Sudah sudahlah fitnah suami saya - Wan Azizah

KLANG - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengaku tidak sanggup lagi berhadapan dengan fitnah yang menimpa suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Katanya, beliau tidak sanggup lagi menahan tekanan ekoran pelbagai tohmahan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar sehingga menyebabkan anak-anaknya juga terpaksa menanggung derita.

“Sudah, sudahlah memfitnah suami saya. Kami sekeluarga cukup terseksa dengan apa yang berlaku. Sudah sekian lama ia berlarutan hingga satu persatu dugaan muncul. Dari anak-anak kecil hinggalah besar.


“Walau apa sekalipun, kami tetap terima sebagai ujian Allah. Memang saya berasa sungguh sedih. Kalau hendak attack (serang), janganlah attack saya atau anak-anak. Sebaliknya lawan melalui isu, bukan menyerang secara peribadi.

“Apapun berlaku kita sebagai wanita dan isteri tetap kena bela suami. Ia satu pahala yang sangat besar ganjarannya. Bila kita difitnah, kita dapat pahala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan raya Parlimen Kapar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di pekarangan kediaman Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri.

Mengulas kenyataan seorang bekas pemimpin PKR yang memintanya meminta cerai daripada Anwar, Dr Wan Azizah berkata, individu itu tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Memang saya rasa sedih dan sebak tetapi kenapa saya nak bersedih pasal kenyataan orang lain. Anwar suami saya. Saya lebih kenal dia siapa kerana kami telah hidup bersama berpuluh tahun lamanya,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, Anwar tidak melayan desakan pelbagai pihak agar bersumpah laknat berhubung dakwaan mengaitkannya dengan video aksi seks yang didedahkan trio Datuk T kerana tidak ada kena mengenai dengan isu tersebut.

“Ini politik pihak lawan untuk menjatuhkan suami saya. Sudah terang lagi bersuluh, enam tahun dia dalam penjara, makan pun tidak cukup takkan keluar penjara perut dia boroi seperti dalam video klip yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya tahu itu bukan Anwar,” tegasnya.


Sinar Harian

20 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau sayalah "azizah", dah lama saya ajak "anuar" lari ke dunia asing, azab sungguh rasanya. Saya kagum dengan semangat & ketabahan Datin Sri mengharungi segala fitnah & semangat juang Dato' Sri.
    Ya, Allah engkau rahmatilah mereka dan keluarga mereka. Amin

    ReplyDelete
  2. noname,

    UMNO seronok tengok Azizah menjadi isteri yang derita, itulah manusia UMNO yang kalau tak dapat pulas tengkuk suami pulas tangan isteri dan pulas telinga anak (Konsep Ahlong UMNO). Yang UMNO nak tengok sangat ialah Azizah tak tahan dengan penderitaan itu dan menentang suaminya. Azizah boleh dapat duit juta2 dari UMNO kalau dia mahu asal saja dia ikut kehendak UMNO, namun Azizah bukan macam Zulbabwe dan katak2 Pakatan yang lain, Azizah tetap bersama suami dia, walau dalam keadaan apa pun, senang atau susah. Azizah bukan macam isteri2 orang2 UMNO yang akan tuntut cerai dari suami2 mereka yang kaya raya dan bila bercerai hidup jadi janda kaya raya dengan wang tuntutan cerai yang suami2 mereka dapat dengan menipu duit rakyat. Orang2 UMNO memang tak kisah kalau isteri nak minta cerai lagi baik diaorang suka jadi duda pastu cari artis2 glamor buat isteri baru.

    ReplyDelete
  3. Bangga dengan Datin seri Azizah yang tabah menempuh dugaan yang amat hebat...Pemimpin umno sememang tak de hati perut sanggup fitnah orang islam...dimana nak letak perjuangan kononnya pejuang agama,bangsa dan negara????

    Umno terang-terang memalukan orang islam,melayu...

    Dibuangnya MARUAH orang islam,melayu..

    ReplyDelete
  4. panjang said
    lepas susah akan timbul senang.. insyaallah dah x lama..
    Ya, Allah engkau rahmatilah mereka dan keluarga mereka yang telah dizalimi. Amin

