Tangguh naik harga Petrol kerana dibantah Pemuda UMNO - Khairy

Khairy menafikan dakwaan pembangkang kononnya keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair adalah hasil bantahan yang mereka kemukakan.

Sebaliknya, jelas beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira bantahan bersungguh-sungguh Pemuda UMNO bagi memastikan harga bahan api itu tidak dinaikkan demi kepentingan rakyat.

Wah.. dah semakin hebat Khairy sekarang ni ya... Tapi hingga sekarang Najib tak teringinpun nak meletakkan beliau didalam Kabinetnya yang peliknya Timbalannya pula Najib pilih untuk berada didalam Kabinet.


Tidakkah beliau sedar bahawa bantahannya itu bagi Najib umpama anjing menyalak bukit sahaja?


Anwar usah berangan-angan

HULU TERENGGANU 27 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melupakan angan-angan untuk menarik sokongan orang Melayu mendukung strategi 'Malaysian Malaysia' yang dicetuskan oleh DAP.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan usaha Anwar itu sebagai tindakan terdesak dalam usaha meraih sokongan Melayu.

Beliau yakin orang Melayu tidak akan sebegitu mudah memberi sokongan kepada pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP.

''Kalau kita perhalusi, orang Melayu terbela di bawah UMNO dan Barisan Nasional. Ia berbeza dengan pakatan pembangkang, kalau ada isu berkaitan Melayu dan Islam, PKR tidak akan mendapat persetujuan DAP," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu dekat sini, hari ini.

Khairy diminta mengulas strategi 'Malaysian Malaysia' yang kini diatur oleh Anwar untuk menarik sokongan Melayu dan Cina kepada PKR.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP bagi meraih sokongan kaum Cina.

Menurut Khairy, semua sedia maklum bahawa dasar yang diamalkan oleh DAP akan mengetepikan orang Melayu, kerana parti itu tidak mempunyai dasar untuk membantu Melayu.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan pembangkang kononnya keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair adalah hasil bantahan yang mereka kemukakan.

Sebaliknya, jelas beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira bantahan bersungguh-sungguh Pemuda UMNO bagi memastikan harga bahan api itu tidak dinaikkan demi kepentingan rakyat.


Lidah Rasmi UMNO

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PRU13.....memberikan saingan yg sgt sengit di antara BN dan parti pembangkang..........Tungguuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. Pemuda UMNO mesti membersihkan parti
    mereka dulu dan perkukuhkan sayap pemuda kemudian kena bersatu dengan gulongan Melayu di PKR dan Pas sentiasa bersama pakatan. Bukankah Melayu hebat. Bolehkah ini tercapai

    ReplyDelete
  3. dap tak ada dasar bantu melayu...
    mca tak ada dasar bantu melayu...
    gerakan tak ada dasar bantu melayu..
    mic tak ada dasar bantu melayu...
    tak payah cakaplah khairi.. aku tak rasa heran kalau parti2 di atas tak ada dasar bantu melayu...
    masalah sekarang ada umno mengkhianati orang melayu... saham melayu pun kebas.. sekat kemajuan orang melayu... menyusahkan orang melayu... menindas orang melayu.. bagi aku dah lama ucap selamat tinggal umno....

    ReplyDelete
  4. Lama sebelum KJ buat bantahan, siapa kalau bukan PR yang buat dulu dan PR bukan buat setakat harga minyak aje malah PR selama ini bantah apa saja kenaikan harga oleh kerajaan yang konon menyelaras subsidi. KJ hanya baru sekali bantah itupun ni lah sekali dia nak bantah, selama ni tak pernah, dan KJ tak sembunyikan kebimbangan kenaikan itu akan membencanakan UMNO dalam PRU13. Jadi kalau KJ perasan yang tindakan kerajaan itu adalah kerana bantahan dia, maka memang betul lah kerajaan berbuat begitu kerana TAKUT. Jadi apa yang Najib nak nafi bila Guan Eng kata penangguhan itu kerana kerajaan TAKUT?

    Thank you KJ, your deeds speak louder than Najib's word. Najib better eat his word!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post