Sampai ke Masjid pun diedar Video Lucah?

KUALA LANGAT 14 MEI : Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab meletakkan rakaman video seks fitnah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangakang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al- Hidayah, Telok Panglima Garang.

Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata tindakan tidak bertamadun itu bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah dikalangan rakyat Malaysia.

Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir menjelaskan video tersebut dijumpai pada Ahad lepas bersamaan 8 Mei lalu semasa para jemaah masjid sedang menjamu selera selepas mendengar kuliah subuh dimasjid itu.


Rahman menyatakan rasa kesalnya apabila pihak yang bertanggungjawab tidak mampu membezakan antara kesucian agama dengan politik jahat, membuka keaiban individu lain.

Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.

"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.

"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.

Eskay bertindak membuat sumpah laknat apabila pelbagai pihak meragui pendedahan yang dilakukannya bersama bekas menteri besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Sumpah laknat ini dikritik pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harunsani Zakaria.

Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.

Beberapa laporan polis telah dibuat pimpinan Pakatan Rakyat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

TVS News

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD,

    Sejak 2,3 hari blog2 semua bila nak post komen tak leh masuk, keluar "blogger is unavailable". Ni habis pos2 yang terpadam komen2 tinggal kosong aje. Kau tak perasan ke? Dasyat ni kali nape?

    ReplyDelete
  2. ASD,

    Blog kau paling teruk kena serang sampai habis tinggal kosong semua komen2 terdahulu???

    ReplyDelete
  3. salam..agak2 kalo pas pkr dap dpt putrajaya islam tertegak tak?tak pasti?kat kelantan masjid penuh tak time solat fardu?same je mcm kat selangor? jadi jgnla kita sia2 kan akidah kita dgn meletakkan keyakinan kita kat makhluk..baik sape pun menang kita tetap bising,sbbnya makluk tak boleh bahgiakan makhluk..jgn sesekali letakkn yakin terhadap makhluk.makhluk ikut manepun akn kecewakn makhluk..makhluk sifatnya kan lemah?dgn kuasa islam tertegak?masjid kelantan penuh?selain dari allah yg lain semuanya makhluk termasuklah kuasa..yakin dengan kuasa?....masjid kelantan penuh?slm n wallahuaklam.

    ReplyDelete
  4. nabi dulu tegakkan islam degan keyakinan kat allah (iman).askar dia sikit pun dia lawan.dia lawan sebab dia tak bergantung kat logik,dia bergantung kat allah..kalo bergantung kat allah apa je yg ada dgn kuasa smpai tingkah laku kita seolah2 yakin yg islam tertegak atas kuasa? apetah lagi pkr dan dap?dap 2 sape?makhluk semata2 tuan.....jgnla kita gadaikan akidah kita dgn letakkan keyakinan kita ats makhluk,yg langsung tak boleh bg mudarat atau munafaat kat kita..slm

    ReplyDelete
  5. Helo Anon Kalau,

    Aku dah cakap jangan suka main kalau2...KALAU kau nak tau jawapannya kau tentukan PKR PAS DAP dapat Putrajaya dulu baru lah tau. Kau ni tak habis2 dengan ANDAIAN tu pasal kau terperangkap dalam UMNO yang melekakkan kau dengan cara menakut dan menggertak rakyat. Kau lupa bila kau dalam ketakutan UMNO boleh buat apa saja ikut kemaluan mereka mengambil kesempatan untuk segala peluang yang menguntungkan diri masing2. Cukup2lah kita ditakutkan oleh makhluk UMNO, KALAU kau percaya dan yakin pada apa yang kau kata tentang MAKHLUK, UMNO tu jenis makhluk lah tu. Kenapa kau percaya pada makhluk UMNO, tapi kau suruh orang jangan percaya pada makhluk? Apa pada kau KALAU UMNO tu bukan makhluk, adakah pada kau UMNO tu tuhan?

    ReplyDelete
  6. masyallah tuan 2 2 pehak saya x sokong tuan..ikot tuanlah..2 2 pehak 2 makhluk,kalau xmakan 3 hari dorang akn mati....

