
Ini menurut Firma tersebut adalah kerana peningkatan subsidi sehingga tiga kali ganda yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan UMNO/BN berikutan konflik yang melanda negara-negara di Timur Tengah dan juga Afrika Utara..
AmResearch menganggarkan kerajaan UMNO/BN menanggung subsidi pada kadar 90sen seliter sekarang berbanding 30sen pada ketika minyak mentah berharga US$79 pada tahun lalu sebelum ianya meningkat sehingga menjadi US$99 satu barrel tahun ini.
Hmm.. Baguslah tu.. pencacai UMNO tentu gembira dengan kenyataan dari AmResearch tu..
Cuma yang menghairankan aku ialah mengapa hanya Malaysia yang menerima implikasi dari pergolakan di Timur Tengah dan Utara Afrika itu.. sedangkan Negara-negara jiran tidak menerimanya?
Lagi satu.. kenapa pula AmResearch tidak menyatakan bahawa harga minyak mentah dunia sekarang ini sedang turun?
AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch.
Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.
Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.
AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.
“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.
Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.
“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.
Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.
Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.
The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.
Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.
The Malaysian Insider
Jom kita bezakan Malaysia dengan negara pengeluar minyak contohnya seperti Venezuela yang mengeluarkan 2.4 billion tong sehari iaitu 4 kali ganda dari Malaysia tetapi 37% rakyatnya masih hidup dibawah paras kemiskinan.
ReplyDeleteMalaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.
rakyat : 28,728,607 (July 2011 est.)
peratus kemiskinan : 3.6% (2007 est.)=> (1juta)
Production : 693,700 bbl/day (2009 est.)
Consume : 536,000 bbl/day (2009 est.)
Export : 511,900 bbl/day (2007 est.)
Import : 314,600 bbl/day (2007 est.)
======================================
Qatar
...Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.
rakyat : 848,016 (July 2011 est.)
peratus kemiskinan : n/a
OIL
Production : 1.213 million bbl/day (2009 est.)
Consume : 142,000 bbl/day (2009 est.)
Export : 753,000 bbl/day (2008 est.)
Import : 0
========================================
Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.
rakyat : 3,027,959 (July 2011 est.)
peratus kemiskinan : n/a
OIL
Production : 816,000 bbl/day (2009 est.)
Consume : 84,000 bbl/day (2009 est.)
Export : 593,700 bbl/day (2008 est.)
Import : 17,290 bbl/day (2007 est.)
========================================
Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.
rakyat : 82,079,636 (July 2011 est.)
peratus kemiskinan : 20% (2005 est.) => (16.5 juta)
OIL
Production : 680,500 bbl/day (2009 est.)
Consume : 683,000 bbl/day (2009 est.)
Export : 89,300 bbl/day (2009 est.)
Import : 48,450 bbl/day (2009 est.)
=================================================
Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..
rakyat : 77,891,220 (July 2011 est.)
peratus kemiskinan : 18% (2007 est.)=(14 juta)
OIL
Production : 4.172 million bbl/day (2009 est.)
Consume : 1.809 million bbl/day (2009 est.)
Export : 2.4 million bbl/day (2010 est.)
Import : 168,000 bbl/day (2009 est.)
===========================
Sumber dari blog
OK macamana? nak mana satu negara pilih la yg anda suka...kita pindah ramai2..minyak murah maaaa...
Seingat2 saya negara2 ni tak kenakan subsidi kepada minyak yang dipasarkan. kenapa boleh letak harga jauh lebeh murah, ada kah malaysia mengunakan plant penapis minyak yang tidak efisen atau minyak yang diperdagangkan terpaksa melalui syarikat tengah kepunyaan amno yang meletak profit margin yang tinggi...another projek mendahulukan beban kepada rakyat.
ReplyDeleteXpe, naik ke 1 liter rm10 pun xpe tapi jangan marah bila rakyat naik minyak :)
ReplyDeleteBukan saja harga minyak menjadi persoalan, malah kualiti minyak juga menjadi persoalan.
Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis
.
slm..negara2 kat ats 2 ada x yg kalo kita pindah kesitu,kita x boleh mati tuan?
ReplyDeleteklu ada bak tiket 10..
ReplyDeletekita syukur jela dgn apa yg ada tuan,mana ada org yg betul n salah,standard kita ni sama je..sumenya salah.sumenya munafiq,sumenya hipokrit.standard akhir zaman kan.siang iman mlm kufur,mlm iman siang kufur.tuan pencipta tegakkan langit tak payah tiang,xkan susah sgt Dia nak bg kita mkn..insyaallah xjd ape kt kita pasal minyak 2..insyaallah..harga rokok naik melambung pun kita steady je survive je smpai skrg.x jadi hal la..insyaallah
ReplyDeletehanya minyak saja dpt menaikkan harta negara,naik harga minyak maka naiklah harta negara bermakna naiklah harta UMNOBROK2 yg lapar semenjak PR memerintah 5negeri 2008,pasti rakyat akan terajang BN yg selama ini telah banyak beri pengagihan harta rakyat pada kroni2 utk terus kekal,PESAN WAA PADA RAKYAT2 UNDILAH BARISAN NAZIONAL UTK TERUSKAN GENERASI KITA MENAMBAH HUTANG UTK HIDUP LEBIH BERGAYA MENCAPAI 2020......
ReplyDeletepastikan BN tumbang pada PTU ke 13 ni,meskipun mrk mendaftarkan rakyat asing sbg rakyat m;sia tp perangan Allah lebih hebay lg, selg penjangak negara memerintah selagi itu segala2 nya terkeluar dari landasan keredhaan Allah.
ReplyDelete1soalan kepada Anak Kg Pertama, di bawah paras pendapatan berapakah keluarga itu boleh dikategorikan sebagai miskin? Peratusan 3.6 tu dalam kategori mana, miskin tegar ke? Ko kata sumber dari blog, blog mana? Minta maaf cerita, aku agak sensitif sikit pasal bab kemiskinan ni.
ReplyDeleteAmboi sedapnya AKP kelentong bodoh mentang2 semalam aku tak leh pos komen pasal Blogger Is Unavailable berlaku lagi....
ReplyDeleteMemang betul bangap lah kau ni AKP, kau ambil bulat2 dari blog bodoh tu tapi kau tak nampak ke apa yang kau papar tu makan diri kau balik?
1) Negara2 yang sifar kemiskinan lebih murah minyaknya dari negara kita yang ada peratus kemiskinan. Mana logiknya minyak kita lebih mahal patutnya lebih murah?
2) Negara2 yang peratus kemiskinan lebih teruk dari Malaysia pun harga minyaknya jauh lebih murah dari kita. Mana logiknya minyak kita lebih mahal patutnya lebih murah?
AKP kan aku dah cakap orang yang suka meniru jawapan orang waktu peperiksaan, jawapan salah pun kau tiru....bodoh, kecik2 taknak mampos dah besar nyusahkan orang.
Kau nie kena balik belajar dari tadika sehingga ke Univesity..lps tu baru kau faham apa aku dedahkan..lagi satu time masuk U tu ambil bidang ekonomi..OK..
ReplyDeleteaku tak tau nak cakap camner kt mamat AKP nie..ape bengap sgt pale hotak ko nie..?dariape yang ko post tu pun ko dah nampak sgt beza harga minyak dan paras kemiskinan negara kita ngan negara luar..konon nya ko nak bgtau org negara luar tu minyak murah tap rakyat ramai yang miskin lah?woi AKP bahalol..aku rasa ko yang kene belajo amik ekonomi nie..sbb banggang sgt ko nie..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!