, pilihanraya pun dah semakin jauh la nampaknya...

    ReplyDelete
  4. Memang rakyat marah dengan apa jua kenaikan harga barangan, apalagi sekarang ini kenaikan berlaku terlalu acap satu demi satu, yang pastinya menimbulkan kebimbangan kepada rakyat. Tapi kemarahan rakyat itu akan reda apabila rakyat menerima rasional yang kenaikan harga barangan sudah jadi satu senario global. Rakyat sebenarnya bukanlah tidak rasional bila mereka menyuarakan kemarahan dengan apa jua kenaikan harga, tapi yang menyebabkan rakyat marah sangat ialah apabila setiap kali berlaku kenaikan harga setiap kali jugalah PM, menteri2 dan pegawai2 kerajaan mengeluarkan kenyataan2 yang bodoh yang menampakkan kerajaan kelihatan tidak bijak dalam menangani tindakannya.

    Atau sememangnya kerajaan ini ketandusan pemimpin2 yang berjiwa rakyat?

    ReplyDelete
  5. gua yakin minyak akan diturunkn sbb PRU coming soon ,harge minyak semasa drop.......ini strategi maaa....nk kasi panas kedian baru aircond.....yg tarak otak akan kata inilah kerajaan yg prihatin....hrap PR bole take action bila keadaan ini berlaku supaya pengundi x U turn kpd BN....

    pemuda sek 18

    ReplyDelete
  6. UMNO BN need money for to finance GE13. No money how to buy votes.

    Malaysia is a nett exporter of oil. So if oil prices escalate world wide, Malaysia end up making more money.

    Apa pulak kena kurangkan subsidi???

    ReplyDelete
  7. kerajaan yg tak berwibawa krn tak dpt atasi kenaikan harga brg, mcm mana nak atasi, dah tak tau nak perintah, asyik tukar portfolio saja, p mai p mai tang tu juga, org yg sama, mcm depa tau semua, cuba tgk dulu hishamudin menteri pelajaran la ni men. dlm negeri ada ape2 perubahan,begitu juga dgn menteri2 yg lain, tak dak apa pun, ckp saja lebih sbb nak bagi org pecaya..apa pun tadak....

    benci umno..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post