    ReplyDelete
  7. Bila gajah sama gajah berperang, kita rakyatlah yang mati ditengah- tengah. Ni baru perang dengan kata-kata belum lagi perang dengan senjata. KALAU perang dengan senjata, menang kalah belum tentu, tapi mati beribu-ribu-ribu dahulu. KALAU berlaku perang saudara di Malaysia, Melayu bunuh Melayu, Cina, India. Cina bunuh Cina, Melayu, India. India bunuh India, Melayu, Cina. Bila ada perang, tentu ada pelarian, bila ada pelarian, barulah kita tau kenapa kita mesti hidup sebagai satu bangsa Malaysia (bukan 1Malaysia) bila Negara Cina, India dan Indonesia dan seluruh masyarakat antarabangsa akan kata kita adalah pelarian Malaysia, bukan pelarian Melayu, Cina atau India. Waktu tu Melayu UMNO pun tak akan berani kata mereka Melayu, mereka akan telan perkataan Melayu dan akan mengaku yang mereka orang pelarian Malaysia. Kalau masih ada yang ngaku Melayu, mereka akan dibiarkan hanyut dan carilah sendiri kat mana tempat yang boleh terima pelarian Melayu. Kat Indonesia? sorilah Melayu Indonesia pun memang dah lama tunggu nak GANYANG Melayu Malaysia.

    ReplyDelete
  8. INSYAALLAH kita diberi ALLAH akalfikiran dan dayausha bagi mencapai cita2 kita untok menegakkan islam apabila menguasai putrajaya dengan niat iklas kerana ALLAH selebihnya serah kepada ALLAHSWT,
    tentang jemaah memenuhi masjid dikelantan atau tidak, kita berkeyakinan yang tidak memenuhi masjid itu adalah dari penyokong parti pembangkang yang hanya ingin memperbanyakkan masjid tapi tak mahu mengimarahkan masjid dengan program kuliah untok memberi ilmu pengetahuan islam yang sempurna kepada penduduk keriah.
    dalam demokerasi siapa yang mendapat mujoriti penyokong dialah yang jadi pemerintah,malangnya selaku orang melayu islam yang menjadi penduduk mujoruti negara ini menolak islam sebagai dasar pemerentahan kerana pada adatnya islam memang boleh merintah negara ini.
    kita tidak boleh menyerahkan takdir kepada ALLAHSWT semata2 kerana ALLAHSWT telah menganugerahkan akal pikiran dan diturunkan kepada kita quran dan seorang rasul untok dijadikan ikutan oleh itu marilah kita kembali kepada apa yang diperintakan ALLAHSWT kepada kita
    WALLAHAALAM.

    ReplyDelete
  9. slm...nabi dulu xda kuasa pun dia tetap buat usaha atas iman n islam seikh..bukan kuasa yg buat iman n islam tegak,sbb 2 nabi x tggu n x cari kuasa dulu baru nk tegakkan islam.allah yg buat islam tegak,mtk la kat allah,yakin la kt allah,buat mcm nabi..jgn sandarkan agama kat makhluk sheihhhhh......jgn seikh.....jgn sheikh.......sekian lah saja.byk ckp t byk pulak slhnya.slm n wallahuaklam.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya 3T tu tidak boleh jadi saksi le ye kerana semuanya ada rekod jahat.
    Tentang melayu, kuasa dan apa-apa lagi yang dirapu oleh pencacai umno tu, belajarlah sirah nabi kalau ustaz umno tak reti sirah belajarlah dangan ustaz PAS, fahami, hayati dan cuba amalkan kongklusi dari sirah nabi tu,
    Jika dah faham tidak timbul dakwah tanpa kuasa, berpegang kepada Allah dan sbgnya, kerana semuanya dilalui oleh Rasullah
    Mengapa Islam itu dikata syumul bukannya agama lain walaupun diturunkan oleh Allah kerana Rasullah telah mengimplimenkan kandungan Alquran yang di dalamnya ada dakwah, pemerintahan, kehidupan dan sebagainya hatta berperang sekali pun.
    Ingatlah walaupun Islam tapi ada berbagai-bagai golongan didalamnya dan yang paling bahaya ialah golongan munafik, yang luarannya nampak islam tapi dalamnya ....
    Rasullah berdakwah untuk iman, berperang untuk menghapuskan kebatilan, menjadi pemerintah untuk menegakan hukum Islam dsbnya komplit la tu. Itulah perjalanan hidup rasullah dan sahabatnya
    Kerana jahil sirahlah maka timbulnya komen-komen golongan umno dan sewaktunya yang memberi komen dalam blog ni.
    Kalau amal makruf mesti ada nahi mungkar barulah betul, ada jahat ada baik ada baru betul kalau tidak pondan namanya. Perjuang tentu ada penentangan , kesusahan dan hatta kehilangan nyawa itulah Sunnah Allah dan kalau perjuangan itu tiada ranjau dan penentangan, sah perjuangan itu tak betul.
    Belajarlah Sirah Rasullah barulah tidak jahil.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post