
Kalau Najib menyeru PAS untuk tinggalkan Pakatan untuk bersama BN kerana DAP tidak memperjuangkan Islam, Parti manakah pula didalam BN yang memperjuangkan Islam? UMNO? MIC? MCA? Gerakan? dan apa sajalah yang ada dalam BN tu..
Biarpun UMNO yang ahlinya 100% Melayu yang berugama Islam, mereka tidak memperjuangkan Islam tetapi mereka cuma menerima apa yang terkandung di dalam ajaran Islam jika ianya memberi keuntungan kepada mereka..
Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.
Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.
“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.
Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.
“PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.
Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.
NAJIB SEBENARNYA NAK ALIH PEMIKIRAN RAKYAT TERENGGANU DR MEMPERSOALKAN ROYALTI MINYAK YG DI JANJIKAN PD MAC 2011 UTK DIBERI SEMULA KPD RAKYAT TERENGGANU SEBAGAIMANA SEBELUM 1999, JD DIA PON TIMBULKAN ISU LAMA... KALU RAKYAT ERENGGANU MASIH TAK NAMPAK...TAK TAHULAH...
ReplyDeleteBUAT APA PAS NAK IKUT NASIHAT NAJIB PENTELON PENASIHAT 25% INI, YG MENYEBABKAN PAS SENASIB DGN ABDUL WAHAB, ABDUL WAHIB & SADIQ SEGARAGA...BIARLAH PAS SEBIJAK ABDUL WAHUB YG BERSABAR, DAN TERKENA SEKALI TIDUR DI KANDANG KUDA, SELEPAS ITU MENGENAKAN NAJIB PENTELON AGAR DI JUAL... MCA & ORG2 CINA KAT MALAYSIA DH NAMPAK LAMA DH NAJIB NI MCMANA, JADI MEREKA CABUT AWAL2...
JGN MARAH YA NAJIB, NANTI KENA JUAL...
Benar juga kata najib, PR kata mereka sepakat memerintah, tapi kt penang kenapa PAS di anak tiri, tiada apa pun PAS buat!...bila PRU yg buat keja org2 PAS yg lebih buat..pas patut fikir perkara ini!
ReplyDeleteSelepas Najis perhatikan tiada lagi katak-katak yang boleh disogok dan dibeli untuk melompat. Kini beliau tanpa segan silu meluahkan dengan perkataan secara terang-terangan untuk mengajak PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Jelas lagi bersuluh, proses melompat-lompat oleh katak-katak pada awalnya adalah idea dari kepala botak ini. So kepada rakan-rakan seperjuangan tidak kira PAS, DAP, dan PKR sebenarnya tiada keberuntungan untuk anda beralih arah untuk menyempurnakan misi si botak muka cute itu. Anda akan lebih dihargai bersama PAKATAN RAKYAT.
ReplyDeleteMustahil PAS nak ikut syaitan ke lubuk jahanam.
ReplyDeletePenang Mai: Masa PRK, yg tampal poster tu bila lepas PR tampal poster jugak. Itu memang kerja kami, dan kami berbangga melakukan kerja-kerja tersebut, walaupun kami kini adalah professional di alam kerjaya kami. Kami akan tetap setia dgn tugas mulia itu sehingga Allah pertingkatkan kedudukan kami ke tahap yg disukai-Nya. Ramai yg dahulunya seperti kami, kini adalah YB dan YAB (Menteri Besar) dan insya'Allah YAB (Perdana Menteri & Timb Perdana Menteri). Mula-mula kami anak, kini kami bapa dan ibu, kelak kami akan jadi tok dan wan. Apa masalah!? Ada kami kisah....!? Yg hang tu YB ke!
ReplyDeletePenang mai.. hang lupakaaa.. Najib/BN pernah ajak DAP join UMNO dan BN... la ni dok kutuk depa pulakkk. Pelik najis niiii!!
ReplyDeletePenang mai!! Mai Penanglah, nanti hang pasti akan faham kenapa. UMNO dulu lagi terok! Menang banyak kerusi, tapi yg jadi KM Gerakan, dan habih tanah Melayu dimelayokan, skongkol juei tanah Melayu. Takpe janji ada masyuk. Dasar pengkhianat bangsa dan anak lintah 'Orang Barat'.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!