    ReplyDelete
  5. What you did, you get back..simple as that..kalau la DSAI difitnah, Azizah dianiaya, berdoa la minta kebenaran dan minta ditunjuk jalan yang benar, sesungguhnya doa orang yang teraniaya amat lah makbul...tapi kenapa lah bila sentuh balasan, yang salah tak dapat balasan? Dan kalau la benar dimana kebenaran nya? Korang kata ni salah Umno, tu salah Umno semua konspirasi, tudh DSAI itu ini la, aniaya la, jatuhkan la, tapi apa buktinya? Cakap je tapi bukti? Kalau Dato eskay yang tunjukkan video dan disertai sumpah korang mempersoalkan tapi DSAI hanya bermodalkan air liur dan tuduh ni konspirasi so atas bukti apa? Bila ada bukti, takleh diterima lah, sumpah dipersoalkan la, tapi hanya dengan menafikan dengan air liur je korang leh terima lak? Kalau kita ni tegakkan pada keadilan mengikut agama islam, maka jangan berpihak pada sesapa tapi cari kebenaran...jangan menghetam pada yang menuduh dan melindungi pada yang tertuduh tanpa bebetul ikut cara dan hukuman yang betul...Dato T sebarkan tuduhan video, Umno yang dituduh, eh boleh pulak tuduh? Dato T sebarkan tuduhan video, kitaorang nak kan kebenaran, korang cakap kitaorang menuduh, eh takleh lak? Simple berani kerana benar, takut kerana salah...korang selalu cakap Umno bayar orang itu la orang ini lah untuk jatuhkan DSAI, eh itu tuduhan tu tanpa bukti, boleh lak tuduh? Bila DSAI kena itu ini, korang ckap dia kena fitnah, sabotaj, watever sekalipun sebab apa yang korang nampak DSAI tak salah, penah pikir,kaji,cari betul ke DSAI tak salah? Kenapa tak saman je umi? Umi dibayar? Bukti? jangan tuduh je, korang pun tau dosa kan menuduh...berani kerana benar, takut kerana salah...apa sangat la duit berjuta2 ke bermillion ke yang dibayar untuk meletakkan diri dalam hinaan dan pandangan rendah masyarakat yang korang fikir ada orang sanggup lakukan?korang sanggup ke dibayar bermillion untuk jadikan diri mengaku diliwat DS Najib? Gi la try tawar diri...

    ReplyDelete
  6. helo adib,

    Yang kau cakap ni semua bukan air liur ke? hah? air liur basi lak lagi tau?

    ReplyDelete
  7. Kepada Adib.

    Anda sebenarnya tidak berfikiran matang dan mudah terbawa2 dengan hasutan luar. selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukum yang Anwar bersalah selagi itu anda tak boleh bersangka buruk dan menetapkan kesalahan pada dia.. Dia dituduh dan diaibkan sewenangnya. Dan disekeliling dia ada orang2 yang percaya dan tidak percaya. Orang yang berniat jahat dan menyimpan dendam terhadap dia sudah tentulah membuta-tuli menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada Datok T sebab dengan jatuhnya Anwar maka laluan mereka akan lebih mudah. Penyelewengan kerajaan tidak lagi ada orang lain yg berani nak bongkarkan. Lihat je bagaimana Najib mengurus negara dengan tiada majoriti dua pertiga. Kerajaan tiada lagi kuasa nak pertahankan kerja jahat merompak duit rakyat terus-terusan. Sebab itu Anwar mesti dihapurkan dari politik Malaysia. Secara logiknya, tidak mungkin Anwar ada masa nak berperilaku seperti pemimpin2 UMNO lain. Hari2 beliau adalah ebrsama rakyat dan keluarga.. mana mungkin dia ada masa nak mencari perempuan sundal. Dia public figura, kemana sahaja wartawan akan ikut. Logiknya walau siang atau malam akan ada sahaja orang memerhatikan. Pengakuan datok T hanyalah bagi menruskan tindakan mengaibkan Anwar. Kalau dah serah bukti kepada Polis biarlah polis dan mahkamah yang siasat, tidak perlu nak bersumpah2. Dan orang kenal siasa Dato Eskay dan Dato Rahim. Dato rahim sudah tentunya masih berdendam dengan Anwar yang menyebabkan dia berundur dari Pemuda UMNO selepas menyundal anak dara orang. semua orang tahu cerita tu. Cuma Adib je yg mungkin baru keluar dari kelengkang mak dia dan tak tahu apa2 tapi bercakap macam pandai. TOlong beritahu ulama mana yang mengatakan boleh aibkan orang sesuka hati? ulama mana yg katakan boleh bersumpah dengan Al Quran di dalam Masjid kata orang itu telah berzina. Sumpah hanya boleh dibuat di hadapan hakim dalam mahkamah. Sumpah dato T tak boleh pakai dan boleh dipertikaikan. Sebagai orang yg berpegang kuat pada agama, Anwar sentiasa merujuk kepada para Ulama dalam dan luar negara atas apa juga tindakan beliau. Ust Yusuf Qardawi juga tidak mahu Anwar bersumpah kenapa pulak dia nak ikut kata UMNO yg telah memecat dia.
    Najib tak akan duduk senang selagi Anwar masih jadi Ketua Pembangkang. selagi Anwar ada selagi tu BN tak boleh teruskan niat jahat nak memperbodohkan dan merompak harta rakyat.

