Sesuai dengan motto 1Malaysia ”Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan”.. takut rakyat marah kerana naikkan harga RON95.. naikkan kadar tariff elektrik..
Rakyat tetap diutamakan untuk disusahkan, pencapaian keuntungan para Kroni didahulukan..
'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'
Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.
Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.
Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.
Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.
Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.
Malaysiakini
Memang gua sudah MARAH ini pandi Barisan NAJIS!!! Anak Sg Pertama apa macam takda komen ke?
ReplyDeleteBiarlah kerajaan nak naikkan apa pun lagi kita bantah lagi dia kona tak naik sini naik sana. Biar dia naik sampai darah kita pun naik, bila kita dah naik, kita turunkan dia, ikat kat kerusi, pastu kita bagi dia elektrik percuma biar sampai badan dia menyala macam mentol.
ReplyDeleteMakasih BN, Makasih AKP,
ReplyDeletekami warga pedagang tidak akan menaikan harga barang dan tidak akan memberikan alasan kepada tarif letrik, walau apa2 pun, segala kos tambahan biar kami yang tanggung asal rakyat happy, kerajaan tidak perlu risau..., mana ada TPM selama 50 tahun ni, mempunyai semulia hati menyeru peniaga supaya tidak menaikan harga barang demi untuk meringankan beban rakyat.
Bravo!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!