    ReplyDelete
  8. Buat Adib..

    Eskay memang bersumpah dan dalam sumpahnya dimengatakan pelaku aksi seks itu adalah Anwar.. tapi kemudiannya pula dia menafikan dia menuduh Anwar.. tak ke munafik namanya tu..

    video tengok di sini..http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/05/eskay-tidak-tuduh-anwar-jadi-apa-khabar.html

    ReplyDelete
  9. Korang pencacai2 UMNO, kalau korang diberi upah untuk menulis apa saja dalam blog untuk berlawan dengan kami, walau apa yang korang tulis tu salah, korang tak peduli, janji dapat duit, lepas tu korang guna apa saja cara walau dengan ayat2 suci Allah, korang tak peduli, janji dapat duit, korang ingatlah sendiri kalau UMNO sanggup suruh korang buat camtu, korang pun tahu apa sebenarnya UMNO.

    Yang korang tipu ialah UMNO bukannya kami, yang korang bodohkan bukan kami tapi diri korang sendiri. Korang tipu UMNO sebab UMNO bayar kebodohan korang tu dan korang seronok sebab selama UMNO korang dapat bodohkan selama itulah korang dapat duit habuan menulis tak kira bodoh apa yang korang tulis.

    Korang bagi makan anak bini korang dengan duit cara ni, sama aje macam korang makan hasil lendir perempuan yang kau lacurkan.

    ReplyDelete
  10. umno adalah parti penyebar fitnah. ahli2 umno adalah agen2 penyebar fitnah.
    Facts: umno control polis, dk T sampai hari ni tak ditangkap padahal mereka yg jual video porno kat jalan habis kena tangkap, umno control media, sampai sekarang utusan masih bebas meyebar fitnah walaupun mengancam keselamatan negara, umno control kehakiman, sampai sekarang kes VK Lingam dibiar tanpa tindakan walaupun suruhanjaya diraja kata ada kes, umno control sprm, sampai sekarang kes2 rasuah melibatkan pemimpin umno tak diambil tidakan..isa samad contoh terbaik.
    Pemimpin umno terkenal dengan sikap pondannya, baling batu sembunyi tangan lantas diguna perkasa untuk isu melayu, guna utusan utk isu kristian, guna datuk T untuk isu fitnah porno.Pemimpin umno buat negara ni macam mak bapa depa punya.
    Masih sokong umno?...buta perutlah jawabannya.

    ReplyDelete
  11. adib, klau umno tak terlibat mgape di kg aku ceramah anjuran umno tunukkan video tsbt???

    begini kah cara nya (cara umno) mencari kebenaran??? dan gko leh trima... gko suruh anwar saman... umi mengaku ada 18 video seks anwar ada polis siasat???

    rasanya mungkin ada sanggup jika ditawarkan diri diliwat klau suasana mcm ni dgn polis, media dan pihak berkuasa di kuasai oleh anwar.. tp mcm aku ckp kat kwan aku aku - klau mahatir kena mcm anwar pun aku akan berpihak pd mahathir... jd ni bukan soal anwar tp KEADILAN dari mula proses hingga mahkamah memutuskan nya..

    SK mengaku dia dlm video dan mengatakan pula dia tak tuduh anwar zina, anda yg tidak ada dlm video mengatakan anwar zina???

    ReplyDelete
  12. to adib,
    tersangatlah kesian kat hang adib oi..itu laa bila berkiblatkan UMNOPORNO,bila berkitabkan UTUSAN MELOYA dan berpedomankan TV3 suku.
    kalau hang nak kebenaran sgt pie la tanya polis ang tu.depa siasat apa lama sangat.bab kebenaran jgn mintak kat kami.mintak kat polis ang.mana dia?..tak ada tangkapan ka?sapa yg dipertggjwbkan?bab sumpah hang pie tanya mufti harussana harussini.boleh ka dak?tang umi hafilda tu..pak dia pun tak mengaku anak.hang nak trima pakai lagi ka ckp dia?bab balasan yg kena paham.bila buat harini tak semestinya akan dibalas pd esok harinya.walau dia mungkin terlepas di dunia tapi di alam barzakh dan akhirat tak akan terlepas.wallah huaa'lam

    ReplyDelete
  13. win win malaysiansMay 12, 2011 at 4:34 PM

    Adib Adibsondal,waa ingat luu punya lancau belum potong maa,masih vgn waa pesan luu sumbat dulu panggil Pandikutty pasang takut2 waa mau korek jubuq biar rasa luu repot sama najis jubuq luu apa mcm,kalau luu kena fitnah apa luu rasa adatak org simpati keadilan sama luu,pasti waa yg pertama sokong luu,sebab apa luu dipihak fitnah selepas dianalisa luu betul2 cibai kurap,waa cakap walaupun muhyidin bengap difitnah berzina dgn mak luu,kalau dia dipihak fitnah waa yg pertama support,luu faham waa tak kira umno kek,pakatan kek yg waa inginkan keadilan bersih dan moderate dlm kehidupan kat 1malaysia ni konon nya tek.....

    ReplyDelete
  14. Memang mengkagumkan tekanan yg di terima oleh DSWAI, ketabahan menahan segala dugaan dari segala sudut, menepis setiap ujian mendatang, melompat dikala rembasan melayang...hebat..hebat..srikandi moden...dgn rela ia mengangkat raja hatinya sebagai pemimpin anugerah Pencipta Alam...tanpa diduga tiba-tiba gegaran 1.47 skala richter datang..terkejut..ia hanyalah mukadimah..ia mampu menepis..datang lagi gegaran 1.47 skala richter...sempat bersilat terkejut gegaran susulan...akhirnya digelangang bersilat rebah bila datang lagi gegaran 22.0 skala richter sepantas cahaya...menghempas bagai tsunami setinggi rumah mewah 3 tingkat..hancur berkecai yg di jaga selama ini...hanya kerana 22.0 skala richter gegaran...

    Pepatah...biar pecah perut jangan pecah dimulut..habat srikandi ini..

    ReplyDelete
  15. AKP,

    hahahaha...22.0 skala ritcher?...hahahaha...hehehehe... planet bumi ni habis ranap ditelan tanah dan air...lepas tu kau kiralah lepas 200 juta tahun mungkin ada manusia ke yang terjumpa fosil kau dalam keadaan merekut dalam batu....kahkahkah..

    ReplyDelete
  16. Hello Adib...

    Kau tau tak sape yg telah mengundi UMNgOk @ UMporNO selama ini dan telah memenangkan nya...

    Biarlah aku bagi tau...

    Orang yg sememangnya tak tau ape2 dan tak ambik kisah, orang2 bebal, bangang...mak cik2, nenek2, perempuan2 yg kerja nya hanya memasak, mengemas rumah, jaga anak/cucu, jaga suami...lepas tu tengok TV...hanya berkiblatkan TV1, TV3suku...itu pun hanya tengok drama2, akademi fantasia, hal2 berkaitan wanita, hiburan2, gossip2 artis...

    Mereka ni percaya membuta tuli segala apa yg disiarkan/disogokan oleh TV gomen tanpa argue...

    Suratkabar pulak...hanya baca paper UMNgOk (Utusan Meloye) dan paper pengampu gomen...Berita Hairan...kalau baca pun bab2 hiburan, artis2...bab politik...sorilah...selak2 aje le...

    Bab komputer, internet, blog...lagilah...zero...

    Ini termasuklah Pak Cik2, atuk2, Abang2, Mat Rempit, Mat Gian...yg minda mereka telah disempitkan oleh UMNgOk @ UMporNO...

    Maka orang2 yg tak tau apa2, tak kisah apa2, bebal, bangang ni pun pergilah membuang undi...disogokan pulak dengan sedikit fulus...RM50, RM100, RM200 atau lebih...maka dia orang pun pangkahlah UMNgOk @ UMporNO dan Barang Naik (BN)...

    Maka UMNgOK @ UMporNO ni pun menanglah setiap kali PRU sehingga menjangkau 50 tahun dah...

    Sorilah orang rumah...sebab mengata...

    He he

    ReplyDelete
  17. Allah pemberi rezeki .....

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Sumber MediaRakyat
    pautan media rakyat


    Kajang 21 Mei 2011, Berita mengejutkan satu Malaysia apabila isteri kepada individu pertama dalam pertuduhan skandal video seks yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Eskay secara umum memohon maaf kepada Datin Seri Wan Azizah atas kejadian yang berlaku. Isteri Eskay yang memakai baju kurung rona hijau dilihat berjabat tangan dan berbual mesra dengan Datin Seri Wan Azizah dihadapan bangunan Perkasa cawangan kajang di sekitar kajang. Datin Seri Wan Azizah mendesak...Baca artikel penuh

    ReplyDelete
  20. http://palangpalangdot.blogspot.com/2011/05/isteri-datuk-eskay-mohon-maaf-kepada.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post